Tuesday, September 13, 2011

Kisah lama

Ini crita masa aku kecik2 dulu. Masa tu arwah tokwan aku (bapa mak aku) masih ada. Kisah sebelum thn 1981 (lama tuuuu).


Tokwan suka isap rokok daun. Macam gambag kat atas ni. Gambag ni aku amik masa pi cuci Wira aku. CAP MISAI BIN SIONG.... Selalu bila tokwan nak isap rokok, aku ngan sepupu aku (ingat2 lupa) dok ada kat dia. Biasanya gheja kami tolong bubuh tembakau lam daun pastu gulung daun tu. Best juga walau bukan dpt upah pun. Penah la try isap tapi tanpa tembakau. Tak rasa apa pun.


Ini pula aiskrim yg ada masa aku kecik2 dulu. Selalunya aku dapat makan aiskrim ni bila penjual bermotor masuk kampung aku. Nak beli sekotak tak mampu. Sesekali dia mai, abis gak le sekupang (10 sen) utk satu scoop + kon. Tapi yang best tu seblum dapat kami kena tempak dulu. Ada papan pusing (macam wheel of fortune tu). Bayag duit pastu tembak dapat la aiskrim. Budak2 nak tau apa..dia tipu ka betui ka janji dpat aiskrim. Jadinya, lekatlah nama aiskrim ni AISKRIM TEMBAK!




1 comment:

  1. di mana jumpa aiskrim tu aina? masih ada di SP ke?

    ReplyDelete