Monday, December 29, 2014

Makan-makan di Rumah Ellis

A046 
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Al-Baqarah 2:46)

20-24 Disember baru2 ni kami balik bercuti ke Batu Pahat. Pasai pa tak terus ke 25 Dis? Ada la.. Dalam 3-4 enty update nanti aku cerita kisah 25 hb pulak.


Bila dah balik BP, aku memang mati kutu. Selalunya memang aku cari Ellis utk ajak makan2 kat luar. Cuma kali ni lebih happening dan lebih seronok sebab ramai yg datang BP.


Rupa2nya Shamsul Amir (Shamiag) dah 21 thn gheja di PLUS Yong Peng. Dan selama 17 tahun aku dok balik BP, baru tahun ni aku tau dia di situ. 

21 Dis tu pulak.. Megat (Mioi) ada di JB dan on the way balik Putrajaya. Katanya nak singgah jumpa Sham di Tol Yong Peng. Apa lagi... Alang2 dah Mioi ada sini.. Sham pun cuti.. aku pun tak tau nak buat apa.. jom kita makan2 di rumah Ellis. Err.. Ellis.. eloo..elo.. ok ke?
 
A047 
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya). (Al-Baqarah 2:47)


Kata Sham dan Megat? Tu mai mana pulak sorang lagi? Macam kenal jerrr. memang la kenal.. Zul Kassim kawan sekolah kami jugak. Kebetulan dia on the way bercuti ke JB.. aku suruh join sekali. So.. meriah la hari tu.


Berkumpullah kami di rumah Ellis (hb dia ke JB ada kerja). Dari kiri... Ellis, Azura (wife Megat), Sham, Zul n Aisyah, Aku n of course la laki aku.. nak peluk sapa lagi kan?
A048 
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Al-Baqarah 2:48)

 
Zul n Aisyah tiba pukul 2 lebih. So lama la depa lepak di situ. Kesian kat mak Aisyah. Dah terlelap sebab lama sangat.
 


Alahai anak aku... masa ni baru nak tidog. Lega sikit. Tak dak la tukang sibuk masa aku nak sembang2 ngan kawan2 lama.

A049 
Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (Al-Baqarah 2:49)


Mee bandung BP.. aku beli khas utk Megat yg teringin nak makan mee bandung Johor. Aku pun ini la 1st time makan mee bandung ni.


Asiyah n Azura dok boh mee bandung lam pinggan. Jangan takut.. aku beli banyak. Ellis pulak buat laksa Penang.. Hah.. makan sampai kenyang.

Siap ada bekal mee lagi utk korang. Tapi sayang.. bukan rezeki Aisyah n Zul. Depa terlupa bawa mee utk bekalan. Utk Megat n Sham.. balik nanti makan mee ni lagi.
 
A050 
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (Al-Baqarah 2:50)



Athirah Megat dan Athirah Ellis.. sebaya cuma saiz berbeza. yang mana satu? Yang kecik tu anak Ellis.. kan muka serupa mak dia tu?

Yang pasti, cuti aku di BP tahun ni memang best.. selain dapat jumpa Ellis (memang selalu jumpa pun bila balik BP), dapat jumpa Aisyah n Zul (after 10 years rasanya. last jumpa depa mai raya rumah aku di Lunas), Megat (last jumpa masa kumpul di rumah C.Shahiddan about 10 years jugak la) dan Sham (lepas keluag maktab tak jumpa dah. kat maktab pun mana penah sembang.. maluuu heheh). Nak ajak Kak Ti (Rozaida) dia balik Langkawi. Nak ajak Safina, dia balik Taiping.

Alhamdulillah.. ini pun dah cukup. Insyaallah. Ada umur kita jumpa di Reunion 25 tahun 2015 nanti. Terima kasih dari aku utk kawan2 yg sudi join makan2 ni... terima kasih daun keladi Aisyah, Zul, Megat dan Sham. Terima kasih banyak2 Ellis sebab rumah hang jadi tempat kumpul.. buat macam rumah sendiri.. hahaha.

NOTA: 
Aku, Ellis, Megat n Sham masuk form 1 ke MRSM
Aisyah n Zul masuk Form 4. Bercinta lepas sekolah kut.. now happilly married..
Suami Ellis, Adri (kerja hari ni) satu sek rendah (ke menengah?) ngan Azahar, suami aku, di SR Limpoon BP. Adri senior.
Wife Megat, Azura masuk MRSM Muar masa Form 4 sama ngan laki aku jugak!
Megat n Aku satu homeroom.. Damai 86
Sham ngan Aku... kami sama2 tadika di Kg.Raja Sg.Petani... sib baik masing2 tak ingat cerita tadika.. hahaha




3 comments:

  1. Salam Aina.... alhamdulillah dpt jumpa kwn2 lama, ada umur kita jumpa lagi ya....

    ReplyDelete
  2. Lama tak jumpa Aisyah dan ellis. Dalam kehidupan kita memang banyak crossnya, kita bersekolah dengan org tu orang ni, berkahwin, tup2 kawan kita dengan kawan suami juga sama

    ReplyDelete