Saturday, November 26, 2011

Berpantang

Berpantang..inilah masa yg tak best sekali. Ake berpantang di Sg.Petani. Bab makan aku tak kisah. Sup haruan, sup kembung, singgang ikan dan sewaktu dgnnya setiap hari sgt sedap. Apa mak aku masak utk aku aku makan. Yang aku rimas bab pantang yg lain.

Antaranya bertungku. Adus...Rimas sebabnya tak dpat tumpu pada tungku. Emad bukannya tido nyenyak. Kejap2 bunyi. Kejap2 bangun. Aku pun kena bangun, baring, bangun, baring juga la. Pagi2 dah mak aku bakar tungku. Malam lagi. Kesian lak dia tapi aku diam ja...Malas nak cakap.

Then mandi ramuan daun2. Tak lah teruk sgt sebab mak aku dah sediakan semuanya. Tapi masa awal2 tu yg leceh tu...dlm 20 hari gak le mandi ramuan ni. Lepas mandai pakai "borois" (kalu tak tau leh tanya). Ni yg leceh. Rimas. Ni antara ramuan air mandi aku.







Halia dan dua tiga jenis daun lagi. Semua tu direbus utk mandi pagi. Memang berpantang ni menguji kesabaran. ALhamdulillah lepas ni tak pantang ni dah. Dah tutup buku. Now kena pantang makan je takut Emad kembung perut sebab dia nyusu badan lagi. Sabar..sabar..nanti dpt makan aku makan apa yg tak boleh makan masa ni...isk..isk..

1 comment: