Friday, June 12, 2015

Menjelang Tengahari - Cerita 3

A241 
Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa. (Al-Baqarah 2:241)

Cerita 2H1M seperti tiada sudahnya. Rasa seperti baru semalam ia berlaku. Berlegar2 bermain di fikiran tiap waktu. Memang indah dan gembira bila dapat mengulang kisah 25 tahun yang lalu. Menjadi remaja semuala walau sedetik cuma.

 

Waduhhhhh.. Bila pulak Jatt ngan Putri berduet ni? Korang ada nampak? Jan si jurufoto tu sure la nampak sebab dia yang dok depan tu. Cer cite. Cer cite. Oooo.. Jumaat malam Sabtu tu ke? Kesian Jatt, partner MC tak mai lagi. Putri jadi bidan terjun utk latihan. Bravo Jatt! You did well as an MC. 


Long time no see.. Akramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi. Pemilik nama kedua terpanjang selepas Megat. famous figure Akram ni. Kalau jumpa cikgu lama, nak tanya batch mana, cakap ja batch Akramsyah. Semua cikgu ingat. Kalau sebut Batch Noor Aina.. confirm sampai ke sudah cikgu2 tak boleh nak ingat. Jadi.. sedarlah diri siapa aku ni.. huhuhu. 

Akram.. kalau hang baca ni, hang ingat tak hang hutang hadiah kawin aku weiii.? Hang mai kenduri aku, tapi hang lupa bawa hadiah yg dah siap. Hang kata nak bagi nanti.. dah 18 tahun aku tunggu tapi bayang pun tak nampak. Hang memang lupa pada janji hang kat aku.. huhuhuhu. Errr.. Akram.. Akram.. aku dah maafkan hang.. tak kisah pun. Hang tak bagi aku beli sendiri maa.
 
A242 
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya. (Al-Baqarah 2:242)


Tengku Lelaqahar dan Hafiz Majid. Hafiz ni bukan kali kedua ka muncul? Tak mau cerita banyak pasai Hafiz, cuma satu ja lupa nak habag. Dulu.. dulu la kan.. Hafiz ni digelar Hafiz sportlight! Nak bezakan dengan hafiz Apek. Minta maaf ya Hafiz..hehehe

Nak cerita pasai Pakku Lela. Cerita apa? Aku pun tak tau.. Tapi aku dengar2 la angin bertiup2 sepoi-sepoi bahasa. Sampai juga ke telingaku satu cerita. Entanh betul entah tidak. Kalau tak betul, minta tolong betulkan pada sesiapa yg membaca ya. 

Angin bayu membisik pada ku... katanya Pakku mula2 tak jadi datang. Tup2 muncul di depan. Pakku yang dulu tak sama macam sekarang. Dulu agak kelam.. sekarang sudah cerah sedikit. Bukan aku sorang kata tau.. ramai lagi yg kata. Hensem pulak Si Tengku Lela. Yang lain jangan jelesnya sebab tak puji hampa. Hehehe. Kata angin tu lagi, Pakku menanti kelahiran cahayamata.. Wahhh.. Tahniah ya. Dan maafkan aku ya Tengku Lela. Kalau ada yang tak betul.. tolong betulkan. Sekadar gurau2 di alam maya ini.

 

Homeroom Tabah? Zamri Basir, Zulkifli Kasim, Azuwana Supian dan Nor Zaini aka Castello. Eh.. bukan ke dalam list kehadiran Castello tak dapat datang dan Hizam Bidin (Mat Wak) yang datang? Tup tup.. Wak tak datang, Castello yang muncul kat depan meja pendaftaran. tak kisahlah. ASal datang sudah pasti meriah majlis kita.
  
A243 
Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (Al-Baqarah 2:243)

 

Pandanglah....Lihatlah.. Rupa kawan2ku yang berubah dan yang kekal. Hahahaha. Rupa.. I mean.. 1) wajah 2) tubuh.. Nak marah? Lantak korang ler. Ada aku kisah? Dari kiri.. sila kenalkan diri anda. Hanaz Ismadi, Suhaidi Hamimi (Eddy), Din Mon lagi.. awat kali ni asyik muka dia ja yang timboi. Err... sat nak recall... Nor Azman... yes!. Badrul Hisyam? Akram.. Anuar Ismail (awat la hampa panggil dia Siput? Kesian kat dia... Tak baik tauuu). Hafiz lagi... Lutuit lagi.. dan Mohd Fuad Musa (Bob).

Eddy... how come I really can't recall this public figure? Korang cerita la camna pun.. aku tetap tak ingat mamat ni. Why? Why? Did he really exist during that period? Hehehehe. Anybody? Please...

 

Ini perhimpunan apa pulak ni? Orang kat dalam dewan hampa dok berkumpul kat luang ni pulak. tengah perasap ehhh? Baik betul pengurusan MRSMBP. Memberi ruang kepada penghisap tegar untuk melepas gian. Tapi bukan semua kan? Sebahagian saja tu. Biar la kat depa, asal bahagia. 

Choi... ni baru tunjuk hang dari tepi.. sipi2 baru. Full version kena tunggu ya. Ezrie..(depa panggil Ayam...suka2 ja depa bagi gelaran ya. Kalau dia suka tak pa.. mana tau kut2 dia tak selesa dengan panggilan tu. Camna tu? Syiannn diaaaa) hang pulak baru half version. Pun sama kes ngan Choi. Kita ada Edisi Khas nanti. Ekslusif punya. 

Nur Hafizi yang depan Akram ni.. panggil apa ya dulu? Katanya Fizi Jaws. Fizi.. apa kaitan Jaws dengan hang ya? Baju pink tak nampak wajah tu dari susuk badan dah kenai. Izamshah atau Big John. Apasal Big John ntah ler.. Sebab dia big tu ok la.. John tu mai mana? Hanif Janai! Orang Kuala ni.. Datang juga akhirnya. :)
 
A244 
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:244

 

Sudah selesai di dewan tadi, jom kita pi makan pulak. Makan seperti dulu, amik pinggan sedniri dan beratur ya. Jangan ada yang cutting line pulak.  Nanti cikgu denda. Dah abih makan pakat nak posing kat kaunter pulak. Sarizah, Marhaizah, Zanariah, Syuhana, Amirah, Aku, Ku Salma, Azwana ke tu (silau lampu), Yusniza, Zeti, Ida dan Milah. Depa ni budak baik2.. jadi aku tak dapat nak elaborate banyak2 pasai depa. Kalau hampa nak tau tanya tuan badan sendiri na.

 

Mai kita tengok menu tengahari ni. Nasi minyak sama ayam masak merah dan acar timun la. Sedappp. Siap ada papedom lagi. Memang terbaik la. Walau simple tapi tetap mengembalikan KLMJ.. Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.
 
A245 
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah 2:245)


Masing-masing happy ja. Sambil makan sambil cerita. Tangan jalan mulut pun gerak. Macam pi kenduri aihh. Tapi bab posing depan kamera nombor satu. Terutama Puan Jamilah kita.. hahaha. Dia fotogenik. Memang masuk gambag. Tak gitu Milah? Hang jangan marah naa.. nanti aku tak mau order Clinicell hang dah.


Aziahthulaini Nadzri face to face, Hediyati Hasbullah, Cikgu Rohaida Ismail dan Safina Kamruddin. Nak cerita pasal cikgu Rohaida la. Errr.. boleh ka habag kat sini? Kira halal la no. Takkan nak cerita boys ja. Girls pun kena gak. Errr.. boys.. girls? Bukan men and ladies ka?
Dulu sampai la lekat mana Roda kat dia. Awal dan akhir nama Rohaida. Aku rasa la. Sapa yg mula panggil nama ni habag lekaih. Baik ngaku sapa yg mulakan. Roda, walau hang tak suka tapi nama tu memang sesuai dengan hang. Dan.. kalau sapa2 nak pi Tanjung Malim.. roger2 la dia. Ada restoren oooo cikgu kita ni. Manage by her husband of course. Roda.. pssttt ada komisyen tak buat promosi ni?

Aziah dan Hedi dah cerita dalam entri sebelum2 ni. Seterusnya Cikgu English kita.. Safina or Pina. Jauh mari ni. Dari Mersing tu sanggup datang ke sini. Hampa kena behave well na depan cikgu Pina. Nanti tak pasai2 kena. Pina... terima kasih banyak2 akhirnya hang datang juga reunion kita ni. Really appreciate your effots to be here. 

 
 

Akhir sekali, tanpa perlu diperkenalkan lagi. Watak utama makan tengari kita.Pinggan dan tray.. hehehe. Susun elok ja. Dulu2 camni ka? Rasanya bertindan dulu, mana ada rak camni. Tray pun plastik kalau tak salah. Tak kisahlah. Janji boleh makan, kenyang, sukahati dan jangan lupa pukul 2.00 nanti untuk program seterusnya.

 P.S: Pinjam gambar ya kawan2. Terima kasih.

2 comments:

  1. Terbaaeekk.....!!!

    ReplyDelete
  2. Salam owner blog ni... saya dah lama cari Tunku Lelaqahar, kami rakan baik masa di UTM 1991 dulu... bole tak bagi contact Tunku Lelaqahar..
    email saya zanishah07@gmail.com
    Terima Kasih

    ReplyDelete