Monday, April 20, 2015

Majlis Tahlil di kaki Jabal Nur

A181 
Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:181)

 

Tiga hari sebelum pulang, diadakan majlis tahlil di luar oleh pihak Juara Travel. Berhampiran Jabal Nur, di seberang jalan. Jabal Nur nun di sana pintu gerbang. Yang terlibat adalah 3 penerbangan di bawah Juara.


Cuaca masa ni agak sejuk. Petang boleh tahan lagi. Tapi bila angin bertiup.. sejuk sampai ketulang juga. Keadaan tempat ini lebih kepada kwasan utk bersama keluarga. Nak berkelah atau berehat2 di luar rumah.
 
A182 
Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:182

 

Ini keadaan di dalam. Ada tandas di kanan dekat 2 orang lelaki nun. Dekat banner tu pula ada bilik utk duduk2 rehat2. Tengok gambar yg bawah ya. ang atas tu dinding pintu masuk tadi. Nampak tak ada sorang pompuan menuju bukaan sana?

 

Ok.. sana yg aku maksudkan tadi ialah kawasan ini. Bersebelahan. Macam ada ruang kolam mandi tapi tak ada air (Biru tu). Sebab tu aku agak ruang tertutup begini utk aktiviti keluarga.  Bahagian ini juga ada tandas lagi.
 
A183 
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183

 

Masa ni langit memang cantik sangat. Tak boleh lepaskan peluang menikmatinya. Angin pulak sangat sejuk. Menggigil aku. Mak abah aku lagi la. Emad? Ke sana sini tak reti diam.. sejuk pun tak heran.


 Subahanallah. Cantik sangat.
 
A184 
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184)



Aku terpesona dengan bulan kat atas sana. Langit yang tidak berawan menjadikan ia begitu cantik dengan cahaya.


Kenapa aku boleh amik gambar? Paham2 je la. Solat magrib berjemaah diikuti sedikit tazkirah. Di sambung dengan solat Isyak berjemaah. Kemudian baru ada jamuan makan malam.
 
A185 
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:185)
 

Ini yg mengherankan aku. Mau pulak si Emad ni sembang ngan Husna dari KL ni. Bukan main lagi dok dekakt kakak tu bercerita. Flight Husna balik Malaysia esok harinya.


Makanan memang banyak. Nasi arab lauk kambing lauk ayam. Buah2 manisan (dlm gambag kanan ni aku tau kunafa saja yg bekas bulat tu). Aku tak makan banyak.. ambil kuih sikit.. buat apricot (warna kuning bulat2 di kiri). Pun dah kenyang. Siap boleh tapau lagi bagi yang nak tapau. Nasi aku tak makan langsung. Sebab tu tak dak gambag nasi..hehehe

1 comment: