Wednesday, June 17, 2015

Jom kita bersukan pula - Cerita 5

A248 
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah 2:248


Selepas solat asar, masa utk bermain. Apa lagi..mak 2 bapak2 ribena pun dengan riangnya turun ke padang. Oh Ya! Jangan lupa ya pakai t-shirt oren Aku Budak MARA.  Yang lelakinya main bola tampar dan takraw. Depa ni main ikut rumah sukan dulu.. Belantara, Purnama, Suria, Samudera. Depa cukup korum boleh la buat. Siap tukar2 pemain lagi. Pompuan? Sat gi aku cerita.


Bukan main suka lagi ya. Tu yg Shamiag lari keluag court tu apahal? Amik bole atau nak ke tandas?  Errr.. dari susuk rupa macam ke kenal saja yg tidak berbaju oren tu? Baju hang pi mana Ezrie? Takkan tak muat kut? Kerr.. tak dapat? Orang lain berbaju oren lawa ja.. Dari jauh dah nampak.

Bila tengok kawan2 main.. aku rasa gembira. Sebab kita main atas semangat setiakawan. Tidak kira hang bendera kaler apa.. keja apa.. asal dari mana. Semuanya sama. Anak2 MARA dari MRSM Balik Pulau. Kita kekalkan sikap ini sampai bila2.


Ini bila geng perempuan bermain. Nak ikut team rumah? Hmmm.. alamat lingkuplah. Belantara cukup la. kesian kat Suria tak cukup pemain. Kena import. Akhirnya kita pun main2 saja. Sapa yang rasa nak pukul bole nak lepas geram sila masuk court.

Jangan dikisah hang reti main ka.. hang terer main tahap superpower ka.. baru nak belajag main ka.. atau ini first time nak try pukul bola. Hentam sajalah labu. yang penting kita nak bersuka2. Nak lupakan masalah yang ada barang seketika. Lupakan anak2, suami2.. isteri2.. utk sekejap ni saja. Hmmm.. boleh ke gitu?
 
A249 
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah 2:249


Bab posing, serah kat ibu2 akak2 ni ler. Memang tip top. Eila, Za, Ana, Serry, Enit, Mirah, Roda, ??, Zana dan Mar. Yang lain dah tak nampak. Semuanya masih muda menawan gitu. Depa ni tukang sorak ja lebih. Suruh masuk court masing2 tak mau kecuali Zana dan Mar. Tu power tahap gaban masa main. Asyik kat dia ja bola tu. Enit.. wah.. respect la kat hang. Main juga walaupun bola tak sampai kat hang. Yang penting kita gembira. Kan..kan..kan.


Ni pemerhati bangsa2 bersatu. Siap cekak pinggang lagi tu.Hasnah Harun (Senah/Kak Nah). Orang Jln Dato Kumbar Alor Setar. Senah makin ayu anggun sekarang. Sampaikan homeroom dia si Mcda tak kenal dia langsung!  Jangan kata Mcda..aku pun masa harui jumaat tu dok tertanya2. Wei.. sapa tu? Sapa tu? Dah dekat dan lepas diperhatikan betul2 baru boleh sebut nama. Masyaallah. Kali terakhir aku jumpa Senah rasanya 15 tahun lepas kut. Aku pi Raya kat rumah dia.

Yang sebelah tu Mardhiah Ahmed Khatidin (Madi). Cikgu ni ada gaya cikgu besag ni. Tunggu masa ja. Kalau tengok pos2 dia dalam group WA atau Tele.. memang orangnya pandai memasak. Segala mak nenek dia boleh masak. Aku ja yang tak dapat merasa lagi. Kali pertama jumpa dulu.. masa aku pi Vietnam kut. Madi la tolong amik aku di LCCT. Lepas 1990.. tiba2 jumpa sebab minta tolong amik. Gila ka apa? Terima kasih Madi. Sudi jugak hang. Kali kedua jumpa.. geng jimba2 Labuan ler. Baru lagi.


Ibu2 kakak2 yang kaki posing dan bergambar. Ni salah satu best foto jugak. Di depan: Zana, Mus, Nini, Senah, Kusel, Ros. Belakang: Enit, Roda, Yus, Zeti, Milah, Ida, Zarina, Madi. Ada yang tertinggal ka? Oooo batang pokok kat belakang tu. Biar la kat dia. Ini tak tau la lepas main ka sebelum main yang posing ni. Serupa ja wajah2 gembira depa.

Sebelum aku tutup entri kali ni, masa di padang tadi. ada hampa notis kawan kita yang usung kotak ke sana sini? Ya... Khalil dengan kotak kosong. Mengutip sampah sarap yang ada. Alhamdulillah dan tahniah Khalil. Ini satu sikap yang amat baik. Contoh yang perlu diikuti. Jadi, tak adalah sampah2 yang berterabur dan mungkin menimbulkan kata2 tidak elok utk batch kita. Sekali lagi Syabas Khalil.



 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment