Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Wednesday, January 18, 2017

MASJID HIJAU PARIT BUNTAR

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (A-li'Imraan 3:117)

 

Masjid ini terletak di tepi jalan utama. Memang senang nampak. Memang masjidnya berwarna hijau seperti namanya.

Tempat ini namanya Kampung Kedah, terletak di Parit Buntar Perak. Di hadapan masjid ada SK Kampung Kedah dan Kilang Teh Herba.


Ini pintu masuk betul2 kat sign board Kampung Kedah. Bahagian ini terletak ruang solat wanita.


Tandas lelaki dan wanita. Tandas agak tidak selesa begitu juga bilik wuduk sebab orang lalu lalang masih boleh nampak dari luar.


Pintu utama masjid.

Monday, January 9, 2017

Fraser's Hill

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.  (A-li'Imraan 3:105)


Mercu tanda yang sangat terkenal. Satu daripada arah naik dan satu daripada arah turun. Selama ini aku hanya mampu melihat dalam gambar saja. Minggu pertama cuti sekolah tahun lepas aku dah book siap2 utk bercuti ke sini. Akan aku pastikan angan2 menjadi kenyataan..hihihi.


Dari Damai Laut Lumut, perjalanan melalui jalan2 kampung sangat menyeronokkkan. Tapi bila  mendaki Bukit Fraser ini, sangat mencabar. Jalan berbelok2. Aku dah hampir2 pening dan nak muntah. Hampir 25km rasanya mendaki ke atas. Mungkin ini pertama dan terakhir kali untuk datang ke sini.


Shahzan Inn. Hotel yang cantik, nyaman dan aman. Memang selesa menginap di sini. Tapi cukuplah semalam saja. Dapat merasa iklim Fraser Hill yang nyaman. Bunga2 yang segar (banyak lagi bunga di Cameron Highland). Jani cuti seminggu ni tak terperap sangat dalam rumah. Sorry kakak, you can't follow this cuti2.

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".  (A-li'Imraan 3:106) 


Kaunter penyambut tetamu. Adik yang bertugas sangat membantu dan lemah lembut saja. Jadi kita yang dah pening2 lalat ni tak de la nak tension.


Ruang depan lif menuju ke dewan makan. Tak ramai orang. Makanan untuk breakfast pun tak banyak sangat tapi alhamdulillah memadai (just enough) untuk pengunjung yang tidak ramai.


Gambar-gambar bersejarah mengenai Fraser Hill terpampang di dinding hotel.


Boleh baca tak? Inilah serba sedikit sejarah bertulis tentang Bukit Fraser yang dinamakan sempena nama Colonial master British (klik sini) yang tiba ke sini. 

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.  (A-li'Imraan 3:107) 


Malam tu kami makan di sini. Smokehouse ke apa ke nama aku pun tak tau. Agak delap kawasan ni, malah kami saja yang menjadi tetamu malam tu. makanan memang sedap dan harga pun sesuai.


Hari pertama sampai tak sempat meronda2 sangat. Hari nak balik baru sempat jalan2 ke clock tower (gambar mula2) dan ambil angin sikit. Singgah jenguk2 Masjid Sultan Mahmud juga.


Ketika menjenguk kawasan, ada kelas mengaji untuk kanak2 sedang dijalankan di dalam masjid.


Kawasan masjid sangat bersih dan terjaga. Pokok2 bunga keliling masjid sangat menarik perhatian. Moga Allah terus memberi pahala kepada mereka yang mengimarahkan dan menjaga rumahNya dengan baik sekali.



Mercu tanda ketika menuruni bukit. Jalan turun bukit tak sama dengan jalan naik rupanya. Dan jalan turun ini 2x lebih bengkok dari jalan naik. Aku dah loya dengan belok2 yang punyalah banyak. Kompem dah aku rasa tak nak naik sini lagi. Sabar je la.



Thursday, December 29, 2016

Masjid Aman, Simpang Kuala, Alor Setar

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya (A-li'Imraan 3:103)

 

Kerap juga kami bersolat di masjid ini (klik sini utk link blog masjid) bila ke Alor Setar. Letaknya di tepi jalan betul-betul di simpang 4 Jalan Permatang Kuala menghala ke Kuala Kedah.

 Laluan ke ruang solat wanita. Kiri sekali ke tandas.

 Koperasai masjid aku rasa.

 Kedai nasi ayam dalam kawasan masjid.

 Di seberang jalan.

Tidak lupa yang ini. Hmmm.. fikir2kan lah.

Wednesday, December 28, 2016

Masjid Al-Abrar, Sik

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  (A-li'Imraan 3:102)
 
 

Masjid Al.Abrar terletak di Qariah danglau, Mukin Sok, Sik Kedah. Persinggahan sementara semasa program JJMK Merdeka Baling yang lepas. Masjidnya sederhana besar sahaja.

 Hadapan masjid

 Kiri masjid

 Dari pintu pagar

Monday, November 7, 2016

Masjid-masjid persinggahan di Banda Acheh

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (A-li'Imraan 3:78



Alhamdulillah. Selain Masjid Baiturrahman (Masjid Raya) pada hari pertama, ada 3 lagi masjid yang sempat kami singgah dan solat pada hari ketiga. ang pertama Masjid Baiturrahim, nun di jalan menuju Pantai Lampuuk. Terasa jauhnya mau sampai ke sini.


Ini jalan di kiri dan kanan hadapan masjid. Sepanjang jalan sangat banyak pokok asam jawa. Dan rumah2 di kawasan ini dibina semula oleh kerajaan Turki. Kiranya menjadi tajaan Turki kawasan ini. Mereka menghadiahkan setiap ahli dalam sebuah keluahga menerima sebuah rumah (tak kisahlah rumah kembar ke rumah sebuah ka). Jadi, kalau ada 5 orang dalam satu keluarga, makanya dapat 5 buah rumah. Sebab itu di kawasan ini banyak rumah2 yang tidak berpenghuni sebab ada yang masih tinggal bersama keluarga. Dan ada yang tidak pulang tinggal di sini sebab masih trauma.


Masjid ini yang ketinggiannya mungkin 20 kaki, tenggelam sepenuhnya oleh air tsunami setinggi 30 kaki! Subhanallah. Dah lihat pada banner tergantung. Ada lambang negara Turki, menandakan ia dibaiki dengan biaya kerajaan Turki.


Di kanan masjid terletaknya tandas dan tempat untuk berwuduk kaum adam dan hawa. Tandas tidak banyak. Dua saja kut.


Cerita gambar kiri, tuan rumah yang musnah dapat kenal lokasi tapak rumahnya berdasarkan perigi yang ada ini. Dan gambar kanan adalah kesan tinggalan tsunami yang dibiarkan di dalam bangunan masjid untuk tontonan para pelawat.


Bahagian dalam masjid yang telah dibaiki. Tetapi bahagian belakang yang berkerikil dan dipenuhi dengan batu2 karang ini dibiarkan di satu sudut sebagai bukti kejadian 12 tahun yang lalu.
  

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (A-li'Imraan 3:79)



Di belakang gambar2 inilah letaknya tinggalan kesan tsunami dalam masjid ini. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu perkara itu berlaku dengan kehendakNya.


Masjid Rahmatullah dibuka pada 19 Mac 1990. Pada tsunami 26 Disember 2004, masjid ini merupakan satu-satunya bangunan yang masih teguh di daerah Lampuuk bila air tsunami surut.

 

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturrahim di desa Uleelheue. Ketika dalam perjalanan ke sini, kami melalui satu jambatan yang dibina selepas tsunami. Jambatan asal musnah sama sekali. Dan Alaudin juga menunjukkan nun di satu kawasan terletaknya satu makam wali yang kelihatan seperti pulau kecil. Katanya, makan itu tidak dapat dipindahkan walaupun ada beberapa cubaan untuk memindahkannya. Akhirnya ia dibiarkan terus kekal di situ.

 

 Uniknya masjid ini kata Alaudin, kerana biar pun ia terletak hanya dalam 10m dari laut, tetapi tiada kemusnahan teruk akibat tsunami!  Betapa besarnya kuasaMu Ya Allah.
 

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? (A-li'Imraan 3:80)


Aku cuba naik ke tingkat atas masjid. Kosong. Dan gambar ini dirakam dari tingkat atas. Tidak ada jemaah sebab sudah abis waktu solat. Cuma ada beberapa ibu2 yang berbual di tangga masjid.




Kedai menjual cenderahati bersebelahan masjid. Sangat puashati bila membeli barang2 souviner di sini. Broochnya cantik2.


Sudut pameran di dalam kedai ini juga sangat menarik dengan gambar2 dan maklumat2 tentang tsunami yang berlaku 12 tahun dulu. Rasa tak puas bila membaca kisah2 tsunami.


Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." (A-li'Imraan 3:81)



Masjid ketiga untuk hari ini ialah Masjid AlFitrah. Singgah untuk jamak maghrib dan isyak sebentar.


Masjidnya agak kecil dan terletak betul2 di tepi jalan. Agak sukar nak parking kalau kenderaan terlalu banyak. Alhamdulillah kami berada betul2 di tepi masjid.


Suasana di dalam Masjid AlFitrah ini tenang sahaja. Jemaah pun tidak ramai. Sama seperti masjid2 lain, pemisah ruang solat wanita dan lelaki hanya bidang kayu berukir sahaja. Alhamdulillah. Hari ini kami dapat ziarah tiga masjid terus, selain Masjid Baiturahman pada hari pertama di sini.



Tuesday, September 20, 2016

MASJID AT_TAQWA, MUKIM PULAU, KUBANG KERIAN


Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya. (A-li'Imraan 3:66


Dalam perjalanan menuju Min House Camp, pasti akan melalui masjid ini. Cantik masjidnya. Terletak pulak dalam kawasan perkampungan Mukim Pulau.

 

Ini jalan dan sedikit pemandangan di hadapan masjid. Rasa tenang saja bila berada di kawasan ini. Tak dengar bunyi bising kenderaan.

 

 Masjid At-taqwa Mukim Pulau namanya. 
 
Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. (A-li'Imraan 3:67)


Sini laluan masuk wanita. Tandasnya di luar sebelah kiri gambar (tak kelihatan). Bangunan belakang itu kelas untuk sekolah agama rasanya. Lupa pulak aku, tempat wuduk wanita kena naik tangga yg nampak tu dan di kanan.


 Bangunan untuk sekolah tadika/pasti/tabika atau sewaktu dengannya. Rasa sangat mudah sebab bila waktu solat, anak2 boleh terus diajak untuk mengimarahkan masjid.




Ruang solat di dalam juga kemas dan bersih. Masa ni memang tak ramai orang sebab sudah melepasai waktu solat.


Bagi  yang mahu ke sini atau menginap di Min House Camp, singgah2lah di masjid ini barang seketika. Solatlah di sini. Insyaallah banyak pahalanya.