Wednesday, November 27, 2013

Sebelum - 2

A027
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.(Al-Hajj 22:27)

 Utk yg dapat tahu awal, akan terima surat dari TH kata kita diterima sbg tetamu Allah. Kita perlu jawab terima/tolak. ke Madinah/Makkah dulu (ini yg tentukan kapal awal atau hujung2), naik dari airport mana dan mahu terima subsidi RM5K (utk kali pertama) atau tidak.


Lepas kursus intensif baru tahu bila kapal/jadual kita. Sabar menunggu. Nak pohon pelepasan cuti kena tunggu surat ni. Gelang pengenalan sampai dulu lepas kita jawab terima beserta buku kesihatan. Pastikan kita pi buat pemeriksaan kesihatan pada masa yg ditetapkan.. kalau tak kita yg susah nak cari masa lain.. kena la korbankan cuti macam kami ni yg ikut negeri Kedah punya slot. suntikan wajib satu ja.. utk 2 lagi suntikan terpulang.. kami tak amik pun sebab masa depa bagi kami tak boleh pi... Insyaallah Allah ada utk jaga kita.

Kami pilih Makkah dulu. Penang ada 5 KT (kapal terbang), 3 ke Madinah, 2 ke Makkah. Berdasarkan pengalaman hari tu, kalau diberi peluang lagi aku akan pilih kapal hujung/last (means kena naik dri KL la). Sebabnya, bila org ramai dah ke Madinah, KT (kita akan direfer ikut KT) kita dok di Makkah lagi.. org dah kurang.. suasana nak tawaf pun dah kurang sesak... tu yg best! 

Total semua RM15K (utk kali kedua) dan kali pertama boleh juga nak bagi RM15K. Kami terima subsisdi RM5K jadi bayar RM10K saja. Thn2 akan datang tak tau la naik ke idak. Kalau 10K pastikan lam acct kurang2nya ada 15K (5K buat belanja di sana). Kaki soping tak cukup RM5K ni!!!

Dari masa ke masa, kita akan terima surat2 dari TH. Utk wanita 45thn ke bawah mesti ada mahram. Perlu hantar bukti. Jangan abaikan surat2 dari TH dan cuba ikut masa/jadual yg TH dah bagi utk urusan2 sebelum pergi.

Masa kami pi Madinah dok tengok kat TV langsung dari Makkah best je KT-KT yg masih di Makkah.. Jelesnya.. Tawaf pun mudah. Apa2pun rezeki masing2. Ada yg pi awal balik lambat, ada pi awal balik awal. Ada 42, 45, 47, 52 hari... ikut la KT mana kita dapat.

Dah settle semua ni baru pikiag nak beli barang2. Kami beli sebulan sebelum pi. Tiap2 Sabtu kami pi kedai yg sama ja.. jadi tak la beli semua sekaligus... siapla RM2000 juga utk barang2 keperluan. Next entry aku cerita pasai ni ok..

No comments:

Post a Comment