Ini majalah2 lama yg abah masih simpan. Lama????????? Aku pun belum wujud lagi di dunia ini. Kenapa abah simpan? Wallahualam. Aku mencari buku Maui (buku himpunan cerita2 dongeng yg sgt tebal dan dikhatam berulang kali masa aku sekolah rendah). Agaknya buku ini musnah masa banjir dulu. Sayang sekali. Cerita si Dogol? (Shahnon Ahmad juda tiada lagi...akibat banjir aku rasa)
DIAN...anak2 pasti tak mahu baca (aku pun tak pernah baca). Tulisan jawi sepenuhnya. Dian ini lahir thn 1967 dan 1970. Malah ada Dian thn 1962 juga! Sudah hampir 50 thn masih elok lagi. Ada yg mahu memilikinya?
MASTIKA. Di kiri lahir thn 1972. Sudah 40thn usianya. Masih elok. Dikanan 1997. Kenapa yg ini aku tak penah baca? Oooo aku di US masa tu.
Dan banyak lagi buku2 lama abah dlm kotak tu. Buku2 yg menggunakan ejaan lama. Apa akan jadi bila abah tak ada nanti? Siapa yg sanggup menyimpannya sepertimana abah simpan?
Dan banyak lagi buku2 lama abah dlm kotak tu. Buku2 yg menggunakan ejaan lama. Apa akan jadi bila abah tak ada nanti? Siapa yg sanggup menyimpannya sepertimana abah simpan?
No comments:
Post a Comment