Sunday, April 12, 2020

Dalat.. Hari Ini Kami Bertamu di Sini

Percutian pertama tahun 2020 dan mungkin satu-satunya percutian untuk tahun ini. Kami berlima saja dengan aku jadi kepala geng cuti2 kali ni. Nha Trang-dalat, tunggu kedatangan kami ya.

Seminggu lepas kami semua booking tiket turun di Nha Trang, AA pun buka penerbangan direct ke Dalat dengan harga pi balik masa tu RM200 lebih! Tak pe la, bukan rezeki. 4 hb aku masih kerja. Jadi aku tunnggu K.Ton dan K.Ana di ofis aku saja. Jam 4 petang depa sampai, kami pun bertolak. Singgah di Taiping ambil Leez dan teruskan perjalanan ke Movenpick KLIA. Bukan nak  tidur situ, parking kereta jer .. RM20 sehari. Kami tidur surau KLIA 2 saja.

Bangun tidur, cuci muka dan apa yang patut, solat dan tunggu masa untuk masuk balai. Bertudung litup habih pasai pa? Masa ni Covid19 dah mula melanda China dan Korea. Virus yang begitu cepat merebak ke seluruh dunia. Kami berlima pun masing2 cuak juga nak teruskan atau nak batal. Dengan penuh kebergantungan kepada Allah swt kami teruskan. Masa ni belum dimulakan sekatan keluar masuk negara lagi. Dan vietnam masih lagi selamat untuk dilawati.

 
 Seat banyak yang kosong. Jadi aku bagi peluang untuk parking beg sekali sekala.

Dah nampak bumi Nha Trang dari atas. Insyaallah sebentar lagi penerbangan dua jam lebih ini akan mendarat.

 
Alhamdulillah, selamat tiba ke Camranh Airport, Nha Trang, Vietnam. Imigresen pun tak berbaris lama sebab tak ramai.

Mencari guide kami dgn tanda nama aku. Aku bookin Ibrahim Travel n Tours. Ini pun atas saranan Cikgu Norlida yang telah ke sana sebelum ini.

Dari airport, kami dibawa terus ke Dalat. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk tiba. Kalau NT di tepi pantai, Dalat pula di sebalik gunung.

Sepanjang laluan kami, memang nampak laut, pulau dan pantai yang cantik. Sementara nak tiba Dalat, macam2 suasana ada. Terasa macam Feringgi, macam California ada, New Zealand mcm kata Leez pun ada, Australia pun ada macam kata K.Ton, US pun ada macam kata aku. Pendek kata suasana perjalanan bermacam2. Tak payah pi jauh2.

Belum sampai lagi. Masih di NT. Singgah makan di sini. restoren diusahakan anak2 muda yang peenah mengikuti kelas tahfiz di Kedah beberapa tahun dulu (termasuk guide kami). jadinya mereka memang fasih cakap Melayu. Mudah untuk berurusan.

Jangan tanya nama ikan ni kat aku. Yang sebelah tu aku tau telur dadar hahaha. 

 Udang goreng simple saja tapi ada perasa yang sedap di situ.

Sup fishball. Ringkas saja luch kami hari ni. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Ooo ada nasi la, bukan ratah lauk saja.

Guide kami beritahu, NT telah dibeli oleh Rusia. Jadi banyak kedai2 di sini memang tulis bahasa Rusia. Malah ia merupakan pusat peranginan yang sedang dibangunkan dengan pesat. Ala2 Pulau Pinang juga di mana laut ditambak utk dibina hotel2 mewah dan padang golf. Perumahan baru dibina juga untuk pelaburan.

Ini bahagian di mana sawah luas terbentang. Pemandangan biasa bila ke rantau Asia Tenggara. Gunung ganang kelihatan di kejauhan. Tiada yang luar biasa tapi kami tetap teruja.

 Inikah cherry blossom?

Persinggahan pertama. It's tea and coffee di atas. turun ke bawah sana, it's empty your purse now hahaha. Ni tempat shopping telekung Siti Khadijah dengan harga gila2 murah dan tudung Ariani juga. Okey.. tak nak beli.. tak nak beli. Kononnya.. tapi lebur jugak RM160 (RM diterima di sini jadi tak perlu risau).

Cantik bunglo ni. Hampa pun mesti teringin juga nak rumah macam ni kan? Ngaku jer la.. tak yah nak malu-malu. Dari NT tadi 3 jam juga mau sampai sini. Penant tapi berbaloi bila tengok pemadangan begini.

 
Best kan kalau dapat laman camni. Ala2 English gitu. Pastu malas nak jaga sebab kotor, berabuk, kulat bagai hahaha.


Dah nak senja.

Acah2 tengok mentari senja di ufuk sana hihi.

Ingatkan bunga plastik, original rupanya.

Kebetulan kawan aku ada di Cameron Highland. Dia ada tunjuk bunga yang sama di fb. Cuma warna agak berbeza sedikit saja., tapi masik memukau pandangan mata.

Tadi kami kat atas sana. Turun tangga ni menuju ke gerai jualan Ariani dan SK. Ada kumpulan lain lagi dari Malaysia juga tengah shopping sakan kat sini.  Mau tak murah kalau sepasang boleh dapat RM32 dan RM45. Bayangkan kalau balik juai RM100 saja sepasang. Boleh cover tiket pi balik dah ni. Tapi aku tak mau banyak2 sebab tak kuasa nak tambah beg.

 
 Ni dari atas pula. Masa ni belum senja lagi.

Dah magrib. One hour behind from Malaysia.

Dah habis shopping, kita pi dinner pula di Kg.Pandan. Pemiliknya adalah mamak dari Malaysia. Dia cerita, isteri saya sorang juga ada. Dia tinggal di Penang sana. Sudah 15 tahun saya di sini juga. Sebulan 2-3 kali juga ada balik Malaysia. Anak 2 orang juga sudah kerja (engineer rasanya anak dia ka doktor atau dua2). Orang Malaysia kalau kawin sama orang sini banyak bodo. Nanti kamu punya bini dapat duit tinggal kamu sorang2. Banyak rugi. Jadi saya ada itu sorang isteri di Malaysia sudah cukup. Lebih kurang gitu la katanya.

Sebab itu makanan di sini memang rasa Malaysia.. rasa Penang mari.  Yang tengah tu ikan rasanya. kanan sekali tu macam popia goreng. Sedap. Dah kenyang, jom kita check in.

Ini hotel penginapan kami. Nampaknya gambar dengan motor besar ni menarik perhatian ramai. Seab aku ke sebab motor tu? Nampak tak pokok dalam pasu di belakang sana?

Inilah bunganya. Ingatkan tipu tapi betul punya.

Bilik luas. Bole Berempat ni sebab katil besar.Memang selesa biliknya. Kita rehat, mandi dan solat. Lepas tu jom ke pasar malam.

Jalan di sini tak begitu sibuk dan agak selamat untuk meronda malam2.

Dua pasangan ini daripada KL. Satu flight dengan kami cuma dari airport tadi mereka memilih utk naik kereta berasingan. Mereka tak jadi ikut sebab seorang tu kakai dia cedera. Jadi kami lah yang merayau malam ni.

Macam pasar malam kita juga cuma tidak terlalu ramai orang. Pukul 10 dah tutup. Yang banyak ialah pakaian. Makanan ada tapi sedikit.

Sedang memilih stokin. Murah-murah. Mari beli mari beli. K.Ton yang kaki terseliuh pun kuat lagi berjalan pelan2 dengan kami. Dia terjatuh eskalator di KLIA pagi tadi. Kesian dia. Amhamdulillah, tak de yang teruk. Risau juga kami.

Biasan cahaya. Lanskap Cantik bila malam sebab ada lampu warna warni.

Pokok bunga menghiasi kiri kanan jalan. Alhamdulillah malam ni kami jalan2 banyak pokok bunga. Esoknya semua tu dah diambil.

Dalam pasu2 atau bekas2 kecil saja. Esok dah diangkut balik.

Eh..eh.. siapa yang ambil gambar kami ye? Nanti aku kenalkan guide kami yang sangat sporting tak tau nak kata camna dah.

Jadilah dapat tengok sikit pun blossom ni. Lepas kempunan.

Cantik bila dilimpahi cahaya.

Perempuan dan bunga. Memang sangat serasi.

Oklah. Untuk hari pertama ni cukup sampai di sini saja dulu cerita aku. Nanti aku sambung cerita untuk hari kedua pula. Jom balik tidur.




Tuesday, April 7, 2020

28 Oct 2019 Chengdu yang sangat nyaman

Hari ni Isnin. Hari akhir untuk merayau tengok bandar Chengdu. Cuaca masih lagi nyaman dengan matahari mula bersinar terang. Nak merayau sekitar bandar saja dan cadangnya nak ke tiga muzium lagi.


Baru hari ni nak merasa breakfast di sini. Best betul tengok buah2 yang sedar dan besar serta manis. Kutip tak cukup tangan.

 Good morning Chengdu.

Laluan yang sama semasa hari mula. Restoren Muslim. Kepunyaan warga Tibet/Kazastan sewaktu dengannya.

Ini di sebelah restoren tadi. Owner yang sama. mereka bukan orang China sebab iras wajah memang lain.

 Jom pi lawat masjid Chengdu.

Lorong ke pintu masuk masjid ada dijual ayam dan daging mentah halal. Di sinilah Ayin beli kalau nak masak.

 Pintu masuk masjid.

 Menunggu giliran membeli daging dan ayam.

Rupa-rupanya, bertentang dengan masjid ialah Muzium Chengdu yang tak jadi masuk semalam. Pagi ni nak masuk muzium.

Huhuhuhu. TUtup la pulak muzium. Hari Isnin semua Muzium tutup untuk proses pembersihan dan penyelengaraan. Malam ni dah nak balik. memang tak dapat masuk jawabnya.

 Jadi kami membawa kaki meronda tengok bunga-bunga.

 Musim bunga 

 Sichuan Art Museum. Pun tutup. Isnin kan hari ni.

 Bergambar dengan arca sepanjangjalan di luar muzium seni saja.

 Sepanjang laluan pejalan kaki ada arca.

 Akhirnya tiba di sini. Tak dak sapa nak naik lanca dia.

Panda-panda ni ada polis jaga tau. Sempena apa ntah lupa pulak.

Kuanzhai Xiangzi Alleys. Ada tiga lorong semuanya. Hari mula kami dah sampai. Tempat yang aku beli magnet dan keychain. Hari ni mai lagi sebab makcik baru nak cari keycahian. Hari tu tak nak beli. Huhuhu... letih seret kaki pi tempat yang sama.

Tudia.. jauh tak jauh kami jalan hari ni. Malam ni kerusi urut lagi jawabnya. Lenguh gila.

Secara keseluruhannya, Chengdu memang sangat cantik dan tenang untuk dilawati. Jalanraya dia memang sibuk sentiasa dengan kereta2 mewah. Kuasa membeli sangat tinggi di sini. Setakat BMW dan Mercedes tu tak heran dah. Kesimpulannya, jika ada peluang, datanglah ke Chengdu.

Malamnya kami pulang, memang flight penuh dengan muka Cina..termasuk kumpulan Cina dari Malaysia. Depa hairan macamana kami 3 perempuan boleh datang lawat Chengdu. Komunikasi macamana. Hahaha.. hebat tak hebat kami? Terpegun kejap uncles dan aunties yang nak balik Malaysia. Sehingga jumpalagi destinasi seterusnya.