Friday, November 29, 2013

Sebelum - 3

A028
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.(Al-Hajj 22:28)

Bila pi kursus haji, ustaz2 pasti bagitau senarai barang2 yg perlu dibeli utk dibawa ke Tanah Suci. Kalau nak ikut senarai silakan. Kalau tak mahu boleh buat pilihan, agak2 nak guna ka benda tu nanti. Tanya2lah mereka yg telah pi...macam aku...tanyalah aku..hehehe.

Sapa yg nak pi nanti boleh tepon, sms atau email aku....mai opis pun bole.. Insyaallah aku bukan jual barang. Jangan risau. Ok.. kat sini aku senaraikan apa yg aku masih ingat berdasarkan pengalaman aku pi sana bulan lepas.. (rasa macam baru semalam..huhuhu)

1. T-shirt bepoket utk wanita. tak perlu bila kalau kita berbaju kain tebal dan telekung/tudung labuh sentiasa. Kalau berjubah putih sediakan selai T-shirt ni. Aku tak guna sgt pun. Dah kak aku bagi aku pakai masa tidog ja.

2. Kalau tak mau pakai telekung, pakai pakaian dan tudung labuh yg boleh dibawa solat. lebih selesa. Pas solat leh gi makan2 or soping ngan selesa... hehehe

3. Losen badan n tangan, lipglos dan sewaktu dgnnya terpulang. Kalau rasa kulit mudah kering n sensitip sila bawa. Aku bawa tak guna pun. Sapa nak nanti mai amik kat aku... aku nak bagi free.

4. Ubat2 utk stok sebulan - ubat2 yg khas utk kita sila bawa macam diabetis, high blood etc.Kkalau deman, batuk etc tu boleh pi klinik Malaysia di sana. tak yah bawa banyak2. Stok aku pun tak abis guna. Vitamin C n multivitamin tak yah beli. Nanti dapat free utk 2 bulan punya stok (masa kami pi la), tapi tak sempat nak makan juga.. sebab busy ngan pi masjid balik rehat pi lagi. Tak dan nak pikiag makan vitamin.

5. Baju depa kata bawa yg kain cotton - terpulang. Aku tengok makcik2 pakai baju kurung biasa ja.. tak dak masalah pun. Cuma lebih baik pakai seluar panjang bukan kain dalam (pettycoat). senang nak bergerak. Naik tangga pun tak nampak betis.

6. Sarung tangan dan stokin sila bawa dan pakai naaa. Jgn buat2 lupa. Cuma stokin wuduk tu ikut suka la.. aku bawa tapi tak guna pun sebab utk solat tak sesuai. Sebabnya bhg terbuka tu tak akan tertutup sempurna bila kita nak solat or tawaf. Stokin juga walau kita pakai hitam n rasa tepal, hati2. Bila kita pakai cekang, belek la bhg buku lali, pasti nampak kulit. aku selalu bawa spare satu n pakai dua lapis masa solat. Kalau tak mau beli yg betul2 tebal.

7. Kalau tak tahan habuk, pakai la mask. Ada yg beli kain purdah di sana. Aku ngan suami tak pakai pun. Aku bawa, tapi tutup hidung ngan tangan ja.. or telekung/tudung. Rimas pakai mask, rasa tak leh nafas.

8. B4 pi tukar RM ke riyal dlm SR2000 (Saudi riyal).  Kalau dok di head quarters TH (Abraj Janadriyah) lagi mudah. Klinik, farmasi, bank, cafe, kaunselor, ustaz ustazah etc semua ada opis kat situ. Nak keluag duit tiap2 hari bole. Memang lega banyak la.


Ini nyawa kita di sana. Jaga baik2. Nak keluarkan SR kat kaunter TH kena bawa kad ni. Banyak maklumat kita di sini.

9. Baju/jubah tak yah bawa banyak2. cukup 2 atau 3 pasang ja. Sampai sana boleh beli. RM40-50 boleh dapat yg elok punya bersulam (bukan jubah abaya). Pilihla nak kaler apa, Insyaallah ada , cuma kena pandai cari sebab banyak hitam dari kaler kalau di Makkah. Di Madinah tak dak masalah.

Macam Jubah hijau ni RM50 - bersulam kemas di tangan dan leher. Aku beli 8 utk aku n anak2. 3 lagi di Madinah dapat RM40. Ini gambar di Masjid Quba Madinah bersama sahabat lama Taib Iskandar (ceritanya menyusul nanti bila kita ke Madinah).

10. Serondeng dan sewaktu dgnnya nak bawa silakan. Kami sebilik 6 orang, 3 orang bawa tak abis sampai ke Madinah. Makanan yg diberi pihak Muassasah Alhamdulillah.. jarang kami makan tak abis.. just enough n sedap utk kita. Jgn risau. Mohon doa supaya Allah mudahkan, Insyaallah.

Ok.. itu saja berkenaan barang2 sbg ingatan. Kalau ada yg lain aku cuba update atau mai tanya aku. Lupa lak.. semua barang2 aku beli di Mabrur Enterprise Tikam Batu, Sg. Petani.

Dengar kata depa nak buka cawangan di Padang Serai, tapi tak tau bila. Insyaallah next entry berkenaan persediaan bukan berupa barang belian. Jumpa lagi.