Thursday, February 24, 2011

Macam-Macam

Anak2 dengan macam2 pe'el/kerenah. Memeningkan, menyesakkan, kelakar pun ada. Macam2 adaaaa...itulah Hidup..Hidup yg merupakan satu anugerah dari Allah swt. Sekadar mencoretkan agar satu hari anak2 boleh baca apa yg mereka lakukan semasa membesar. Kisah yg boleh membuat mereka berfikir sendiri.

Kakak yg di asrama kringgg lagi. Abah yg jawab. dalam 1 minit ja cakapnya pun. Apa hal la pulak kakak ni? Abahnya pun nak tergelak. Ibu tau tak apa kakak cakap tadi? Kakak kata sarung payung dia hilang. Tak pe ka? Alahai kakak...kakak...yg tu pun nak tanya ke? bila crita kat Angah semlm Angah pun gelak.."kalau Angah la ibu..Angah tak habag..dok diam dah le"

Tengah dinner semlm..aku saja tanya anak2. Agak2nya la... kalau kita ada baby boy Yah nak buh nama apa? Yah suka..Adam dan Muhammad. Kalau pompuan Yah suka Iqlima. Sapa tu abah tanya. La.. Iqlima..anak Nabi Adam. hmmm..ibu pun tak tau yg ni..sedap juga Iqlima. Angah pulak nak apa? Angah nak Muhammad. Abah pulak? Biar ibu la bagi kalau adaaaa... Hmmm...bila agaknya ye? Hanya Allah yg Maha Mengetahui...

Malamnya pula Yah minta permission. "Ibu, Yah nak pi Kursus di Sg Lalang bole tak?" Kursus apa la pulak kecik2 ni. "Kursus bagi cepat blajag matematik." Ha eleh..baru drjh 2 nak pi kursus. Mana bole..."Yah akan pandai nanti..Yah akan cepat blajag." Merajuk sebab tak dibenarkan, terus tertidur dgn rajuknya. Jam 5.30am Yah masuk bilik. "Ibu..dah dekat pukul 6. Bangun la." Yah tukar jadual waktu sekolah, isi botol air, sangkut baju sekolah di hanger utk pakai hari ni...dan..Yah nak tido balik la ibu. La..ingatkan dia nak mandi terus.

Bila kejut pagi, dia tak mau bangun lak..nak pi ngan ibu. Alamatnya tak pergi ngaji la seba ibu lambat...Suka hati lah dia dapat makan roti canai hari ni.

No comments:

Post a Comment