Tuesday, September 14, 2010

Lengkinang

Dulu pokok ni banyak kat rumah mak aku. Kami panggil lenkinang. Aku ambil gambar ni Raya ke 3 masa ziarah kubur tok aku di Kg Gelam. Buah dia oren kemerahan. Boleh makan mentah. Rasanya ok la bagi aku. Selalunya mak aku ambil bahagian dalam batangnya yang lembut untuk buat ulam. Untuk ganti lengkuas besar tak biasa la pula. Aku google jumpa http://juariahhjyunus.fotopages.com/?entry=1138806 Dipanggil lengkuas geting. Aku rasa pokoknya sama.

"Tumbuhan liar yang mempunyai rizom lebih kecil dari lengkuas biasa. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna putih dan mempunyai buah berwarna hijau semasa muda dan merah semasa matang. Bunga dan buahnya dijadikan ulam mentah atau dicelur sama seperti lengkuas biasa. Lengkuas Geting dapat digunakan dalam masakan menggantikan Lengkuas Besar."

1 comment:

  1. lengkinang dan lengkuas geting jenis pokok dari keluarga lengkuas tapi bukan pokok yang sama

    ReplyDelete