Wednesday, April 1, 2020

Chengdu hari pertama

 Selamat pagi Chengdu. 11C dengan hujan renyai2 pagi ni. Memang kena pakai sweater. Kali ni aku tak mau cerita banyak. Biar gambar berbicara.

Dari jendela Fraser Suite. 

 Di depan bangunan. 

 Kami jalan kaki saja nak ke subway. Hari ni Ayin bawa jalan2 sebab dia cuti.

 Dataran ni petang2 memang ramai orang beriadah. 

Kami menuju ke ancient city Dujiangyan.

 Tinggi betul eskalator ni.

 Ok. Tak ada yang peliknya. Macam komuter atau ets kita juga. Saja menyemak di sini hahaha.

Selamat datang.

 Wow! Ia benar2 kota lama yang menjadi tumpuan pelancong. Memang cantik dan menarik susana sini. Nyaman dan tenang.

 Air sungai deras mengalir. Empangan sebenarnya.

 Pintu masuk utama kota ini.

 Nice scripture.

 Saya suka pemandangan dan susana sini. 

 Petang sikit nanti air longkang/parit ini akan dikeringkan utk dicuci rasanya. Jernih dan bersih saja.

 Tak sentuh pun air ni. Eksen je lebih. But this photo attracted many viewers in fb hahaha.

 Masjid pun ada. 

Singgah makan sini tapi tak tau nak oder apa.

 Muslim Restaurant quite a lot here. Menu ikan dalam mangkuk tu ala2 asam pedas. Tapi disebab sejenis rempah depa yg membuatkan lidah kita jadi pedar/kebas beberapa lama, ia bole matikan nafsu makan. Memang Tak bole teruskan. Semangkuk kecil nasi pun tak abis.

Senibina yang sangat cantik. Buat pecinta seni traditional, tempat ini memang sangat berbaloi untuk datang.

Dari atas jambatan tadi.

 Sila zoom hihi.

 Antara lorong yang ada di sini. Memang aku jatuh cinta dengan tempat ini.

 Gerai2 jualanpun ada. Cari magnet saja tapi tak ada!

 Salah satu feveret gambar aku.

 Dalam masjid tadi jamak zohor dan asar.Kami menjadi tumpuan sebab cara berpakaian. Makcik dengan baju biasa, Anis dengan telekung saja di luar dan aku dengan kain pakai saja di luar!

 Yang kuat dan sesuai boleh la daki bukit ke pagoda di atas tu. Kita tak de tujuan nak ke sana buat apa.

 lama juga di dalam kota tadi. Ni dah nak balik. nak singgah tempat lain pula.

 Rehat ambil nafas sambil tunggu bas sebab jalan banyak sangat tadi.

 Itulah gambar kota lama Dujiangyan tadi. Memang luas. Kami jalan2 sebahagian saja.

 Dari stesen Xipu. Tunggu turn utk masuk ke kawasan tren.

Ayin bawa ke jalan apa nama ntah ni. Ala2 Petaling Street gitu. Happening kat sini. Jumpa dah key chain dan magnet di sini. Alhamdulillah. Mission accomplished.

 Ayoo. Mesin buat medal pun ada. Tak payah oder kat kedai. Ikut hang la nak buat medal apa pun.

 Old street ditukat menjadi tarikan pelancong. Malaysia should adopt this idea!

Kedai buat perfume drpd bunga ros.

 Arca yang menarik. 

 Barang2 antik disimen ke dinding sebagai satu seni.

 Keluar dari jalan lama tadi terus berjalan lagi. Nak balik hotel tak jauh kata Ayin. Tapi aku rasa macam dah jauh berjalan. Sepanjang jalan banyak jumpa restoren halal.

 
Kalau rasa nak beli burger boleh mai sini.

 Dekat seberang jalan saja Lamborghini ni. Duit tak dak nak beli pun.

 Ok. Dapat pegang pintu dan logo pun jadi la. Esok mai pegang lagi. Butik di ground floor hotel. Apa susah?

Allahuakbar. jauh juga berjalan. Patut lah rasa sakit2 dah jari2 kaki. Minta2 bole kurang kg balik Malaysia nanti. Esok kita tengok berapa km pula berjalan.


Friday, March 27, 2020

Chengdu 24 Oct 2019

Chengdu here I come. Perancangan segera kerana adik ipar berkursus di sana. Makanya, ambil peluang untuk penginapan percuma hihihi. Entri kali ni pendek saja. Sekadar pengenalan bila dah lama berabuk blog ni.

Dari Penang, flight malam transit di Bangkok. Rasanya kami bertiga ja muka Melayu di terminal ni. Yang lain.. semua muka China.

Chengdu 21:50 dari Bangkok. Mata dah mengantuk tapi tak terpejam sebab geng2 China punya sembang, macam kat market.

Ok.. landed safely. Alhamdulillah. debaran dah hilang. Panda in the bus already. Can't wait for me to visit :).

Kami disambut hujan renyai2 dinihari. Kesejukan tapi depa yang lain selamba je pakai nipis. Masa ni ke hulu ke hilir mencari teksi atau grab. Terpaksa ambil teksi sebab grab masa2 orang tengah tidut ni agak susah mau dapat.

Alhamdulillah. Apartment besar. Ada dapur lengkap serba serbi. Washing machine, periais, perkakas memasak. Complete! Puas hati.

Aku dengan makcik tidur di sofa ni saja. Alhamdulillah sofa selesa ya amat. Tak perlu risau.

Penuh barang2 untuk memasak. Termasuk yang dari Malaysia. Buah2an paling best. Murah dan mudah dapat. Senang diet aku.

Almari kasut/baju dan pintu ke tandas dari arah dapur.

Bilik air luas. Ada tub pun tak guna.

Ini tv dan meja study dalam bilik tidur. Luas dan selesa. Kat ruang tamu pun ada tv besar punya. bole tengok satu channel. Tapi tak tengok pun.

Ok. Itu dulu sebagai permulaan. Nanti aku sambung cerita jalan2 sekitar Chengdu.