Tuesday, June 24, 2014

Culik...

A097
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah 2:97)

Bila baca suratkhabar.. naik seram sejuk ja.. kes culik makin menjadi.. tak kira masa tak kira tempat.. tua atau muda.. semua terdedah pada risiko.. si pelaku pula.. asal ada ruang dan peluang habis dirembatnya.

Naik takut nak keluar rumah.. dok depan rumah pun takut.. sebab dah berlaku.. dok dalam rumah pun ada yg kena... kat taman, kat pasar, kat taska, kat sekolah.. kat mana2. 

Dalam hal ni rasanya bukan masa utk jaga tepi kain sendiri.. masing2 ada peranan.. individu, masyarakat dan semua pihak perlu jaga tepi kain orang lain juga... demi keamanan dan keselamatan bersama. Hidup bermasyarakat perlu saling bekerjasama.

Beringat2 sebelum kena.. Semoga kita semua berada di bawah perlindunganNya...

No comments:

Post a Comment