Monday, December 20, 2010

Buku5

Seminggu 3 buku aku dapat habiskan. Bermula dengan RBPT , seterusnya MaYan dan Sesejuk Maaf di Kalbu. Kedua2nya berdasarkan kisah benar. Kedua2nya aku pinjam. MaYan dari Muniroh dan SMdiK dari Koni. Tq kerana meminjamkan buku.

MaYan-kisah di negara China yang telah dialih bahasa ke pelbagai bahasa. Perjuangan seorang anak perempuan yg mahu ke sekolah. Sanggup menahan lapar dan mengalas perut dgn semangkuk nasi kosong demi membeli sebatang pen yang diidamkan. Cerita menarik cuma aku aku rasa agak perlahan jalan ceritanya. 4 hari utk habiskan satu buku yg nipis. Baca di sini.


Buku ini aku habiskan sehari semalam. Menarik dan amat sesuai utk anak2 remaja sebagai pengajaran. 3 rakan berkawan sejak tadika tapi terpisah di alam remaja. Masing2 membawa msalah dan haluan sendiri. Fazli dan Shukri mencapai kejayaan meninggalkan Amirul membawa diri. Tapi kasih sahabat sejati tak terpadam di sanuri mereka bertiga. Baca di sini.

No comments:

Post a Comment