Thursday, August 22, 2019

Gulin hari ke4. Esok nak balik dah

Hari ni last untuk meneroka Guilin. Esok dah nak balik flight awal pagi. Jadi, Ke mana kita hari ini? Jom sama-sama berkelana.

Pagi2 sementara tunggu coach tiba, sempat meraua pasar pagi dekat hotel. Bila tengok kulit kepah ke oyester ke apa nama ni... alahai. Besar betul. sebelah kulit dia saja lebih besar dari tapak tangan aku. Sedap ke makan natang ni?

Hari ini kami ke perkampungan lama jingjiang Prince City (kalau tak salah). memang nampak lama dan seperti terbiar. Tak nampak sangat ada orang mendiami. Pelancong belum ramai masa kami tiba. Gerai2 cenderahati pun belum buka.

Rupa-rupanya, dibelakang celah2 bangunan tepian Sungai Li ini terletak satu khazanah lama yang menjadi tarikan pelancong. bangunan lama dengan senibina lama masih utuh.

Ukiran-ukiran lama masih kekal lagi. Penghuninya tak ramai sangat aku rasa sebab tak nampak kemeriahan kampung ni. Anak-anak cucu depa pun kurang kelihatan.

Kebanyakan rumah memang kelihatan warga-warga tua mendiami. Kalau ada pun seorang dua kanak-kanak kelihatan bersama di rumah tersebut.

 
Cara tradisi depa buat serbuk kopi.

 
Di sebatang anak sungai/longkang besar yang mengalir masuk ke Sungai LI, kelihatan ada yang membasuh makanan di situ. Airnya pada aku memang kotor dan tidak bersih untuk digunakan.

 
Jambatan/titi yang merentasi longkang besar tadi. Masih teguh jambatan lama ini dan kelihatan antik.

 
Antara cendehati yang dijual di celah-celah bangunan. Tak beli pun. Hanya teropong untuk Emad dan collar button untuk aku.

 
Ini sebahagian daripada Sungai Li yang ada di perkampungan tersebut. Air di kawasan ini agak kotor berbanding kawasan yang dilawati sebelum ini.

 
Ada peniaga yang menjual makanan ala-ala pisang goreng kat tempat kita. Macam2 yang nampak pelik untuk kita bole jumpa di sini. Binatang2 kecil seperti belalang, lipas, cicak (ada kut) digoreng macam cucur goreng saja.

Selesai di Prince City, kami dibawa ke mana ntah. Country side of Guilin rasanya. Atas permintaan juga yang ini aku rasa. Tak ada dalam iteneri.

Gunung-ganang dan hamparan kuning canola sepanjang jalan memang memukau pandangan.

Di tengah-tengah hutan mana ni terletak satu tempat pelancongan yang sangat menarik. Yang datang pun pelancong2 dari China itu sendiri. Dah le nak cakap English pun tak boleh, tak dapat nak buat kawan.

Ada pulak tasik tengah-tengah hutan ni. Memang terbaik sangatlah. Terjaga betul alam dia kat sini. Sepanjang jalan nak mai tadi, aku perasa ada banyak signboard tentang air terjun di kawasan sini.

Untuk menyeberang tasik, boleh jalan kaki atau naik sampan ni. Apa lagi, jom naik la. Hari-hari bersampan kita.

 
Sampan yang seperti rakit tapi berbumbung.

 
Dah sampai seberang, boleh la mengatur langkah untuk masuk ke dalam hutan. Masa ni ala-ala jungle treking tapi tak jauh mana pun. Untuk balik memang tiada sampan. One way only.

Dah penat berjalan, jumpa air terjun ni pula. Ada pelancong mendaki air terjun ni. Ada juga tangga untuk naik tengok di puncak. Siapa yg naik tangga ni ntah? Cuba angkat tangan.

Berfoto di air terjun, dan di atas sampan rakit tadi.

Disebabkan dari pagi merayau-rayau dan tiada restoren untuk kami. Awal-awal kami dah minta tapaukan makanan untuk makan di sini. Ada pula yang pelik tengok kami. Lapar punya pasal tak kisah dah.

 
Pilih saja pokok mana yang berkenan.

 
Kalau datang masa fall/autumn, inilah pemandangan yang akan dilihat. memang mukau dan terpukau.

 
Keluar dari situ, ada juga gerai-gerai jualan buah dan cenderahati. Bolehlah belek-belek dan beli kalau rasa poket masih tebal.

 
On the way balik hotel, banyak pula ladang strawberi sepanjang jalan di sini. Singgah la satu untuk rasa stoberi sini.

Kuti kak jangan tak kutip. Lepas tu jangan lupa timbang dan bayar ya. Eh.. dia timbang guna dacing la wei. Dah lama tak nampak dacing (aku panggil kati) ni kat tempat kita. Kecik2 dulu ada la kat umah sebab abah guna untuk timbang ikan. Kat sini masih guna rupanya.

Selesai kutip stoberi, jom kita balik. Ada ldang bunga cherry blossom otw pun makcik ajen tu wat bodo jer bila kami tanya. Dia malas nak stop or malas nak layan dah kut hahaha. Tak pa la. Jom balik kemas beg. Esok kita balik negara kita.







No comments:

Post a Comment