Thursday, September 30, 2010

Mahsuri

Semasa bercuti ke Langkawi minggu lepas, kami tak lepas peluang bawa anak-anak ke Makam Mahsuri. Rumah, makam, telaga dan segalanya tentang Mahsuri. Sayang sekali galerinya ditutup kerana mengalami kerosakan.

Memasuki muzium yang ada di situ amat menarik sekali. Dalilah terutamanya..amat teruja dengan Mahsuri. Tak habis-habis memuji dan mahu memiliki gambar Mahsuri. Aku suruh dia simpan tiket masuk dalam album (ada gambar Mahsuri di situ). Tapi katanya tak sama dengan yang ada di muzium. Pada Dalilah, Mahsuri sangat cantik..dengan CT Nurhaliza? Mahsuri lagi cantik. Dengan artis itu ini yg diketahuinya cantik? Tak..Mahsuri lagi cantik...Yah suka Mahsuri..Dia cantik sangat ibu... Agaknya bagaimana ya rupa Mahsuri sehingga namanya menjadi lagenda? Langkawi tidak aman 7 keturunan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia di sebalik kejadian.

No comments:

Post a Comment