Thursday, August 29, 2019

Bandung (26-29 Julai 2018)

Bandung.. hmm.. ini memang tumpuan kaki shopping. Baik yg dah gheja maupun yang masih belajar. Affordable. Jadi nak cerita banyak pun macam melampau pulak kan? Sikit2 jadi la buat sapa2 yg tiba2 terbaca blog ni. Harap ada manfaat gak la. Aku pi pun sebab suami ajak temankan ke konferensi di situ.

Inilah Pak Budi, driver dan penunjuk jalan kami sepanjang di sana. Ramah orangnya. Malah senang sgt berurusan dan dia juga akan mencadangkan tempat2 yang sesuai utk dilawati.

Hari pertama tiba, dah merayau Bandung. Tempat pertama sekali ke Maribaya. Memang happening di sini. Tapi siapkan saja rupiah kalau nak naik semua yang ada di situ.

Buaian ini antaranya. Tak kuasa aku nak naik. Kalau terjatuh camna? Bukan gayat tapi takut jatuh.

Naik yang ini cukuplah. Bukan terbang pun. Hanya dilepaskan tali sedikit supaya nampak seperti di udara. Ini pun udah berapa puluh ribu rupiah seorang ni.

Lepas tu, budak ni nak sangat bergambar dalam pondok buluh/jerami ni. Konon2 sedang membacalah tu.

Keluar dari Maribaya, bertentangan dengannya ada seperti taman fairy tale dalam pembinaan. Tapi dah boleh masuk, cuma belum siap 100%.

Dapatlah berfoto dengan fairy seekor ni. Kalau nak sewa baju untuk jadi fairy pun ada. Di dalam pun landscape dah cantik. Kalau siap sepenuhnya pasti lebih menarik.

Masuk bilik untuk cerita dongeng apa ntah masa ni. Emad sorang saja la penonton dan aku peneman hahaha. Pandai si baju biru tu bercerita. Dan Emad pun terlopong diam mendengarnya.

Dari fairy tale, terus ke Floating Market, Lembang. Nampak mengancam juga di sini. Apatah lagi ada jualan makanan. Duit duit.. di mana kau duit.

Teruja dengan miniature train yang ada. Bukan free ya. Semuanya duit. Layan la kejap.

Dah ada sampan. wajib dah kalau dengan Emad ni. Mesti dia nak naik punya. Jadilah sikit2 di sini. Ada lagi tempat nak pergi.

Seterusnya ke Farmhouse. Wahhh. Ini pun mengancam juga ni. Ada rumah hobbit lagi ni.  memang hari ni abis duit dekat theme park je la.

Replika2 rumah dibuat seperti di Belanda.Nak sewa baju jadi org Dutch dan merayau dengan baju tu untuk berfoto pun bole. 


Dah penat ke sana sini, malamnya kami di bawa ke Kampung Daun utk dinner. Ingatkan kampung betul, rupanya tempat makan. Tenang, nyaman dan cantik di sini.

Meow ni pulak, orang nak makan dia dok mai gesel2 kat aku. Pastu dok isap baju aku. Sedap kut bau dan rasa peluh seharian tak mandi ni hahaha.

Hari kedua, Budi bawa kami ke Kawah Putih. Kenapa tidak ke Tangkuban Perahu? Katanya ke sana lebih jauh dan untuk masuk lebih mahal. Baik dari ke sini sbb lebih murah, dekat dan suasananya sama saja.

Sama tapi tak serupa kut. Apa2 pun ini dah memadai. Sangat cantik untk berfoto. Bau sulfur memang kuat di sini.

Dari Kawah Putih, kami dibawa melalui kawasan ladang teh yang sangat luas. jalan kiri kanan ke sini banyak dijual strawberi dan mulberi. Beli la juga sikit untuk makan di bilik hotel.

Oh.. Glamping Lakesite.

Di sini pemandangan memang sangat cantik dan mengujakan. Ada restoren atas kapal tu tapi kami tak makan pun. Mahal la.

makan malamnya di Nelayan Makasar sebab budak kecik ni payah sangat nak makan. cari roti canai memang tak jumpa la. kat sini pun alhamdulillah ada la juga yang dia nak makan.

Ini sudah hari ketiga. Sementara abah dia ada paper presentation pagi ni, kami ajak Budi merayau dulu. Dia bawa pi sini tapi tak bagi masuk sebab rugi duit katanya. Hahaha. Baguih juga dia ni. Aku pun memang tak berminat untuk masuk. Memang tempat untuk buang duit. Lepas makan balik ke hotel dulu. Petang keluar semula sebab abah nak ikut jalan.

Ke Gedung Sate Museum sebab budak tu nak pi muzium. Ada muzium lain yang buka tapi si Budi kata udah tutup. Bila lalu tak nampak macam buka walaupun memang open.. hihi.

Alhamdulillah. Di sini pun dia sudah puas hati sebab pameran dalam tu memang menarik juga walaupun kecik saja building ni. Jadilah. Lepas ni jom pi shopping kain sikit. dapat sepasang dua pun dah cukup.

Inilah hotel penginapan dan juga konferensi. Di tengah2 bandar juga.

Sementara tunggu nak balik, kami merayau dulu atas jejantas depan hotel. Ada gerai2 jualan makanan dan cenderahati di situ.

Dan masa di airport, terserempak dengan Liza, x-lecturer JSG merangkap partner badminton aku dulu. Dia pun mai konferensi yang sama, duduk di hotel yang sama tapi jumpanya di airport masa nak balik. Tak dapat nak borak lama2.

Apa2 pun, Bandung boleh masuk senarai untuk datang lagi. Banyak lagi tempat yang boleh dilawati. Satu hari nanti Insyaallah.






No comments:

Post a Comment