Tuesday, August 20, 2019

Back to Guilin- Day3

Pagi-pagi sejuk, dah bersiap-siap untuk perjalanan balik ke Guilin. Dekat Yangshou cuma sehari sahaja tapi ia sangat berbaloi.

Sebelum check out, jenguk dulu luar jendela bilik aku. Berkabus juga pagi ni. Keliling memang gunung-ganang. Keindahan alamnya masih terpelihara.

Sempat lagi posing depan hotel sementara tunggu shuttle mai amik. babai Yangshuo.

Destinasi seterusnya sebelum balik ke Guilin ialah Shangri-La. Tak tau la pasai pa nama dia cam nama hotel yang famous tu. Kena tanya pakcik google bab ni. Ni gambag aku amik dari poster kat tempat tu.

Pintu masuk Shangri-La. Kat depan macam tak de apa yang menarik pun. Orang bawa kita ikut je la. Lagipun dah bayar kut.

Tapi kat dalam... Subhanallah. Cantiknya pemandangan. Memang tak puas menatap. Yang kaki selfie memang jenuh la. Setiap sudut nak amik gambar.

Dan, untuk kali ke tiga kami akan naik bot menyusuri sungai di sini pula. Fulamak! Memang best la. tak rugi mai kat sini. Sangat-sangat seronok.

Air sungai jernih. Pemandangan cantik. By the way, bunga pink tu fake punya ya. Naik bot ni pun rasa best saja sebab tak laju dan tak pelan. sesuai untuk menikmati suasana di sini.

Pokok bunga kuning ni, sekali tengok nak macam pokok sawi. Tapi mungkin juga pokok canola yg boleh buat minyak tu. Sepanjang jalan di Yangshuo memang pokok bunga kuning ni bersepah. Merata-rata ada.

Tak ingat dah makcik2 ni buat apa sebenarnya sambil main alat muzik tradisi. Ada sapa2 ke yang try main alat2 tu?

Muka-muka happy ja bila naik bot ni. Masing-masing teruja dengan pemandangan sekeliling. Tak tau nak kata camna dah.

 Posing wajib ni. Sebelum dan selepas meronda di dalam Shangri -La.

Selesai di Shangri_la, kami di bawa merayau-rayau sekitar pekan mana ntah. Mencari makan tengahari. Kena jalan-jalan banyak kali ni. Keluar masuk lorong. SInggah beli buah. Sedap betul buah ceri fresh sini. Jadi la dapat merasa sikit pun utk pertama kali.

Tempat seterusnya untuk hari ketiga ialah Yao Mountain. Ok.. kena naik tangga. Tarik nafas mula mendaki. Alhamdulillah. Tapi bila tengok nak naik ke puncak gunung nunnnn sayup-sayup, aku dah kecut perut.

Ada orang tu kata takut nak naik. So, aku ingat bole la buat kawan. Sekali, dia pun berbaris tunggu turn nak naik. Ceh.. tak leh harap betul K.Aya ni. Last-last aku pun kena naik juga. Dok la kami dua orang pulak tu. Aiyaaa.. K.Aya jangan buat gabra. Mu takut aku pun takut.

Tambah lak cuaca mendung ja. Kalau hujanribut camna? Tinggi wooo. Angin lak tiup terayun-ayun kabel tu. Adoiii. Memang seram wei. Sat gi kalau rasa nak turun ikut slide yang ada.. boleh ja. Tapi sanggup ka nak slide sorang2 menurun gunung tu? Huhuhu. Rasanay 2x5 seram macam naik ke Gunung Mat Cincang. Tobat tak naik dah.

Bila sampai kat atas, lupa sekejap ketakutan dan keseraman tadi. Pemandangan yang terhidang, masyaallah! Cantiknya Ya Allah!

Bab berfoto, memang tak puas bila pemandangan yang ada terlalu cantik untuk digambarkan. Orang2 sini memang patut berbangga dengan kejadian alam yang Allah bagi. Puas berfoto bagai, keseraman muncul balik masa nak turun. Angin cepuih cepui bergoyang seat. Kalau kasut tercabut, babai la kasut.Syukur, alhamdulillah. Sampai dengan selamatnya ke bawah. Jom balik check in hotel.
 
Malam tu, merayau-rayau sekitar pasar malam kat hotel. Tempat makan yang sama juga dengan malam pertama kat sini.

Kawan kita dok menawar harga. Memang dasat la penangan sulaman di sini. Aku pun hampir tergoda tapi menahan perasaan. Beli setakat yang perlu sahaja. Esok hari kita meronda lagi. Kut2 ada yang nak terbeli esok, kita tengok nanti.







No comments:

Post a Comment