Friday, December 10, 2010

Komuter

Semasa menghadiri konferen di KL baru2 ini, aku dan Epi pergi register naik komuter dari Batu 3. Anak2 ikut sama. Dah lama aku tak naik komuter. Nak beli tiket di mesin pun aku dah terkemut2. Alhamdulillah cuaca hari tu amat baik. Dlm komuter memang kena berdiri la sebab ramai tapi tak la padat sangat. Masih boleh bernafas. 45min dah sampai hentian Putra. Kawan aku yg drive sampai in 2 hours!



Anak2 berebut nak berdiri tepi tingkap.


Tak penah naik komuter rasanya

Perkara dilarang yg tak terlarang

Hari kedua aku ada pembentangan jam 5.30 ptg. Aku pi sorg2 naik komuter lagi. Sebab awal sempat la aku usha sekitar stesen Batu 3. OOOO..nampak dah. SSF ngan NGV station dekat saja dgn rumah aku tumpang bermalam. Senang la nak pi.


SSF n NGV bersebelahan


Utk wanita saja



Koc wanita yg dinaiki lelaki2 ini
Kali ni aku naik koc wanita. Kena berdiri dulu sebelum dapat duduk selepas stesen ke4. Tengok gambar atas. Lelaki tapi di koc wanita. Masa dia turun, eh..eh..macam pernah kulihat lelaki ini.
Rupa2nya bekas murid aku di Penang. Dah lama dah. Dia tegur aku. Ingat lagi rupanya. Di stesen seterusnya, pegawai bertugas masuk koc dan minta lelaki2 tak berkenaan tukar gerabak.

"Koc wanita saja. Yang lelaki sila ke gerabak lain" katanya.

"Itu mesti tak de keja tu" kata sorg penumpang pelan2 kat aku.

Dlm hati aku, betul la apa org tu buat. Memang keja dia. Yg lelaki2 lain tu tak reti2 ka koc tu utk wanita saja. Inilah dia bila larangan menjadi tidak terlarang lagi.
Sesak

Sampai di hentian Putra hujan lebat sgt. Tujuan aku Seri Pacific Hotel. Bagi yg biasa tahu la suasananya. Nak melintas dah tentu basah. Jalan jam. Tunggu punya tunggu hujan tak segheyat (reda) juga. Aku ghedah juga la. Masuk bilik konferen sejuk dgn aircorn dan baju yg basah. Akhirnya kering begitu saja. Balik dah lewat petang tapi Alhamdulillah dapat duduk sebab hentian Putra-Kelang adalah hentian yg awal.

No comments:

Post a Comment