Hari ni hari kedua berPTK. Dalam kalut2 aku masih mahu habiskan buku yg dibeli pada 11/12/2010. Alhamdulillah..selesai baca RBPT semalam 13/12/2010. Sebagai penenang sebelum membentang proposal esok. Buku ini lambaian rindu Ust.Hasrizal pada Jordan dan kwsn sewaktu dgnnya. Pengajian penuh dugaan di bumi Jordan. Yang aku pasti buku ini juga telah menggamit rindu aku pada debu2 pasir di gurun Arizona, bau-bauan kaktus di dataran Tucson yang aku telah tinggalkan beberapa musim yg lalu dan hembusan angin di musim sejuk tidak bersalji. Bumi yg telah menemukan aku dgn kekasih hati pujaan asmara (hahaha...) yang menjadi peneman hidup di kala ini.
Hari kedua PTK kami perlu bentangkan proposal. Ada yg very good, good, ok, not bad dan sila buat semula. Adoi mak....camne ni. Tension tok sah ceghita la. Ada yg rasa nak balik pun ya. Sabar..sabar..ini baru ujian kecil buat kita. Perjuangan masih belum selesai. Tamat pembentangan, waktu petang utk perbincangan kumpulan2 kecil utk slot wacana.
No comments:
Post a Comment