Monday, October 10, 2016

Kembara Bumi Tsunami - Banda Acheh 19/7/16

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. (A-li'Imraan 3:68)



Alhamdulillah. Selepas 12 tahun akhirnya aku dapat menjejaki Banda Acheh, bumi serambi Mekah yang teruk dilanda tsunami 2004 yang lalu. Dari Penang, aku dengan En.Suami naik AA ke KLIA. Di sana nanti ada 3 orang pelajar yang menunggu untuk turut serta. Beg aku... cukup backpack hitam tu sebuah. 4H3M tu. Cukup ka beg sebiji tu? Cukup...untuk aku. Untuk orang lain mungkin tak cukup.


Budak2 bertiga ni, Affendi, Syahmi dan Iqbal mewakili FKK UiTMPP untuk masuk pertandingan rekacipta (entri lepas ni aku cerita nanti). En.Suami ni sebagai pegawai pengiring. Aku pulak PA pada En.Suami, kenalah ikut. Kan kan kan. Dan aku pasti kali pertama depa tengok aku sure dok kata "Pn.Aina ni mesti garang ni. Diam dari tadi." Hahaha.. hampa tunggulah nanti. Diam ada makna tau.


Banda Acheh dari udara. Banyak juga rumah. Tak dapat bayangkan 12 tahun dahulu kawasan ini sebenarnya padang jarak padang tekukur. Sekarang ia subur dengan tanaman menghijau. Subhanaallah. Bila Allah berfirman 'Kunfayakun", maka jadilah.


Dari KLIA jam 1.15pm, kami tiba di Banda Acheh jam 1.45pm waktu tempatan. Sultan Iskandar Muda International Airport memang kecil, macam Medan. Sat saja settle urusan untuk keluar. Masa menunggu untuk urusan imigresen aku perasan ada dua pelajar datang dengan sepasang suami isteri. Aku agak pasti mereka akan menyertai pertandingan yang sama. Memang betul tekaan aku.


Dari airport, kami ambil teksi ke penginapan dengan bayaran dalam Rupiah170++ (aku rasalah. Ingat2 lupa). Dari urusan tiket flight, booking penginapan sampai urusan transport semua aku yang uruskan. Dah nama pun PA, cuma tak bergaji saja. Penginapan di Wisma Penginapan PMI yang jauhnya dalam 16.2km dari airport (lebih kurang 30 min). Penginapan bajet murah sebab students dengan pensyarah pun dapat bajet rendah. Tapi pada aku ini dah memadai sebab kami guna untuk mandi dan tidur saja. Selebihnya memang kami kat luar hingga ke malam.


Lepas check-in, mandi kerbau sat dan solat, dalam jam 3pm kami keluar. Perut masing2 dah lapar sebab dari tadi tak makan. Aku minta wisma carikan driver, dapatla mamat ni. Lupa pulak nama dia ni. Untungnya dia ni sebab suka bercerita. Cakap pun dah macam kita sebab dah biasa tinggal beberapa tahun Malaysia dulu. Jadi bahasa bukan masalah. Cuma, agak mahal charge yang dikenakan untuk kami (tapi berbaloi la dengan kereta yang selesa tu hahaha). Yang aku geram.. dia boleh panggil aku makcik dan rasanya dia ingat jejaka2 bersama aku tu anak2 aku kut. Haish... kau pun tua daripada aku. Sabo je lah. Nasib baik kami perlukan driver. Umur dia 45 tahun.. anak2 dia 20, 12 dan 4 tahun. Memang dia jarakkan begitu jauh. Dia dok tanya peluang pengajian kat sini untuk anak sulung dia. Manalah aku tahu sangat.


Dia bawa kami makan dekat sini. Katanya, kalau bulan Ramadhan memang semua kedai makan diarahkan tutup. Kecuali beberapa kedai seperti ini yang menyediakan makanan western untuk para pelancong asing. Mereka dibenarkan beroperasi tetapi pelanggan mestilah pelancong2 asing yang bukan beragama Islam. Begitulah lebih kurangnya.


Ini bahagian bawah. Budak2 bertiga tu makan kat atas. Sure mamat driver tadi terkejut tengok kami berdua. Hahaha.. jangan tak tahu inilah En.Suami aku merangkap peneman dan bodyguard aku. Makanan kat sini Alhamdulillah, sedap juga. Gambarnya minta maaflah ya sebab aku selalau teringat nak ambil gambar selepas pinggan dah licin.


Selesai makan, kami balik ke destinasi pertama yang sepatutnya kami pi tadi. Jalan-jalan di kawasan ini memang seperti jalan kampung. Tak bising dan tak sesak. Kenderaan pun tak laju, sederhana saja. Jangan bandingkan dengan Jakarta yang asyik traffic jam saja dan Medan yang bingit dengan hon sepanjang perjalanan. Hari pertama ni kena cuba ziarah beberapa lokasi tumpuan sebab esok lusa waktu terhad.


Lokasi tumpuan pertama ialah PLTD Apung 1. Masa kami sampai sini ada 15 minit saja lagi sebelum waktu tutup jam 5.15pm. Sempat ke 15 minit? Memang sempat.


Kapal pengangkut seberat 2600 Tan yang dihanyutkan tsunami sejauh 5km. Terdampar di sini dan akan terus kekal di tapak ini sebagai satu sejarah dan bukti kuasa Allah yang Maha Berkuasa. Senarai nama warga daerah sini yang terkorban turut terpahat di sini.


PLTD Apung 1 dalam sejarah. Masa mula-mula aku tengok pun Masyaallah. Begini besar kapal ini besar lagi kuasa Yang Esa. Tidak ada yang mampu mengatasinya. Kapal sebegini besar, hanya seorang manusia yang terselamat di atasnya. Subhanallah.


Setelah bertahun, tapaknya sudah tertanam di bumi mungkin dalam satu meter. Jujur aku bagitau, mula2 masuk tapak lawatan ni benda yang besar camni aku tak nampak. Hahahaha.. sebabnya nampak macam bangunan lama, tidak seperti kapal.

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). (A-li'Imraan 3:69)

 

Dari atas PLTD, boleh dilihat kesan tsunami 2004. Puing2 rumah tu memang akibat tenggelamnya entah berapa meter melepasi bumbung. Masjid berhampiran musnah dan perlu pembaikan.


Masjid Subulussalam namanya. Kotak derma diletakkan di pintu masuk tapak lawatan PLTD. Kerajaan tidak memperuntukkan kewangan untuk pembaikan masjid. Hanya mengharapkan daripada kutipan derma pelancong2 yang datang serta warga mereka untuk menampung kos pembaikan. 15 minit di PLTD hingga pintu ditutup sudah memadai. Kita ke lokasi seterusnya.

 

Bagus juga driver kami. Mulutnya rancak bercerita. Lokasi seterusnya dia yang tentukan. Katanya kita cuba dan harap-harap sempat. Dari lokasi pertama lebih kurang 30 minit perjalanan. Jalan ke sana aku rasa agak jauh juga. Melalui pesisiran pantai dan perkampungan nelayan. Jalan ini merentas ditengah2 di kiri laut di kanan sudah seperti tasik.


Kawasan ini dinamakan Perkampungan Kedah. Kalau dicari peta Banda Acheh pasti ada ternampak lokasi bertanda Kedah. Kata driver, dulu ramai orang2 dari Kedah di sini. Sebab itu juga bahasa mereka hampir sama dengan Malaysia. Tidak seperti di Jakarta atau Medan yang memang Bahasa Indonesia.


Gampong Lampulo, lokasi di mana terletaknya bot di atas rumah. Juga sudah dijadikan tapak tumpuan pelancong. Tidak ada bayaran untuk ke sini. Tetamu bole datang saja bila2 masa tetapi untuk yang mahu menderma ada disediakan tabung berhampiran.


Kalau tadi, di atas PLTD Apung 1 hanya seorang sahaja yang terselamat. Kali ini, bot yang berganda2 kecilnya dari PLTD menyelamatkan 59 nyawa. Subhanallah. Besar kecil bukan ukurannya. Jika itu janji Allah maka tetap akan berlaku mengikut kehendakNya.


Terpahatnya kisah bot yang menyelamatkan 59 nyawa ketika kejadian tsunami 12 tahun yang lalu. Bila menaiki pelantar untuk melihat bot dari atas, sebahagiannay telah rosak dan pecah-pecah. Mungkin akibat tsunami itu sendiri dan mungkin juga proses pereputan masa.


Di dalam rumah di bawah bot, terdapat senarai nama2 warga daerah Lampulo yang terkorban ditampal pada dinding yang rosak. Aku rasa pada setiap lokasi kejadian tentu ada nama-nama yang terkorbam disenaraikan mengikut kawasan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. Dalam 30 minit di lokasi tersebut, kami bergerak menuju destinasi ke-3 yang ditentukan oleh Abg. Bob, driver kami (hahaha.. at last aku rasa inilah namanya yang kami panggil sepanjang menggunakan perkhidmatan beliau).


Makam ulama terkenal Sheikh Abdurrauf atau lebih terkenal dengan Sheikh Kuala. Lahir Tahun 1001H (1591M) wafat pada hari Isnin 23 Syawal 1106H (1696M) dalam usia 105 tahun, dikebumikan pada tempat yang diamanahkannya digampong Menasah dayah Kuala Aceh, sekarang Desa dayah Raya. Almarhum merupakan kadhi sepanjang 59 tahun Acheh di bawah pemerintahan 4 orang ratu!  Dari lokasi kedua tadi tidak lah jauh. Makamnya yang berada di dalam pagar besi berkain putih dalam gambar bawah sebelah kanan. Gambar ini pun diambil dari luar pagar yang sudah berkunci. Kami lewat beberapa minit. Andainya awal, boleh masuk hingga ke kawasan makam di dalam. Satu hal yang menarik perhatian aku bila Abg.Bob bercerita. Di daerah Dayah Raya ini banyak menasah didirikan. MENASAH? Macam biasa ku dengar nama ini. Yaaa... kecil2 dulu kat kampung aku tak panggil surau. Kami panggil MENAKSAH. Rumpun yang sama memabawa nama yang sama.. Masyallah. Di sini aku jumpa nama yang sudah lama tidak disebut kerana sudah dibiasakan dengan sebutan SURAU.


Di dalam bangunan putih inilah terletaknya makam tadi. Diluarnya itu kelihatan telaga yang airnya boleh digunakan untuk disapu pada muka sebagai ubat (kata penjaga di situ). Penjaga makan terdiri daripada keturunan Sheikh Kuala dan mereka menetap sekitar kawasan makam. Rumah kayu hijau itu adalah surau sebenarnya tetapi sudah tidak digunakan kerana lantainya yang rosak. Sudah ada surau baru daripada batu dibina di belakang bangunan. 


Di luar bangunan makam, disebelah kiri gambar atas tadi terdapat makam2 lain yang terdiri daripada kaum keluarga Sheikh Kuala. Dan yang berbalut kain putih ini makam isterinya. Nisan2 dan batu makam patah dan rosak akibat tsunami dahulu. Di sekitar belakang makam terdapat kuburan2 bernisan yang berselerak. Betul-betul di hadapan kawasan makam, padang luas yang dipagari tembok pemisah dari laut. Ya.. laut disebalik tembok itu memusnahkan kawasan ini kecuali makan ulama tersebut.
 

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? (A-li'Imraan 3:70)


 

Selesai ziarah makam, kami pulang ke kota untuk solat jamak magrib dan isyak di masjid yang sangat terkenal di Banda Acheh. Masjid Raya Baiturrahman.



Tandasnya agak jauh dan terasing daripada pintu masuk. Untuk kaum wanita, di sini juga tempat untuk berwuduk. Huhuhu.. kalau yang tidak tahan wuduknya, pasti dalam perjalanan nak masuk masjid kena patah balik ke sini.


Gambar atas ialah suasana sekarang. Tiada yang menarik di hadapannya kerana dalam proses penambahbaikan. Kolam di hadapan sudah tiada. Akibat tsunami, sekitarnya seperti padang jarak. Gambar bawah ialah masjid dalam perancangan baru. Payung besar seperti di Masjid Nabawi akan dibina di sini Insyaallah.



Pemandangan di dalam masjid. Tiangnya memang banyak. Cantik dan nyaman bila bersolat di dalamnya. Syukur kerana kembara ini aku berpeluang solat di dalam masjid bersejarah ini.




Beberapa buah candeliar yang bergantungan juga menarik perhatian aku. Aku juga ambil peluang pusing ke bahagian luar sebelah masjid (sorang2 dengan hati berdebar2 juga tapi tawakkal agar tidak berlaku sesuatu), hanya kerana ingin merakam gambar masjid dari pandangan sisi.



Di luar kawasan masjid, ada penjaja2 kecil menjual buah ini sebekas 5 rupiah. Bukan di sini saja, di jalan2 kampung juga boleh jumpa penjaja2 menjual buah ini kerana sekarang musimnya. Tak ingat di sana disebut apa, (bila google boleh jumpa keriang Acheh) tapi di sini kita panggil Keriang Dot. Ya.. buah yang agak kelat itu dan warnanya boleh lekat pada baju. Ini buat aku terkenang semasa dulu, hatiku merasa rindu ni. Hanya sebatang pokoknya di kampung aku dulu dan sekarang ini sudah tak ada lagi.




Selesai solat, Abg.Bob bawa kami makan di sini. Katanya terkenal dengan Nasi Bebek (Itik). Oh nooo. Not my peberet or even my taste. Tapi.. hahaha. Ada tapinya. Sayugia diingatkan kepada para pelancong yang mahu ke Banda Acheh, orderlah air jusnya setiap kali makan. Gerenti puas hati sebab ia betul2 jus perahan buah yang sangat pekat bukannya jus bancuhan dari botol. Harganya pun murah saja. Jus mangga dalam 15000 rupiah lebih kurang RM5, malah ada tempat lebih kurang RM3.50 saja. Memang superb jus dia.




Ok. makanan aku hanya nasi sejemput dengan ikan kayu yang dibeli di lokasi Bot Atas Rumah tadi. Gulai depan tu gulai bebek untuk yang lain. Udang, sotong, telur puyuh dan sebagainya ini memang akan diletak pada setiap pelanggan. Hanya bayar jika kita mengambilnya sahaja. Jadi jangan risau. Buat tak tahu saja kalau rasa bajet tak cukup, hahaha.



Akhirnya, masa untuk membayar. Rupiah 150,300. Dapat diskaun 300 rupiah. Alhamdulillah. Pandai Abg.Bob, makan minum dia dah siap masuk dalam ni. Tak pa, rezeki untuk dia. Tak dak masalah. Alhamdulillah. Masa untuk pulang ke bilik. Terima kasih Abag.Bob bawa kami jalan-jalan hari ni. Pagi esok jangan lupa ambil kami untuk hantar ke satu lokasi saja. Selepas itu urusan kita selesai.





1 comment:

  1. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam...Ingin Datang Melancong Di Acheh dan Zero Kilometer Indonesia Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Acheh dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp +6281263979828
    https://www.facebook.com/muchsin.mustafayatim

    ReplyDelete