Walau jarak dgn Yah dah 8thn tapi aku tak rasa teruja pulak. Apatah lagi nak sopping barangan baby. Tambahan pulak baby boy kali ni. Yg pasti namanya telah aku sediakan bertahun2 yg lepas. Sekiranya ditakdirkan aku mengandung lagi dan mendapat baby boy..nama itu pasti diberikan padanya. Nak tahu? Carilah sendiri..kalau A=Auni, B=Busyra, C tiada sebab abahnya tak mau (walau aku dah sediakan satu), D=Dalilah, boleh agak kut boy ni pasti E=????? Apa2 pun tungguuuuuu.
Hmmm..barang2 dia memang belum beli. Yang ada:
1. Katil baby (adik aku Anis nak bagi, anak dia tak guna dah). Seingat aku dah 3 anak tak penah sorang pun tidur atas katil baby. Semua tidor atas tilam yg dihampar atas lantai. Senang, tak yah nak angkat2 lagi. Rasanya malas nak guna yg ni.
2. Baby car seat. Yang ni memang dok ada di rumah mak aku. Kak aku ngan adik aku punya. Memang aku guna yg depa utk anak2 aku. Simpan pun buat apa.
3. Stroller. Tak dak pun tak pa. Seingat aku aku utk 3 org anak aku penah guna sekali ja. Masa ke zoo taiping utk bawa Angah (10thn dulu). Itu la sekali aku guna, pengasuh Angah pinjamkan. Cukuplah sekali, lebih baik dukung je anak2. Lecehla bawa natang ni. Nak angkut masuk keluag keta. Nak buka nak lipat. So... tak dak natang ni pun aku tak kisah.
4. Besen mandi? Adik aku Pozan nak bagi anak dia punya. Bole saja.
Lain2 memang tarak. Bo liao. Bila nak beli niiii?
No comments:
Post a Comment