Tuesday, September 14, 2010

Raya datang lagi

Petang sebelum raya. Mak aku sibuk di dapur. Apa lagi kalau tak dengan mee bandung dia yang terkenal tu. Mak mentua aku pulak tahun ni raya di sini dek pujukan anak lelaki kesayangannya..suami aku. Kemeriahannya memang tak sama... Keriuhan di sini mungkin memeningkan dia kerana di sana tak riuh seperti di sini...

Hari raya tiba. Cucu-cucu duk kutip duit raya dari tok wan. Tahun ni kami semua terlupa utk bergambar keluarga seperti 2 tahun lepas. Baik kak-kak aku, aku atau adik-adik... semua lupa sebab ramai sangat nak kena monitor....cucu paling tua pun baru tingkatan4. Dah petang baru mak cakap, "Kita tak amik pun gambag kali ni." La...awat tak sound tadi. Jadi tak dak la gambag raya tahun ni.

Dalilah, Awatif dan Solha


Si kecik ni duk tunggu abah dia kat bilik air. Pantang abah dia hilang dari pandangan mula la mencari. "abahhhh, abahhhh.." Abah memang tak senang duduk la. Mama dia relax je sebab dua-dua anak jantan asyik cari abah. Kami duk panggil mekrap(amir asyraf). Duk nangis pun bab posing jangan main. Tambah2 kalau ada flash kamera, ready sokmo.

No comments:

Post a Comment