Tuesday, August 27, 2013

Kursus Perdana Haji

Kursus akhir anjuran T.Haji. 2H1M di USM. Kursus praktikal yg menyediakan bakal2 jemaah dgn situasi yg hampir sama semasa musim haji.

Kami sepatutnya kena di Jitra minggu lepas. Sebab jauh..minta tukag ke Penang. Alhamdulillah, Allah perkenankan... maka melaporlah di Masjid Bandar Perda Sabtu tengahari. Siap berihram sebelum bertolak ke USM.

 Bakal2 jemaah yg sudah berihram bersedia utk ke Makkah (USM) dengan 4 bas. Bas berkonvoi dgn 6-7 buah lagi yg membawa jemaah dari Kepala Batas.

Sebagaimana di Madinah/Makkah.. pastikan jemaah tidak kehilangan pasangan masing2 masa naik bas. Masa ni, pegawai TH naik cek selipar jemaah lelaki supaya betul2 memenuhi syarat, 5 jari kaki mesti kelihatan... pakai selipar jepun la senang.

 Di penginapan (Dewan Peperiksaan USM).. letak beg terus turun utk taklimat.. masyaallah.. ini baru berapa ratus jemaah.. sudah nampak sesaknya. betul punya nanti? Subhanallah...

 Jom..kita tawaf umrah dulu.. Nampak tak Kaabah tu? Kami dibahagi 3 kumpulan. Sudah tawaf, solat sunat 2 rakaat, berdoa di multazam dan minum air zam-zam.

 Yg sudah tawaf, sila ke saie... mesti mulakan di Bukit Safa.. (ada yg masih keliru dgn kiraan saie). Maka.. ada yg tgh tawaf, ada yg saie..ada yg sudah tawaf kat gerai2 berhampiran.. simulasi suasana sebenar

 Adik ni bersemangat... ikut buat haji atau teman ayahnya kursus?

Dalam ratus2 sudah ada yg hilang selipar..apa lagi dlm jutaan penduduk dari seluruh dunia nanti? Masyaallah

 Rehat? Mana ada.. lepas tawaf, saie..taklimat.. terus naik bas ke masjid USM utk solat magrib dan isyak. Antara tu ada taklimat atau recap aktiviti petang tadi.

Lepas tu.. (gambag tak clear).. berjalan kaki ke Arafah (dewan tunku canselor) utk mabit

Majlis dirasmikan oelh TYT Tun Hj Abdul Rahman Abas

Masih di Arafah... menunggu hingga 12 mlm.. huh.. ramai yg dah lelap.. penat ooo... Ya Allah permudahkan urusan kami di sana nanti.. kami datang utk beribadat semata2 kerana MU. Jagan kau lalaikan kami

 Selepas 12 mlm.. beradalah kami di Muzdalifah.. buat seketika

Kena jalan kaki di dingin malam ke Mina

Melontar jamrah Kubra  utk hari pertama

Kumpulan aku selesai jam 12.30pagi.. ada yg habis jam 1.30pagi... macam di Makkah juga.. kena tahan mata.. itulah pentingnay kesihatan... nak tidog mata pun tak mau pejam...

Beg jemaah lain..tapi inilah alas kepala.. tidog2 ayam.. masing2 que tandas utk mandi sebab esok kena bangun awal.. Aku pi mandi kat Muzdalifah..sebab kat maktab ramai sgt... lepas subuh melontar utk hari kedua pula.. tawaf haji..saie haji dan masuk dewan utk recap n taklimat akhir

 Masing2 dah penat... yg dah bertongkat lagi lah penat.. acara akhir bersalam dgn ustaz ustazah pembimbing.. tamat jam 12... bersiap utk balik ke tanah air...

Kalau kursus 2 hari sudah penat... bersiap sedialah dengan suasana sebenar dgn jutaan manusia pada satu masa... tidog yg kurang.. banyakkan ibadah. Baca quran, zikir, berdoa. tawaf umrah. tawaf sunat. Rebutlah peluang yg ada utk melakukan sebanyak2 amal.. moga2 dikurniakan haji mabrur.... Ya Allah.. permudahkan segala urusan kami di sana nanti.. AMIN

1 comment:

  1. InshaaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan menjadi tetamu Allah

    ReplyDelete