Tuesday, June 16, 2015

Sesi Petang - Cerita 4

A246 
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:246

 

Selepas  makan tengahari, diadakan tahlil dan solat zohor berjemaah di surau sekolah. Rasa-rasanya yang lelaki saja kut yang solat di surau ni. Yang perempuannya mana? Ada.. ada kat sebalik tirai nun. Takkan nak amik gambag geng perempuan solat kut.. tak molek la.

Tahlil dan zohor berjemaah diketuai oleh Ustaz Shabani dan Khalil (Karia), depa kata. Alhamdulillah, dan terima kasih Ustaz dan Khalil. Sekurang2nya ada jugak batch kita yang boleh jadi imam untuk semua andainya ustaz tidak ada.

 

Habis solat zohor, program seterusnya dibahagi kepada 3 slot serentak. Salah satunya ialah slot untuk bekas guru bersama guru2 yang ada di MRSMBP la ni. Slot ni diadakan di perpustakaan (PSP) dan moderatornya ialah Akram. Ini pun bidan terjun di hari2 terakhir atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Memang hebat batch kita. Terjun pun masih mampu menjalankan tugas dengan baik.
 
 

Di dalam dewan pula, slot untuk bekas-bekas pelajar. Kita la tu! Salah satu tujuan slot utk kita ni ialah nak membentuk satu entiti khas utk Batch SPM90. Tujuan entiti tu pulak utk membantu ahli2 MRSMBP90 bila keadaan memerlukan. Moderator pada masa ni Asba, yang sukarela nak waive secretarial fee bila entiti ini ditubuhkan.

Camna tu ah? Aku pun tak pasti sangat. Sdn.Bhd? Enterprise? Kooperasi? Bhd? Mana satu yang terbaik aku memang tak tau la. Aku bukan orang akaun apatah lagi terlibat dengan bisness. Jadi benda2 untung rugi ni memang lambat aku nak faham la. Nak kena daftar, ada ahli lembaga, ada itu ini...Bila Abe/Wan menyuarakan pendapat, aku terlopong sebab tak faham hujung pangkal. Nasib baik ada Anita dan Sarizah di sebelah aku. Depa la dok tolong jelaskan serba sikit kat aku.
 
A247 
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

 

Slot satu lagi di Dewan Kuliah. Ini khas untuk pelajar2 F5 yang ditahan daripada balik kampung awal. Kesian depa. Sebenarnya ada yang tak setuju tahan depa, nak depa balik awal saja supaya kita tak payah fikir slot utk depa. Tapi.. memandangkan kita perlu menyumbangkan juga sesuatu utk maktab, slot ini diteruskan.


Inilah antara wajah2 anak didik MRSMBP yang berjaya. Slot F5 ni ada dua sebenarnya. Jam pertama informasi secara umum tentang selepas SPM dan kemasukan ke universiti. Aku yang mula dulu slot ni. Tapi sekejap ja. Sebab tu gambag aku tak dak masa ni. Abis ja bahagian aku, terus aku cabut ke DB.. hehehe. Selepas aku baru Hazman (Maman), Arpah dan Ramzi. Aku cabut awal bukan apa.. nak elak depa tanya pasai pendidikan.. hahaha. Dr.Arpah kan ada. Bagi dia la.. Dia lebih hebat dari aku pensyarah biasa2 yang melayan anak2 muridnya secara luarbiasa...hehehe.


Masuk jam kedua, baru budak2 ni dibahagikan ikut kerjaya pilihan. Antaranya, kalau hampa nampak kat gambag2 ni tentu tau sendiri kan? Perbankan.. Ramzi, Zaky dan Sarina. Kejuruteraan.. Azri MN. Arkitek.. Hanaz dan Din Mon (lagi?). Perubatan.. Ijah (Farah tak dapat join sebab husband masuk wad.. jatuh bilik air hotel). Keusahawanan.. Izamshah. Penerbangan.. Reeza dan Fahmi. Ada lagi rasanya..Minta maaf aku tak sebut di sini. Aku tak ingat. Mereka ni hebat2 dalam bidang masing2. Tengok gambag atas tu? Gaya superstar tu. Jangan main2. 

Sesi yang sepatutnya tamat dalam sejam menjadi 2-jam. Begitu bersemangat kawan2 kita ni bagi talk dan anak2 F5 ni pun tentu teruja dengan apa yang mereka akan jangkakan di masa depan. Syabas semua kawan2ku! Buat anak2 F%, semoga berjaya dunia akhirat. Jumpa lagi Insyaallah.


 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

2 comments: