Monday, January 30, 2012

Bestnya Mancing

Angah n Yah cuti seminggu sempena Chinese New Year. Apa lagi...fishing la on Khamis n Jumaat.

Dengan sapa lagi kalau bukan mak, abah n sepupu aku Nan. Air memang kering banyak tapi masih ada lubuk2 atau lopak2 yg banyak ikan.



Hasil pertama haruan oleh mak.

Dulu airnya penuh. Di sini hasilnya tak seberapa tapi geram aku dgn ikan puyu yg menangkap dan curi umpan.

Di sini kami dah pegi dulu. Masa airnya penuh. sekarang sudah kering dan tiada ikan. Tapi lopaknya ada sprt foto di atas.



Hasil hari ni cuma beberapa puyu dan 2 haruan saja. Esok kena pegi lagi. Hari kedua kami ke Pmtg.Binjai pula waktu pagi. Hasil sungguh lumayan. Petang ke Sg.Pasir pula. Kurang lumayan.

Mencuci kaki yg terjatuh lam lumpur. Jatuh terduduk masa nak menyauk ikan. Habis seluar aku.



Akhirnya haruan ini dpt dikail. Best gila.

Esoknya operasi menyiang. Letih la sebab aku sorg. 45 ekor nak diketuk dan siang utk buat pekasam.



Cuci dgn daun serai utk buang lendir2 pada ikan. Akhirnya dicuci dgn air asam dan garam. Juga sabun basuh botol Emad supaya cepat hilang bau hanyir. Masukan dlm bekas pekasam sedia dlm yg mak buat. Sedia utk digoreng bila perlu. Yummyyyy.

1 comment: