Friday, January 13, 2017

LEGOLAND

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (A-li'Imraan 3:112)

 

LEGOLAND - taman tema yang dibuka sudah bertahun-tahun. Dan sudah bertahun-tahun itu juga kami balik Batu Pahat tapi tak sampai2 tempat yang hampir 2 jam perjalanan dari rumah. Kali ini dah janji nak bawa pi legoland (dalam kepala budak kecik tu nampak mainan lego saja).

PJMY - T.kasih benarkan aku guna gambar ni.
Hotel yang sangat berwarna-warni. Sangat menarik dan tertarik dibuatnya. Tapi kami tak nginap di sini. Malah waterpark dia pun kami tak jejak. 9.30am dah tercongok depan kaunter yang dibuka jam 10am. Siap duit saja kalau nak datang sini. Paling kurang pastikan RM600 dah selamat diasingkan untuk tiket masuk. No outside food allowed!


Alhamdulillah.. permulaan cuti sekolah 2016. Risaukan ramai pengunjung sebab tak nak la berbaris2 menunggu giliran untuk naik mainan yang ada. Tak ramai orang rupanya hari ini. Dan budak kecik ni macam biasa takut untuk bergambar dengan maskot2 besar tu.


First ride - dia ajak naik mainan pusing2 ni. Pening la wei. Pusing pusing pusing. Bila ajak naik Projek-X ni memang babai la. Angah alang dan abah saja la pulun naik apa yang ada. Ibu teman Emad sebab ibu pun tak suka naik roller coaster dan sewaktu dengannya.

 

Sebelum ke sini dah termasuk bahagian menyusun lego! Apalagi.. asyik diminta untuk masuk semula sebab nak main lego. Ok.. janji lepas abis pusing kita main lego. Jom Star Wars dulu.


Memang cantik replika/model dan lampu serta animasi yang disediakan. Tekan butang ada je yang bergerak. Impressive. Tapi bila di pintu keluar.. nampak lego yang dijual pulak. Mahal mereput! Kita beli kat luar ye Emad.. hihi.


Bawa ke sini pun dia naik sat saja dah nak turun. Tak mau main rumah2 ni. Apa la Emad ni. Bayag mahal2 lego jugak yang dia ingat.


Hah.. abah, alang dan angah kau jugak yang naik menatang ni. Ibu? Hahaha.. teman Emad la melangut tengok sana sini. Kompem la ibu tak naik. (cukuplah pengalaman di Disneyland California 1995 dulu..serik). Abah tak pe la.. dengan Six-Flags Magic Maountain mana ntah abih dia naik. Abih tu? Emad naik apa?
 
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). (A-li'Imraan 3:113) 


Ini yang dia nak naik hah! Benda yang dia rasa selamat dan tak jatuh. Train pertama yang buat 2-3 pusingan. Tapi tetap nak orang teman. Yang kedua nasib baik dia nak naik sorang2. Tapi nak dok di kepala train. Yang ketiga (bawah) pusing taman replika satu round. Selamatlah train ni, dia suka la.


Inilah taman replika yang dilihat masa naik train tadi. Memang mengkagumkan sebab dibuat drpd lego (atau disusun macam lego?). Tapi seblum naik train tu.. (kes pujuk sebab baru lepas nangis) kami naik perahu panjat bukit dan kemudian deshummm jatuh masuk dalam air (macam splash mountain Disneyland). Awal2 memang dia dah nangis dah. Masuk perahu tambah lagi.. bila perahu jalan dah tutup muka. Sebab dia kata sat gi jatuh macamana (ibu pun dah naik cuak dah bila dia tanya hahahaha). Bila perahu tiba2 terhenti kat lereng..haiya.. sudah.. kecut perut ibu. Sekali bila perahu turuh jatuh dalam air.. ok..ok..lepas ni ibu pun tak mau naik dah, Emad memang tambah nangis lagi.. hahahaha.. anak ibu ngan ibu sama2 takut.Tapi ibu tak ler nangis.. relax jer.


Wahhh! Ninjago la. Jom kita tengok apa ada di dalam. Ok.. nak train lagi tapi sebab agak gelap dengan ada kartun animasi tu dia tak mau naik juga. Hmmmm... apara Emad ni. Abah Angah Alang pulun buat aksi sebab ada mata, dia ngan ibu? masing2 dapat ) mata hahahaha. Sebabnya dia tak tengok ibu pulak nak pujuk Emad sambil nak tergelak tengok abah dok gawang2 tangan nak lawan Ninjago.


Dapat kat dia susun lego ni seronoklah dia. Dok tunggu dia main ni, depa dah naik mainan/ride sebelah lego ni pulak. Lepas tu Angah ngan Alang siap pi ulang Ninjago sebab tak puashati markah tadi. Emad jugak yang happy main lego. Lepas habis yang ni ajak naik yang lain pun tak mau dah. Dia dok teringat lego yang mula2 masuk tadi.


Ok..kita pusing balik masuk tempat tadi. Abah pi solat dulu. Angah ngan Alang hilang mana la pulak. Rupa2nya depa pi naik ride apa ntah lagi. Tak puas lagi tu. Sambil dok tunggu Emad main lego ni bolehlah rehat sekejap. Pukul 3 lebih dah boleh balik sebab dia dah puas dapat main lego dah. Selamat! Penat sungguh dia sampai terus tertidur bila kereta bergerak.


Esoknya, jom kita pi makan kat rumah Hawa di Bakri. Hujan lebat betul sepanjang jalan tapi Alhamdulillah surut bila dah tiba. Hawa masak nasi ayam untuk kami. Sedap Hawa masak (ke mak Hawa? :) Pastu dengan tak malu minta tapau bawa balik lagi.. hahaha. T.Kasih Hawa dan keluarga masakkan untuk kami.



No comments:

Post a Comment