Wednesday, July 31, 2019

Yjogjakarta (12-15 Sept 2017)

Allahuakbar! Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Entri terakhir aku 3 Ogos 2017. Masyaallah. Dah 2 tahun tak menjenguk alam maya yang satu ini. Semuanya seperti sudah diambilalih oleh facebook. Tapi di fb pun bukan aku cerita banyak macam di sini. Sekadar berkongsi 9-10 keping foto dan beberapa ayat mudah faham.

Baiklah. Hari ni terasa nak masuk kembali ke dunia yang lama tertunda. Jom kita teroka Yjogjakarta dan lihat apa yang ada di sana. Ini pun cerita dah lapuk.. 2 tahun sudah. Aku cuba mencari kembali memori yang hilang hahaha.

Tudia budak yang teruja abis nak ke Yjogja. Diusungnya 2 bantal busuk dan sebuah treler hot wheels. Beg kami cuma 3 buah saja untuk 4H3M. Tak banyak pun yang nak dibawa.

 
Ini dia penginapan kami selama di sana. sangat dekat dengan jalan Malioboro yang meriah pada malam harinya. Sangat meriah hingga ke pagi.

Keterujaan yang melampau. Penuh satu A4 dilukisnya. Hanya tuan punya yang boleh menceritakan kisah di sebalik gambar.

Mengambil peluang meronda sekitar Malioboro. Dia ajak naik beca. Kemudiannya ajak naik kereta kuda pula. sekadar meronda tanpa membeli apa2.

Inilah puncanya aku ke Yjogja. En.Suami minta temankan dia ke konferensi ini. maka , kenalah aku menjadi peserta juga dengan bayaran RM1000.

Ini peserta termuda dalam sejarah. Keletihan selepas asyik mendengar pembentangan yang bukan di dalam bidang kepakarannya. Tidur lebih baik.

Bila sudah segar bugar, wahhh, dia pula ke sana sini memberi ceramah percuma pada petugas. Apa yang diceritakan pun tak tau. Pandai2lah paham sendiri bahasa nusantara.

Hari pertama habis di konferensi sahaja. Malam pula merayau di malioboro. Hari kedua untuk liburan. Kami ke Borobudur. Impian aku sedari sekolah rendah untuk ke sini. Kenapa? Buku sejarah sekolah rendah menceritakan, ini adalah candi terbesar di dunia.

Makanya, hari ini, aku berpijak di tanah ini menyaksikan salah satu peradaban manusia yang dibina begitu gah sekali. Candi Budha terbesar di dunia.

Pemandangan dari atas memang cantik sekali. Yjogja terkenal dengan candi2 Budha dan India. Driver mahu bawa ke candi India terbesar di Asia Tenggara katanya, tapi kami menolak. Cukup dengan sejarah yang satu ini.

Berhampiran kawasan candi, bole terus melawat Muzium Kapal ini. Muzium kecil sahaja tapi memadai untuk mengetahui sejarah kota ini.

Inilah kapalnya. Replika atau yang asal aku pun dah lupa. Tapi pembuatannya sangat mengkagumkan.

Boleh baca di sini tentang kapal tersebut. Bagaimana kisah pelayaran kapal ini bermula dan berakhir. Ya, muzium ini hanya ada kapal ini sahaja. Silah lah masuk.

Berdekatan itu juga ada Muzium Borobudur. Pun tidak terlalu besar untuk dilawati. Buat peminat sejarah dan muzium macam aku dan Emad, apa yang ada itu yang dilihat.

Muzium ini menempatkan puing-puing runtuhan Borobudur. Baik batu2 untuk binaan, jumpaan barang-barang sejarah atau pun patung-patung Budha yang tertanggal dari tempatnya.

Selesai di Borobudur, kami ke Gunung Merapi. Wajib ke sini! Tempat yang ada sejarah menyedihkan, cantik dan sangat adventurous.

Sejatah letusan Gunung Merapi yang meragut ribuan nyawa penduduk. Kesannya masih dapat dilihat pada tinggalan tengkorak haiwan, rumah dan kenderaan yang rosak dan lain-lain lagi.

Salah satu port bergambar yang menarik. Aku rasa, setiap tahun ada saja pembaharuan dibuat untuk mendapatkan port foto yang menarik. Sudah pasti ada bayarannya. Cuma yang ini gratis!

Bunker yang dibina untuk menghadapi bila meletusnya merapi. Sangkaan mereka bunker ini dapat menyelamatkan nyawa. Hanya Allah jua yang berkuasa.

Bunker yang terletak di laluan bawah ini juga dimasuki lawrva merapi yang tidak mengira siapa. Subhanallah.

Di hadapan bunker tadi, ada gerai jualan cenderahati yang sangat banyak dan pastinya boleh mengempiskan dompet kita. Ok. Tengok-tengok aja. Apa pun aku tak beli hahaha.

Inilah jeep yang membawa kita meronda kawan Gunung Merapi ini. Bukan aku yang bawa, ada driver yang bukan calan-calang ya. Jalan di sini mana ada tar. Berbatu2 kecil besar dengan debu-debu merapi yang halus. Boleh sakit buntut terhentak sepanjang jalan.

Penat dengan kembara merapi, kami di bawa makan di sini. Aku bagi 5 bintang di sini. Sedap, segar, nyaman dan tenang bangat.

Hah tengok. Tempat makan adalah pondok besar dibuat daripada buluh. Di sebelahnya sawah padi menghijau. Memang nyaman gitu.

Makananya, usah dikatakan apa lagi. Memang sedap sangat. Ini untuk kami bertiga saja. Budak kecik tu jangan cakap la.  Makan tak banyak mana pun.

Hari seterusnya, muzium lagi. Hahaha. Mesti jemu asyik muzium saja. Tapi tidak untuk kami. Lagipun sini tak ramai orang. Tak perlu berebut-rebut.

Kita lihat-lihat aja apa yang ada di sini. Itu dia. Kanak-kanak ribena tersangat gembira dengan muzium ini. Penuh dengan kenderaan udara.

Kat luar pun ada dan lagi besar. Sayang tak dapat masuk lihat di dalam jet ini. Why? Why? Oh ya. Di sini aku beli barang. Collar button!

Alahai. Sayangnya. Wisata kraton ini ditutup sudah semasa kami tiba. Sudah abis waktu melawatnya. Huhuhu.

Jadinya, driver bawa kami ke sini. Alhamdulillah, driver kami yang pemalu bergambar tapi mulutnya potpet sudi bawa kami ke sini. Kuih bakpia ini memang terkenal di Yjogja. Ini buahtangan terbaik untuk teman2 di Malaysia.

Kulit bakpia ini nipis saja. di dalamnya ada kacang merah dan inti lain juga. Ala-ala kuih pau kita tapi yang ini dibakar.

Petangnya, kami jalan-jalan sekitar hotel. Dekat dengan hotel, ada stesen keretapi terakhir untuk tanah Jawa. Dari sini bole naik keretapi untuk ke Sulu. Perjalanannya hampir 6 jam!


Sebab jauh dan lama sangat nak ke Sulu, kita bergambar saja di sini. Tempat-tempat lain tak sempat kami lawat sebab masa yang ada terhad. Sehari sudah di konferensi, sehari untuk pulang. 2 hari yang ada  itulah kami guna sebaik-baiknya.

Alhamdulillah. Impian ke Borobudur tercapai sudah. Gunung Merapi pun sudah dilawati. Mungkin jika ada rezeki, akan ke sini lagi. Yjogjakarta tidak sesibuk Jakarta mahupun Bandung. Di sini jalannya tidak macet :).

No comments:

Post a Comment