Monday, January 3, 2011

Tahun baru

Selamat tahun baru utk semua yg membaca blog ini. Dah seminggu rasanya tak mengadap laptop oren aku. Seminggu itu la tak jenguk opis yg serabut ni. Seminggu itu juga digunakan utk beli persiapan sekolah. Angah dan Yah dah selesai persiapan mereka 3 minggu sebelum sekolah buka. Yg sibuk ke ke minit2 terakhir ialah kakak. Siap pesan kat Angah dan Yah. Ibu nak selesaikan kakak dulu. Hampa punya kalau ada lagi lepas habis urus hal kakak. Tahun ni kakak masuk asrama Maktab Mahmud Alor Setar. Isnin beli kain, hantar upah, rabu siap baju sekolah sekali tudung 3 pasang.

Peraturannya banyak. Baju mesti kain cotton, kurung pesak labuh lebih lutut 3 inci, tangan baju bercekak butang tekan, poket sebelah kanan. Mana sempat aku nak survey kedai yg ada jual. Ini gara2 maklumat tak tepat kerani sekolahnya (boleh tengok entri sebelum ni). Kain biru laut material kashibo tebal, susun kiri 4 lapis/susun. Tudung putih material juga kashibo labuh dan melebihi siku. Inilah kakak semasa hari mendaftar. Lepas daftar on 1/1/2011,kami ke rumah mak lang 1 km dari asrama kakak.
Pendaftaran kakak penat juga aku. En Abang tak dapat ikut. Dah daftar kelas, pencatat situ kata terus ke asrama. Asrama mana satu pun tak tahu. Kami ke asrama utama. Bila semak nama kakak di Darul Hana, keluar dari situ kami ke Darul Hana. Di sini ada 40 penghuni. Tak ramai jadi mudah nak kontrol dan tak berebut bilik air. Bilik kakak ada 8 katil dgn 16 penghuni. Ting.1 ada 4 orang. Aufa dan Hannan dari Selangor (ibu mereka bersekolah di sini dulu) dan Bushra (hehehe..akak tak leh pisah ngan nama Angah ni) dari Sg Petani. Petang kami balik tinggalkan kakak dengan dunia barunya.

Logo Maktab Mahmud. Pun aku suruh tukang jahit baju jahitkan (walau aku bole buat sendiri). Aku dah malas nak pikiag semua ni. Penat ke sana sini. "Idah, akak malas dah nak jahit. Tolong jahitkan ini sekali."

Ini contoh baju prep sekolah kakak. Beli kain dan tempah sendiri. Minggu ni mugkin siap. Mesti buat macam ni tapi boleh belah tepi atau tidak. Kain boleh susun atau tidak terpulang. Ok la sikit.


Angah ni la yg kalut bila kakak nak masuk asrama. Semua barang kakak dibelek berkali kali. Siap tolong balut buku kakak. Dia la tolong ingatkan beli itu beli ini bawa itu bawa ini. "Kakak, amik tak lagi nombor Tok lang (adik mak aku)? Amik la kertas. Tulis nombor Tok lang." Bla..bla..bla.. Si kakaknya bole tanya nombor apa? Sabar je la.. Nombor tepon toklang.. rumahnya 1 km dari asrama..kalau terkejut tergempag bole minta tolong tok langnya tengokkan.


Yah di rumah tok lang. Hmmm..nampaknya dua tahun lagi tinggal Yah sorang la. Angah pun ibu nak antag duk asrama. Biar tahu berdikari. Kesian Yah tinggal sorang.

Semalam kami pegi kat kakak lagi. Kali ni bawa bantal peluk kakak, rak buku dan beg sekolah baru beli sehari sebelum. Dan macam2 lagi la. Pasang padlock kat loker, bagi itu ini. Dan aku minta suami keluar belikan cermin nako 4 keping utk ganti yg tiada (sedekah kat asrama..apa salahnya). Nak tunggu depa buat kompem lambat. Kakak aku tengok relax ja. Bukan dia nak duk sembang ngan kami, dia duk pi mai pi mai ngan Aufa. Seronok kut kawan baru. Aku tengok kat ampai dah ada baju kakak. Hah..reti pun basuh baju. Nak idup di asrama kena la blajag semua tu. Aku dulu pun camtu gak.

Hujung minggu ni nak kena pi lagi. Bawa tudung labuh kakak yg baru ditempah. Hari tu aku tak ingat langsung. Ingat pakaian sekolah ja. Minggu depan depa boleh balik kg Hari keputeraan Sultan Kedah. jadual sethn balik kg dah ada dlm senarai. Mudah. 2 minggu sekali boleh balik. Aku kat rumah duk teringat..kakak ni makan apa la ye. Lalu ka dia (dia memilih makanan, tak macam Angah..apa ada aku makan). Lama2 nanti biasa la tu..semoga Allah mempermudahkan urusan kakak. Amin.



1 comment:

  1. hang sudah melalui fasa anak meninggalkan sangkar. InsyaAllah, pandai2lah depa berdikari. Bila ada mak pak, pandai memilih, tapi bila dah hidup sendiri, kenalah sesuaikan apa yang ada. Mudah-mudahan kakak di dalam jagaan Allah selalu.

    ReplyDelete