Monday, May 20, 2013

Pemeriksaan kesihatan

Bakal jemaah haji Kulim perlu ke KK Tmn Selasih pada 18hb. Aku dan suami slot masa pukul 10am.
9.30 dah terpacak di sana. Mesti ramai org...ya betul...yg jam 10 pun dah ramai.
Atas tu kaunter A. Tapi amik nombor di kaunter kanan. Pastu pi ke A yg di kiri. Yang baru mai memang tertanya2. Amik nombor lak bukan dia panggil nombor..nanti panggil nama. Kaunter B utk timbang n ukog tinggi. Ok..cepat je..

Kaunter C tekanan darah. Waaa..muda lagi takkan ada darah tinggi kut?,kata misi kat aku. Muda? Ni..30 thn. Hah? 30 thn..misi tadi salah kira tu...macam ni mana muda..tambah 10thn lagi.. 120/90... lulus. Pi kaunter D amik darah utk hb (hemoglobin) n gula. Lulus juga...cepat ja abis. Baru 30 min.

Di kaunter E inilah segala kelambatan bermula. Misi tudung putih interview dulu masa dia isi borang..padahal semua dah ada lam buku rekod jemaah (perlu diisi b4 datang). Sorang buat gheja tulis2..memang la lambat...buku jemaah bertambah2. Bagi aku tolong la... Lepas dia tulis dia pas pada misi tudung biru utk rekod. Pastu kena buat pap smear!!!!!!!!!!. Arrgghhhhhhhh. Misi Laura kata kena buat sebab ada kes berlaku masa Haji..so masalah treatment. Ramai la yg dup dap dup dap. Ingatkan cek biasa2 ja... Habis ni pi kaunter F jumpa doktor pula. Sini cepat ja..Ok Puan. Puan boleh pegi Haji... Alhamdulillah.
Abis semua, akhir sekali suntikan. Paling kurang 2 jam la proses utk sorang. Suami aku lepas kaunter D terus ke F jumpa doktor. Ya la.. org laki mana ada pap smear. Pastu suntik..cepat la abis. Tapi kena monitor blood pressure la pulak.  Aku lepas 3 jam baru selesai. Kalau yg ada masalah lagi lambat la selesai. Pesanan penaja....jagalah kesihatan utk masa depan anda.

1 comment:

  1. Fuh! Penat kena check. Nampak muda kot hehehe :)

    ReplyDelete