Friday, July 11, 2014

Usaha sendiri untuk dapat hasil..

A266
Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia ? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). (Al-Baqarah 2:266)


Pokok nyog ni aku tanam sendiri.. dah berapa tahun ya? 4 kut.. Kelapa pandan.. buahnya dah banyak


Suami aku proses pokoknya... dalam 8 biji tertonggok kat tepi tiang. Ditinggal gitu2 ja.. Ada yg dah berisi ada yg isi belum jadi.. isi belum jadi ni kalau buat cicah sedap ni.. tempurung dia lembut lagi boleh dimakan


Aku amik golok.. kopek semuanya.. yg belum ada isi airnya penuh... yg dah jadi isi air kurang.. tapi dapat la dalam 1.5 jag ni...


Pasni boleh buat minum buka posa.. tak dak campuran air gula tau.. asli punya.. kalau beli depa dah campog air gula.


Budak kecik ni aku bagi isi lembut diluahnya balik! Tak sedap kata dia.. isk..isk... punya teruk ibu kopek boleh kata tak sedap.

Thursday, July 10, 2014

Buka puasa di hotel

A265
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:265)


1st time bawa budak kecik makan2 di hotel.. errr.. 2nd time sebenagnya... yg ni 1st time buka posa.. dia budak kecik. free lagi.. makan pun bukan melantak makan orang lain..


Walau hidangan tak sebanyak di hotel2 4 atau 5 bintang kelip2... bagi aku ini pun dah Alhamdulillah. Banyakkkk. Ingat sama... kita di sini meriah ngan makanan.. Saudara2 Islam kita di palestin, somalia dan sebagainya belum tentu dapat makan... Kat sini semua ada.. ayam, itik, daging, ikan, ketam... sayur, desert... di darat atau di laut semua terhidang.. yg tak ada di udara ja...-burung. Bersyukurlah.


Ruangnya tak lah besar.. muat utk lebih kurang 100 tetamu saja... ok apa. Kalau ramai2 sgt aku pun naik rimas... aku rimas tempat yg crowded.. pasar malam (aku pilih pasar malam yg agak kecil.. orang pun kurang), shopping komplex (aku pi agak2 time orag tak ramai pi), kedai makan (cari yg kurang orang) dan tentunya konsert monsert apa2 pun...biarpun malam amal atau ceramah ke apa.. bila ramai sgt aku prefer tengok kat depan tv.. tak payah nak berebut. Nampak clear... 

Nak solat? Surau ada di tingkat 6. Lepas buka terus pi surau tak ramai orang. Kalau dah makan kenyang baru ke surau.. alamatnya ramai la di situ... Oh ya.. kat mana tempat aku berbuka ni hah? Hotel UiTM Penang.. ada yang berminat berbuka di sini? Tanya lah pakcik google ya.

Salam Ramadhan.

Wednesday, July 9, 2014

Pesta Durian

A261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)


Dah lama tak menaip.. semuanya siaran rakaman... tak ada yg siaran semasa..


Pesta durian dan PKS berlangsung meriah di kampus seminggu sebelum puasa. 3H2M.. macam2 jenis makanan perusaan kecil sederhana ada.


Tapi yg paling menjadi tumpuan ialah di sini. Samada warga kampus atau orang ramai yg berkunjung.


Petang hari kedua aku pi.. kena berbaris agak lama untuk mendapat hasilnya.. Sabar je lah..


Ini yg ditunggu2. RM15 satu kepala makan puas2. Durian, manggis dan moktan (rambutan). Isinya nyum nyum.. Alhamdulillah. Setelah berbulan2 dok tengok ja tepi jalan. Hari ni lepaskan gian. Makan sampai kenyang. Sat gi malam tak yah makan nasi dah.. lalala.

Tuesday, June 24, 2014

Culik...

A097
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". (Al-Baqarah 2:97)

Bila baca suratkhabar.. naik seram sejuk ja.. kes culik makin menjadi.. tak kira masa tak kira tempat.. tua atau muda.. semua terdedah pada risiko.. si pelaku pula.. asal ada ruang dan peluang habis dirembatnya.

Naik takut nak keluar rumah.. dok depan rumah pun takut.. sebab dah berlaku.. dok dalam rumah pun ada yg kena... kat taman, kat pasar, kat taska, kat sekolah.. kat mana2. 

Dalam hal ni rasanya bukan masa utk jaga tepi kain sendiri.. masing2 ada peranan.. individu, masyarakat dan semua pihak perlu jaga tepi kain orang lain juga... demi keamanan dan keselamatan bersama. Hidup bermasyarakat perlu saling bekerjasama.

Beringat2 sebelum kena.. Semoga kita semua berada di bawah perlindunganNya...

Wednesday, June 18, 2014

Budak kecik otak besar

A072
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? (Al-Nahl 16:72)

Lama dah tak jenguk sini.. Hari ni aku rasa nak nulis perihal budak kecik ni... Sejak dua menjak dah pandai sikit ni... belajag macam2 kat shery (nursery)... bukan main lagi otak berkembang.

 

Hasil didikan dan asuhan ticer2 (teacher) kat Taska Kasih Alif... cepat betul sel2 otak bersambung...


Tiap2 hari nak main ngan Tuti (putri baju pink).. agaknya dah lupa airin kut yg dah pindah...


Nak kait kapai sendiri konon.... tak tau la dapat hasil ka tak... ticer Bib yang buat kapai.. heheh

Budak kecik ni tahan mata.. selalu tidog lambat.. selagi ada masa aku nak main... semalam punya cerita.. dia pulak jadi ticer.. dibuatnya macam kat taska lak...

Sorang satu dapat kertas (buku panduan kecik hp)... Alang yg tidog pun kena pegang kertas.. abah yg masuk bilik pun disuruh keluag balik dok kat sofa pegang kertas... masing2 dah ngantuk.. aku layan je la..

"Okey.. semua angkat tangan..." budak kecik bagi arahan. Tangan yg ada kertas tadi... cek sorang2 angkat ke idak tangan... "okey.. turun tangan". arahan lagi...(Agaknya macam ni kut kat taska....)

Dah.. orang dah ngantuk nak tidog. Selagi kita tak tutup lampu semua..  ibu dah ngantuk... jom tidog.. budak kecik sempat lagi.. kutip balik kertas..simpan.. esok sambung lain...  dah naik katil pun mulut dok tanya macam2 lagi.... dia bangun kisah botoi ayag dia pulak.... dalam gelap,,, arggghh bila masa leh lena ni...?

 

Thursday, June 5, 2014

Taman Buaya Melaka

A029
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 2:29)

Perjalanan balik ke utara bermula selepas subuh hari Sabtu.. memang jadi kebiasaan kami bergerak lepas subuh.. Selain boleh sampai awal.. atau boleh henti rehat lama.. ia menjadi sesuatu yg wajib utk singgah salah satu destinasi di Melaka.


Kali ni kami singgah Taman Buaya. Cuti sekolah tiket dewasa RM15 budak RM10! Bukan cuti RM10 n RM5. Mahai gila. Bukan tak penah mai sini.. dulu kami mai, replika bangunan2 ni dalam pembinaan. So nak la jugak tengok hasilnya.. Lagipun bawa Emad tengok boya hidup...

 

Dia  memang suka la.. dpt jalan2 sendiri di dalam tu.. nama pun taman buaya.. buaya la yg banyak. 


Di bgh reptilia tgh construction.. tak dak la ularnya.. yg jumpa pokok buah ni.. ada sesiapa kenal nama buah ni?


Kami di sini dlm 30 minit je pun.. kalau nak mandi ada water park dgn bayaran lain pulak. Tak kuasa kami nak mandi.. show buaya pula jam 11.30.. tak larat nak tunggu 30 min lagi.. Bawa Emad naik train masuk gua dinasor yg tak la best sgt pun (RM3 sorang) tapi best utk Emad.. Pastu abah dia masuk rumah antu ngan Kakak n Yah.. pun RM3 juga. Depa patut improve dah.. sebab dah lama.. dinasor pun yg sama sejak kami mai 4-5 thn lepas.. Dah koyak pun..


Perjalanan diteruskan.. dalam jam 6 dah sampai Penang.. Angah ajak naik 2nd Bridge pulak.. Jom layan... Boleh pekena ikan bakag Teluk Tempoyak... tapi tak makan ikan bakag pulak.. kami order sweet sour...heheh


Singgah solat jamak maghrib isyak di UiTM. Budak kecik tu memang cukup suka mai sini. Balik rumah.. pulun basuh baju yg bertimbun2...huhuhu

Wednesday, June 4, 2014

USS- Singapore

A212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:212)

Cuti sekolah datang lagi... Anak2 dah tentu nak cuti.. kami pulak minggu tu saja yg boleh cuti.. Apa lagi.. balik kg di BP la jawabnya... 

Tak kan balik umah maktok je kut? tak best la camni.. tak jalan mana2... Selasa bertolak balik. Singgah opis present kolokium (sempat lagi tu). Singgah Ipoh jumpa SV. Ingat dah abis.. Stop di PJ pulak suami nak amik sijil di IEM. Sampai BP dah Isyak.

Esoknya nak jalan2 pun penat. So rehat2 dulu pagi tu.. Petang sebab suami pun penat lagi.. aku keluag ngan Ellis, kwn sekolah dulu. Aku balik BP mmg bagitau dia. Tak ramai kwn2 kami di sini.. so dia pun mai amik aku ronda2. Last2 lepak di Rengit Coffee BP Mall.


Tak penah2 makan kat sini.. sedap pulak bila Ellis belanja.. hehehe. Kami pi UTHM nak cari Kak T, dia tak jawab tepon lak.. tak dpt nak tambah korum.

 

Dah hilang penat hari tu.. esoknya awal2 pagi dah bangun.. jom kita pi Singapore. Kami naik bas dari BP. Kategori 5-12thn, 13-21thn n 22 ke atas lain harga tiket USSnya. Emad free. Tambang bas lak pi balik RM10 dewasa, RM30 kanak2! Semuanya RM952 utk tiket saja.

Pastu pasport lak.. Angah n kakak valid til 9 Nov. Alamak.. x cukup 6 bln. Cik kak kat kaunter tu lak layan macam nak tak nak ja.. Tapi nyonya travel kami beli tiket kata confirm bole.. x dak masalah punya. 100% gerenti boleh keluag masuk kalu setakat 4-5 bln lagi expire. Cuak gak aku.. tapi Alhamdulillah. Memang boleh pun...



USS buka jam 10. Kami tiba hampir jam 12. So.. posing dulu b4 kita ronda di dalam.

 

USS ni of coz la kecik drpd Disneyland yg aku masuk 20 thn duluuu. Ada 7 kwsn/kategori saja. New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far far Away, Madagascar dan Hollywood.
 

Pintu masuk terus ke area Hollywood. Ia happening time weekend. Ada parade n maskot2 Disney yg berkeliaran. Masa kami tiba aku nampak Franskerstien je.. n sapa ntah sorg lagi.. tak femes.


Kami nak naik ride Madagascar.. waiting time 30-40min ooo.. Ni yg leceh time2 cuti ni.. tunggunya lamaaaaa. Naiknya kejap je. Tengok Emad dok baca katalog.. mana satu ya nak pi ni.. macam best je..


Ride naik bot masuk dlm gua ni memang awsome la.. cantik animasi kat dlm. Emad pun teruja.. yg tua2 pun seronok. Lagipun tak panas sgt.


Seterusnya kami pi Far Far Away. Apa ada pun tak tahu.. redah je.. oyo.. dah masuk dlm tunggu 15 min. Pastu serbuuuu  sebab tak dak barisan. Ala2 masuk pasar gitu.


Yg lecehnya.. dah serbu.. tunggu lagi dgr celoteh mirror on the wall lam 20 min... penat berdiri. Pastu bila pintu hall buka.. serbu amik seat... Rupanya2 3D show.. Shrek.. So Emad pun pakai juga cermin 3D ni.. pelik kut kejap aku nampak dekat kejap aku nampak jauh... siap naik kuda n air liur donkey tersembur2 lagi.. memang best gila yg ni...


Next.. ke Ancient Egypt lepas solat.. Ada surau tapi kecik sgt... tapi Alhamdulillah drpd tak ada (kat Disneyland dulu kami solat2 tepi2 tu je.. n jadi tumpuan la pulak...) Ride di sini budak besag Emad tak bole naik.. terpaksa la aku yg jaga. Ramai2 juga la ibu2 kat luar yg kena jaga anak2 kecik sebab tak layak naik... huhuhu. Apa di dlm hanya depa ber4 ja tau..


Kami ni gnejar masa... pas depa abis naik ride, kami pi baris utk yg ni pulak... 40 min kau... naik ketanya 5 min je pun.... huhuhu... penat je baris..


Anak2 bising la sebab nak naik kabel car Jurassic Park. Tak sempat dah dgn jangka masa menunggu 40 min jugak... Tak leh jadi.. last2 kami naik fying dinasor ni.. jadila... jadi budak2 kejap. Emad berani ja... semua dia enjoy walau dah penat n ngantuk..


Kalau nak naik ride JP ni kena mai lain la.. Masuk kedai nak beli barang pun main sambar2 je.. bas kul 5.30 tepat akan bertolak balik.


Dah nak magrib time melepasa Singapore. Kena datang lagi utk ke akuarium, bird park dan Sentosa Island. Tak cukup sehari.. Tu belum lagi Legoland n Hellokitty world di JB lagi. Tak pa.. Insyallah lain kali balik Johor kita pi lagi.. Bas pun ada n mudah... Cuma kat imegresen je ramai org.. tapi demi nak jalan2 semua sanggup... Jumpa lagi Singapore...babai