Friday, April 3, 2020

Chengdu Hari ke 2

Hari kedua di Chengdu nak jalan2 lagi. Kami ikut saja ke mana Ayin bawa. Dia dah berbulan-bulan di sini. Tahu arah tuju dan yang penting tahu nak keluar fulus macamana hahaha.

Pagi2 sejuk gedi Ayin dah bawa melawat kawasan belakang hotel. Dia kata jom tengok ikan ngan pokok-pokok. Kedai tak banyak lagi buka.

Lorong kecil di belakang tu memang kawasan kedai2 akuarium dan jual bonsai serta bunga2. Sayang kedai bunga tak buka lagi pagi2 ni.

Hari ni pun masih hujan renyai lagi. Alahamdulillah cuaca nyaman.

Jacobean? ok.. I know Jacobian in mathematics saja.

Nak kelaug nak masuk asyik kena scan bag saja. Kalau bawa air depa akan scan air tu takut racun ka apa ntah.

Ayin kata jom pi uzium ni. Muzium pra sejarah kut.

Mural yang panjang dan cantik di laluan keretapi ni.

Pintu masuk Insha Site Museum. tak ramai orang sangat jadi agak selesa.

Tak ingat dah replika ni tentang apa. Tapi ada kait dengan burung.

Masih dalam kawasan muzium. Belum masuk bangunan dia lagi. 

Ebony forest

Keterangan mengenai Ebony Forest dari kurun ke berapa ntah.

Ok. Jom masuk bangunan pertama.

Tapak carigali yang menemukan bermacam-macam artifak bersejarah.

Sun and Immortal Bird. Inilah replika tadi.

secara amnya, bangunan ini khas utk tapak penemuan.

Bangunan kedua setinggi 4 tingkat. Yang ini memang penat meronda. Tersangat banyak artifak seramik dan ada juga yang lain.

 Aku suka yang ni. Nampak real.

 Longgokan seramik yang dah dijumpai dan pecah. Punya la banyak.

The main stucture of the ancient chariots was made of wood. Dah terbenam 3000 tahun dulu!

Walaupun air nampak keruh, sebenarnya ia bersih tanpa sampah sarap.

Aku ajak dia bergambar dia pi jauh. Kena cakap bahasa isyarat baru faham.

Balik dari muzium, kami Hahuashi market. Ala2 petaling street atau pasar malam. Tapi tak perlu tunggu malam.

Kita tengok-tengok dulu. Sebetulnya orang yang tengok kami hahaha.

Pilih jangan tak pilih. Rambang mata ooo.

Kena tahan godaan kalau mai sini. Memang dasat dia punya sihir.

Ini orang baju hitam banyak kuat ooo. Tidak beratkah?

Ok. Aku tak faham satu apa pun.

Tudiaaaa. Depa longgok macam ni saja. Jenuh memilih. Disebabkan la ni musim sejuk, baju2 yang dijual pun ikut musim. Tak jumpa t-shirt nipis langsung!

Aishhh.. godaan betul. Terpaksalah beli juga.

Tak abih lagi... Makcik nak cari handbag. Dah jom kita balik. Lama daha berjalan ni.

Jumpa kawan-kawan ni pulak. Terpaksa bergambar jawabnya hahaha.

Singgah sini dulu. Barang-barang dapur dah susut.

Durian ada. Nyok pun ada. Hat maroon tu pun nyok. Depa boh cat kut bagi lawa.

Yang ni wajib. Dah la feveret kaler aku. Lamborgini kut.

INi pun wajib. Hari2 dok tengok saja butik kat bawah tu. Kali ni kami masuk. Hahaha.. pelik ye tengok geng macam tak dak duit masuk LV? Tapi depa tetap layan. Masuk pintu luar keluar pintu dalam hotel. Jadi la.

Tadaaaa. Inilah hasil tangkapan aku. Seluar Emad 2 helai. Sneakers wajib. Bole share 4 orang. Towel apple kut haha. Topi konon2 untuk gi mancing.

Peta laluan tren atau ets.

Amik kau. 11.6km hari ni. rasa nak tercabut jari-jari kaki dah ni. Jalan tak sedang ke dunia. Semoga berkuranglah berat aku. Kita tengok pula esok berapa km kaki ni melangkah.

Wednesday, April 1, 2020

Chengdu hari pertama

 Selamat pagi Chengdu. 11C dengan hujan renyai2 pagi ni. Memang kena pakai sweater. Kali ni aku tak mau cerita banyak. Biar gambar berbicara.

Dari jendela Fraser Suite. 

 Di depan bangunan. 

 Kami jalan kaki saja nak ke subway. Hari ni Ayin bawa jalan2 sebab dia cuti.

 Dataran ni petang2 memang ramai orang beriadah. 

Kami menuju ke ancient city Dujiangyan.

 Tinggi betul eskalator ni.

 Ok. Tak ada yang peliknya. Macam komuter atau ets kita juga. Saja menyemak di sini hahaha.

Selamat datang.

 Wow! Ia benar2 kota lama yang menjadi tumpuan pelancong. Memang cantik dan menarik susana sini. Nyaman dan tenang.

 Air sungai deras mengalir. Empangan sebenarnya.

 Pintu masuk utama kota ini.

 Nice scripture.

 Saya suka pemandangan dan susana sini. 

 Petang sikit nanti air longkang/parit ini akan dikeringkan utk dicuci rasanya. Jernih dan bersih saja.

 Tak sentuh pun air ni. Eksen je lebih. But this photo attracted many viewers in fb hahaha.

 Masjid pun ada. 

Singgah makan sini tapi tak tau nak oder apa.

 Muslim Restaurant quite a lot here. Menu ikan dalam mangkuk tu ala2 asam pedas. Tapi disebab sejenis rempah depa yg membuatkan lidah kita jadi pedar/kebas beberapa lama, ia bole matikan nafsu makan. Memang Tak bole teruskan. Semangkuk kecil nasi pun tak abis.

Senibina yang sangat cantik. Buat pecinta seni traditional, tempat ini memang sangat berbaloi untuk datang.

Dari atas jambatan tadi.

 Sila zoom hihi.

 Antara lorong yang ada di sini. Memang aku jatuh cinta dengan tempat ini.

 Gerai2 jualanpun ada. Cari magnet saja tapi tak ada!

 Salah satu feveret gambar aku.

 Dalam masjid tadi jamak zohor dan asar.Kami menjadi tumpuan sebab cara berpakaian. Makcik dengan baju biasa, Anis dengan telekung saja di luar dan aku dengan kain pakai saja di luar!

 Yang kuat dan sesuai boleh la daki bukit ke pagoda di atas tu. Kita tak de tujuan nak ke sana buat apa.

 lama juga di dalam kota tadi. Ni dah nak balik. nak singgah tempat lain pula.

 Rehat ambil nafas sambil tunggu bas sebab jalan banyak sangat tadi.

 Itulah gambar kota lama Dujiangyan tadi. Memang luas. Kami jalan2 sebahagian saja.

 Dari stesen Xipu. Tunggu turn utk masuk ke kawasan tren.

Ayin bawa ke jalan apa nama ntah ni. Ala2 Petaling Street gitu. Happening kat sini. Jumpa dah key chain dan magnet di sini. Alhamdulillah. Mission accomplished.

 Ayoo. Mesin buat medal pun ada. Tak payah oder kat kedai. Ikut hang la nak buat medal apa pun.

 Old street ditukat menjadi tarikan pelancong. Malaysia should adopt this idea!

Kedai buat perfume drpd bunga ros.

 Arca yang menarik. 

 Barang2 antik disimen ke dinding sebagai satu seni.

 Keluar dari jalan lama tadi terus berjalan lagi. Nak balik hotel tak jauh kata Ayin. Tapi aku rasa macam dah jauh berjalan. Sepanjang jalan banyak jumpa restoren halal.

 
Kalau rasa nak beli burger boleh mai sini.

 Dekat seberang jalan saja Lamborghini ni. Duit tak dak nak beli pun.

 Ok. Dapat pegang pintu dan logo pun jadi la. Esok mai pegang lagi. Butik di ground floor hotel. Apa susah?

Allahuakbar. jauh juga berjalan. Patut lah rasa sakit2 dah jari2 kaki. Minta2 bole kurang kg balik Malaysia nanti. Esok kita tengok berapa km pula berjalan.