Monday, November 7, 2016

Masjid-masjid persinggahan di Banda Acheh

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (A-li'Imraan 3:78



Alhamdulillah. Selain Masjid Baiturrahman (Masjid Raya) pada hari pertama, ada 3 lagi masjid yang sempat kami singgah dan solat pada hari ketiga. ang pertama Masjid Baiturrahim, nun di jalan menuju Pantai Lampuuk. Terasa jauhnya mau sampai ke sini.


Ini jalan di kiri dan kanan hadapan masjid. Sepanjang jalan sangat banyak pokok asam jawa. Dan rumah2 di kawasan ini dibina semula oleh kerajaan Turki. Kiranya menjadi tajaan Turki kawasan ini. Mereka menghadiahkan setiap ahli dalam sebuah keluahga menerima sebuah rumah (tak kisahlah rumah kembar ke rumah sebuah ka). Jadi, kalau ada 5 orang dalam satu keluarga, makanya dapat 5 buah rumah. Sebab itu di kawasan ini banyak rumah2 yang tidak berpenghuni sebab ada yang masih tinggal bersama keluarga. Dan ada yang tidak pulang tinggal di sini sebab masih trauma.


Masjid ini yang ketinggiannya mungkin 20 kaki, tenggelam sepenuhnya oleh air tsunami setinggi 30 kaki! Subhanallah. Dah lihat pada banner tergantung. Ada lambang negara Turki, menandakan ia dibaiki dengan biaya kerajaan Turki.


Di kanan masjid terletaknya tandas dan tempat untuk berwuduk kaum adam dan hawa. Tandas tidak banyak. Dua saja kut.


Cerita gambar kiri, tuan rumah yang musnah dapat kenal lokasi tapak rumahnya berdasarkan perigi yang ada ini. Dan gambar kanan adalah kesan tinggalan tsunami yang dibiarkan di dalam bangunan masjid untuk tontonan para pelawat.


Bahagian dalam masjid yang telah dibaiki. Tetapi bahagian belakang yang berkerikil dan dipenuhi dengan batu2 karang ini dibiarkan di satu sudut sebagai bukti kejadian 12 tahun yang lalu.
  

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (A-li'Imraan 3:79)



Di belakang gambar2 inilah letaknya tinggalan kesan tsunami dalam masjid ini. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu perkara itu berlaku dengan kehendakNya.


Masjid Rahmatullah dibuka pada 19 Mac 1990. Pada tsunami 26 Disember 2004, masjid ini merupakan satu-satunya bangunan yang masih teguh di daerah Lampuuk bila air tsunami surut.

 

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturrahim di desa Uleelheue. Ketika dalam perjalanan ke sini, kami melalui satu jambatan yang dibina selepas tsunami. Jambatan asal musnah sama sekali. Dan Alaudin juga menunjukkan nun di satu kawasan terletaknya satu makam wali yang kelihatan seperti pulau kecil. Katanya, makan itu tidak dapat dipindahkan walaupun ada beberapa cubaan untuk memindahkannya. Akhirnya ia dibiarkan terus kekal di situ.

 

 Uniknya masjid ini kata Alaudin, kerana biar pun ia terletak hanya dalam 10m dari laut, tetapi tiada kemusnahan teruk akibat tsunami!  Betapa besarnya kuasaMu Ya Allah.
 

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? (A-li'Imraan 3:80)


Aku cuba naik ke tingkat atas masjid. Kosong. Dan gambar ini dirakam dari tingkat atas. Tidak ada jemaah sebab sudah abis waktu solat. Cuma ada beberapa ibu2 yang berbual di tangga masjid.




Kedai menjual cenderahati bersebelahan masjid. Sangat puashati bila membeli barang2 souviner di sini. Broochnya cantik2.


Sudut pameran di dalam kedai ini juga sangat menarik dengan gambar2 dan maklumat2 tentang tsunami yang berlaku 12 tahun dulu. Rasa tak puas bila membaca kisah2 tsunami.


Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu." (A-li'Imraan 3:81)



Masjid ketiga untuk hari ini ialah Masjid AlFitrah. Singgah untuk jamak maghrib dan isyak sebentar.


Masjidnya agak kecil dan terletak betul2 di tepi jalan. Agak sukar nak parking kalau kenderaan terlalu banyak. Alhamdulillah kami berada betul2 di tepi masjid.


Suasana di dalam Masjid AlFitrah ini tenang sahaja. Jemaah pun tidak ramai. Sama seperti masjid2 lain, pemisah ruang solat wanita dan lelaki hanya bidang kayu berukir sahaja. Alhamdulillah. Hari ini kami dapat ziarah tiga masjid terus, selain Masjid Baiturahman pada hari pertama di sini.



Friday, November 4, 2016

Kembara Bumi Tsunami 3

Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (A-li'Imraan 3:74)

Allahuakbar. Dah 1/3 aku bercerita. Tiba2 semuanya hilang begitu saja bila tertekan button backspace. Cerita dan gambar sekali lenyap! Sabar je la. Bertenang dan mulakan semula cerita baru. Tapi ambil masa beberapa hari la jugak nak mula baru huhuhu


Ok. Kita teruskan kembara Buni Acheh untu hari ke-3. Malam tadi kami diberitahu perlu berpindah ke Hotel PMI (dari Rumah PMI). Kata mereka lebih dekat dengan epot, jadi mudah untuk bertolak balik nanti. Ok.. we follow their suggestion. After all, bukan kena bayar pun. 


Pagi2 buta dalam 6.30 dah berpindah ke sini. Bilik lebih besar daripada Rumah PMI. Lebih selesa. Ada tv pun bukan boleh tengok. Tak sempat. Aku berkenan betul langsir dia.. hahaha. Of all the things inside it. Letak saja beg, driver dah tunggu untuk bawa kami ke UUI bagi hari kedua dan penutup.

 

Meja untuk VIP amat simple. Senang cerita. Tidak perlu protokol tidak perlu hidangan. Letak saja sepiring seorang. Di tengah2 letak beberapa jenis buah. Licin juga aku tengok lepas acara (ntah2 ada peserta tolong habiskan tak?).

Kredit gambar:  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHhIIbbprPxxT3EbTRwm8ywB_njCrTWaKEUrasd4wnsDhyphenhypheniii-WZU7K-rBDayU8Y5u5PU0990Bf76Qh3N0OO_dbRUsXgxnqj1T9bqdp0_9MHPZjovXehx-TsiXUwLJcANLqwUER3U7Smp5/s1600/dadaayam-penyet-pak-ulis_20150730_153951.jpeg

Acara penutup dijangka tamat jam 1 tengahari. Aku dah susun agenda jalan2 untuk hari ini. Tapi kita hanya merancang. Agenda dijangka tamat petang nanti. Laparrrr. Makanya, kami dibawa ke Kedai Makan Ayam Penyet Pak Ulis ni. Driver hari ni Alaudin, yang aku dapat nombor drpd seorang kawan di Shah Alam. Makanan di sini harganya berpatutan dan sedap. Puas hati. Kalau ke sana memang aku rekemenkan kedai ini. Selesai makan, pulang semula ke UUI dan Alaudin katanya akan berada sekitar kawasan jika kami memerlukan segera.

 

Yang seorang bersama Korean tu Affendi. Bawah kiri ni Iqbal dan Syahmi. Atas pula bersama dua pelajar Tingkatan 5 dari SM Sains Selangor. Setiap penyertaan mendapat special award drpd Korean Invention News (KIN). Pakcik Korea ni bosnya. Tak reti cakap English. Dia bawa translator. Masalahnya si translator pun lidah terbelit2 nak terangkan in English. Memang kena betul2 pasang telinga untuk faham apa dia kata. Selain special award drpd KIN, ada lagi hadiah2 lain. Ketiga2 penyertaan dari Malaysia ini menerima Gold Award! Dan yang paling aku teruja, penyertaan dari SM Sains ini (penghasilan biskut drpd kelapa sawit kalau tak salah aku) membolehkan mereka membawa pulang hadiah utama USD200. Alhamdulillah.

 

Ada rupa minah Indon ke aku? Hahaha.. budak2 tu tanya aku, "Ibu dari Indonesia bahagian mana ya?" Aduhhh... Tapinya, inilah pelajar2 degree universiti di Surabaya yang baru berusia 21-22 tahun. Siap diajaknya aku welfie. Selesai majlis, hampir jam 4 petang, depa ajak bergambar di mercu tanda UUI pulak. Tak perlulah nak cari aku dalam ramai2 tu sebab memang tak ada. Aku cuma pemerhati luar. Bukan peserta. Yang aku risaukan masa yang berjalan. Nanti, takut nanti terlepas agenda lawatan.

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (A-li'Imraan 3:75)

 

Selesai saja bergambar di UUI, terus aku suruh Alaudin bawa kami ke Muzium Tsunami. Kalau ikut semalam boleh pi, tapi sebab ingatkan kanak2 ribena yang tiga orang tu, kesian la pulak. Jadi, hari ni ke sini dengan mereka. Cantik dinding muzium, macam anyaman mengkuang.


Ruang pameran besar tapi tidak banyak artifak. Yang ada gambar2, tayangan video dan beberapa artifak tinggalan tsunami. Ada satu bilik dipenuhi dengan nama2 mangsa tsunami dari bawah hingga ke dinding atas. Tak dapat berlama2 dalam ni sebab muzium akan tutup sebentar lagi.


Ini model Banda Acheh sebelum (atas) dan selepas (bawah) tsunami. Memang tersangat jauh perubahan yang berlaku akibat bencana tersebut. Maha Besar Allah!


Helikopter yang musnah semasa tsunami juga dipamerkan di luar bangunan muzium. Gambar bawah ialah replika muzium. Ia diilhamkan daripada bentuk air yang bujur kalau dilihat dari atas. Air itu sebagai lambang kepada peristiwa tsunami. Tapi kalau dilihat dari sisi tepi yang betul, ia kelihatan seperti sebuah kapal! Memang hebat arkiteknya. Tak perlu berlama2 di sini. Muzium tutup jam 5.15. Kami sempat 15 minit saja. Sudah memadai. Alhamdulillah.

Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. (A-li'Imraan 3:76)

 

Lokasi seterusnya utk solat jamak asar dan zohor. Destinasi pilihan Masjid Rahmatullah (entri akan datang) yang tenggelam sepenuhnya akibat tsunami. jalan ke sini  agak jauh rupanya. Selesai solat Alaudin bawa kami ke Pantai Lampuuk yang terletak kira2 400m dari masjid.

 

Suasana ni Pantai Lampuuk. Pantainya agak bersih tapi ada anjing juga huhuhu. Kalau dilihat pada gambar bawah, boleh nampak garisan ombak nun 100m ke laut. Itu adalah kedudukan asal pantai ini. Akibat tsunami lepas, pantainya berubah ke kedudukan sekarang sejauh 100m!

 

Ok.. ada gerai2 makan seperti pondok2 buluh. Beli jajan daripada makcik yang menjual ni. Dan kelihatan juga Alaudin yang berbaju merah/hitam itu. Masih bujang. Baju hitam di belakang tu kawan dia yang tinggal di Malaysia dan membuka perniagaan. Di Bangi rasanya. Tapi tak bersuara langsung! Hanya Alaudin yang sembang ngan kami.

 

Selesai di Lampuuk, aku dah tak tau nak ke mana lagi. Jadi Alaudin bawa kami ke Loknga. Melihat satu2nya kilang simen yang ada di Banda Acheh. Dan menikmati Pantai Loknga dari pandangan atas sini. Jalan di sini katanya sumbangan USA. Kalau tak salah ingatan aku. Sepanjang beberapa puluh km. Memang jalannya sangat elok. Berhampiran lokasi ini ada Kampung Brunei. Ceritanya lagi, kampung ini adalah sumbangan kerajaan Brunei. Dan selalu juga kaum kerabat Brunei ke sini sebagai persinggahan.

 

Dalam perjalanan pulang, melalui sawah padi yang luas. Gambarnya, minta maafla. Speed fotoshoot tak stabil. Tak sempat nak stabilkan camera. Sepanjang jalan, tanah di sini memang subur dengan tanaman. Moga penghuni2nya juga terus subur dengan iman.

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:77)


Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturahim (entri selepas ini). Masjid yang hanya 10-20m dari laut tetapi tiada kemusnahan teruk semasa tsunami. Subhanallah. Anak2 ini gembira bermain di depan masjid. Tumpang sekaki jadi kanak2 gembira hihihi.


Seterusnya ke Pantai Uleelheue (bunyinya macam Ulele). Senja semakin hampir. Ramai pengunjung masih berlegar2 dan ada yang menjamu selera di gerai2 kecil yang wujud sepanjang pantai. Cukup sekadar memerhati dan menunggu budak bertiga tu membeli jagung bakar di sini.
 

Ok.. Bakso goreng? Rupanya gimana? Maaf. Aku tak beli dan tak terasa mencubanya. Aku bukan jenis food tester tambah2 lagi kalau aku was2 dengan kebersihannya.


Kami jamak magrib dan isyak di satu masjid dan terus ke Warkop Zakir (Warong Kopi Zakir). Lebih kepada kedai makan bukannya warong. Di depan aku tu kawan Alaudin yang tinggal di Malaysia.





Kali ini memang aku nak cuba Mee Acheh yang dikatakan terkenal itu. Ternyata Mee Acheh ketam ini memang superb! Ada juga mee acheh udang. Tapi yang ini lebih menarik perhatian aku. Sekor ketam tu. Siap dengan playar disediakan untuk pecahkan kulit ketam. Memang sedap. Silalah ke Warkop Zakir bila ke Banda Acheh.



Mak peyek youu. jangan Mak penyet sudah nanti lunyai hahaha.  Tempeyek kacang dal tu betul2 menarik perhatian aku. Bukan untuk membeli tapi pada namanya.  Dan jumlah belanja makan malam itu RP250juta rasanya amat berpatutan. Kira sendirilah ya dalam RM sebab aku rasa sangat kaya hari ini bila menjadi jutawan rupiah hahaha.Jumpa lagi di entri seterusnya.


P.S: Terima Kasih Alaudin. Semoga hidupmu terus diberkati dan dipelihara Allh swt.

Thursday, October 20, 2016

Kembara Bumi Tsunami 2

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (A-li'Imraan 3:71)


Pagi hari kedua kami dihantar oleh kawan Abg.Bob ke sini. Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI). Kawasannya tak besar mana pun, macam kawasan sekolah saja. Di hadapannya, sungai yang sangat luas. Tak banyak gambar bangunan diambil sebab hujan masa ni. Ini pun aku redah hujan sorang2.


Kursus2 yang ditawarkan di UUI. Kesihatan & Farmasi, Ilmu komputer, keguruan & pendidikan, hukum, ekonomi dan teknik. 6 fakultas semuanya. Bila ditanya2 siswa-siswi yang hadir, katanya 22 tahun sudah boleh graduasi dengan ijazah sarjana muda. Wahhh.. muda bangat. Untung ya. Sebabnya kat sana tak ada diploma, asasi atau matriks!


2nd International Art-Creativity & Engineering Exhibition. Ruang pameran hanya di lobi dalam bangunan. Memang kecil. Majlis simple and easy. VVIP pun simple dan sempoi. Memang santai abis. Cumanya, mula agak lambat sebab apa ntah. Dari Malaysia, budak2 FKK 3 orang semalam (2 projek) dan dari SM Sains Selangor 2 orang. Bangladesh 1 projek. Lain2 penyertaan memang dari Indonesia sehingga dari Surabaya.


Hari pertama. Kerja aku keluar masuk dewan. Ulang baca dan baca. Kacau sana sini. Dan wakil Avtron ni menarik perhatian aku. Yogurt processing machine based on fuzzy logic control. Bukan mesin tu yang aku nak. Tapi yogurt yang dia bagi rasa memang sedap bangat! Jadi tempat aku terpacak bila tak ada orang nak minum hahaha. Satu lagi booth lepak aku ialah produk keropok cucur ikan. memang sedap. Aku tolong2 makan supaya tak membazir banyak sangat nanti, hahaha. Yang dari Korea tu tak ada tuan pun. Poster saja. Wakil dari Korea Invention News ada 2 orang. Sorang bos sorang lagi translator (susah benar nak faham apa traslator ni cakap huhuhu). Tapi poster banyak, mungkin yang kawan2 mereka kut. Mereka tolong bawa dan tampal.

 

Waktu lunch tidak disediakan makanan! Untuk aku memang la tak patut sedia. Untuk para peserta juga tak ada ooo. Abih tu camna nak makan? Kantin.. tak nampak pun. Gerai kat luar... pun tak nampak. Uwaaa.. perut dah bunyi2 ni. Bukan aku ja.. budak2 tu pun lapar.. yang dari SM Sains serta cikgunya pun lapar. Ok.. relax semua. Aku dah arrange driver utk hari ini--- Din namanya (gambar dia pulak lupa ambil). Dia driver yang hantar kami dari epot ke hotel masa hari pertama. Kami berlima plus mereka bertiga (kesian juga sebab tak tahu nak cari makan kat mana, jadi aku ajak ikut sekali), berhimpit2 sekejap ya.

 

Warung nasi Hasan. Macam rumah pulak ya. Din bawa kami ke sini katanya bagus. Aku yakin bagus sebab masa kami tiba, di meja hadapan ada kumpulan VVIP tadi bersama Rektor UUI menjamu selera. Pasti tempat ini istimewa.


Tu diaaaa! Penuh meja. Ala2 makan di restoren Padang. Mana yang disentuh sila bayar ya. Yang tak mahu jangan cuba2 disentuh atau dijamah. Tapi, aku tak tipu punya. Memang lauk pauk sini sedap2 belaka. Bila dah abis baru perasan yang sayur aku target nak makan lupa disentuh, huhuhu. Punya banyak lauk sampai tak nampak sayur. Selesai makan dan solat di surau yang disediakan, kami pulang ke UUI.

 
Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula". (A-li'Imraan 3:72)

 

Hehehe.. tak kan aku nak tengok pameran saja kan? Mestilah nak ke lain juga sebab aku bukan peserta. Maaf ya Iqbal, Syahmi dan Fendi, tak dapat nak ikut sekali. Jadinya, aku bagitau Din, sekian sekian tempat perlu dilawati. Ok! Din kata dia bawa yang mana sempat. Yang pertama Din bawa kami berdua (asalnya aku nak pi sorang2... ye ke bole? aishhh..) ke Rumoh Acheh dan Muzium Acheh. Rumahnya panjang dan kat dalam tu kosong saja. Tak banyak barang. Muzium di sebelah kiri yang nampak bumbung tu banyak koleksi pameran.


Bagi peminat Ramlee Awang Murshid (RAM), pasti ini dapat mengimbas pada koleksi buku kisah Laksamana Sunan Saifuddin (LSS). Boleh jadi jatuh cinta dengan LSS bila baca garapan RAM dalam siri LSS. Agak2nya kalau buat filem laku ke idak ye?

 

Inilah yang dinamakan rencong. Jika rencong diraja, bersalutkan emas dan berukirkan kalimah suci pada matanya. Bole dapat maklumat lanjut ya dari pakcik Google.


Punya panjang rumah ni sampai tak cukup frame aku hahaha. Tapi kalau kat bawah umah tu yang best boleh main tiang 4! Korang biasa tak main tiang 4? Seronok kan berebut tiang yang tak begerak ke mana2 tu. Di laman depan juga terdapat kuburan lama, pahlawan Acheh barangkali. Masa untuk di sini dalam 20-30 minit sudah memadai termasuk melawat muzium di sebelahnya. Kecuali.. kecuali.. kalau setiap artifak yang ada hendak dibaca dan diteliti ditilnya, memang lamalah jawabnya.

 

Lokasi seterusnya ke Rumah Chut Nyak Dhien. Jaraknya dari Rumah Acheh tadi kalau ikut Google Maps memanglah 14 minit. Tapi realitinya dalam 20-30 minit juga sebab kenderaan di sini dipandu sederhana. Tak ada yang memecut macam di Malaysia.


Rupa bentuk dah tentu sama sebab ia juga rumah Acheh. Dari pandangan depan mahupun sisi yang panjang dan luas. Ini kalau ada 3-4 keluarga tinggal bersama memang meriah betul. Happening!


Rumah ini dijaga oleh Mr.X (tak tau nama dia) dari keturuanan Cut Nyak Dhien. Penerangan daripadanya dari satu gambar ke satu gambar memang sangat menarik dan mengkagumkan. Andai dibaca dalam internet memang ada cerita yang tidak sama dengan yang sebenar kerana ada putar belitnya di sana sini.

 

Salasilah keturunan Cut Nyak Dhien. Beliau berkahwin kali kedua dengan sepupunya Teuku Umar dan dikurniakan 2 orang anak. Salah seorang abang Teuku Umar ialah Teuku Puteh di mana bermulanya keturunan P.Ramlee. Ya. Seniman Tan Sri P.Ramlee tu. Kata Mr.X, keturunan Cut Nyak Dhien terkenal dan menjadi seniman di tanah Malaya. Sedikit info dari sini, Teuku itu untuk keturunan bangsawan orang ada-ada. Kalau Tengku pula panggilan untuk ustaz-ustaz.


Jika dilihat gambar rumah tadi, akan nampak satu objek silinder putih di kanan gambar. Inilah objeknya. Telaga yang dibina tinggi, dalamnya kalau tak salah 5 atau 10 kaki. Begitu juga dari permukaan tanah. Tujuannya untuk mengelak daripada airnya mudah diracuni penjajah Belanda.

 

Ada sebahagian perabot yang sudah hampir rosak kesan tsunami 2004 dahulu. Gambar dan penerangan Mr.X yang paling aku ingat dan terasa ialah di mana satu kampung dimusnahkan oleh pihak Belanda. Yang selamat hanya seorang budak lelaki beusia sekitar 2-4 tahun. Gambarnya diambil bersama seorang askar Belanda. Dan budak ini dibawa ke Belanda dibesarkan dan diasuh sebagai orang Belanda sudah tentu. Tiada siapa yang tahu apa jadi padanya selepas itu.

Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut agama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya. (A-li'Imraan 3:73)


Lokasi ketiga dan terakhir untuk hari ini terletak 4km dari rumah Chut Nyak Dhien tadi. Kubah masjid sisa tsunami yang terletak di desa bernama Gurah. Laluan masuk hanya boleh dilalui oleh kereta/van/lori kecil kerana melalui jalan kampung dan meredah sawah.


Kubah beserta semen tapaknya yang hampir  80 ton terdampar sejauh 2.5km di tengah kawasan sawah.  Kubah ini keseluruhannya daripada simen, padu. Di pintu masuk terdapat gerai2 yang barangkali menjual makanan atau cenderahati untuk para tetamu. Masa kami ke sini tiada satu pun beroperasi. Tetapi jangan tertipu. Aku perasan ada mata2 yang memerhati semasa kereta membelok ke sini. Dalam beberapa minit saja muncul wanita2 bermotosikal yang menjual barangan cenderahati seperti magnet, kain, key-chain dan pelbagai lagi. Masing2 cuba mencing kita untuk membeli. Yang ini yang perlu kuat iman dan tahan godaan ni.


Menjelang petang, dah tak ada tempat yang sempat dilawati. Lagipun, kesian kat budak bertiga yang kena tinggal tu. Jadi, simpan satu dua utk depa lawat bersama2 depa pulak esok.  Sebelum malkan malam, dah tentu la kami pi ambil budak bertiga yang kena tinggal tadi. Nanti meraung cari mak ayah tak ke haru. Oleh sebab depa yang nak shopping, Din bawa kami ke kedai serba makneka ni, Daripada barangan cendereahati, perhiasan hinggalah makanan. Beg2 yang ada ni memang menarik. Cantik dan sesuai sangat kalau nak bawa ke kelas. Harga pun sangat2 berbaloi. Tapi tak pe lah. Bukan tujuan aku nak shopping yang ni pun. Yang paling banyak shopping si Iqbal ngan Syahmi! Wahhh.. sakan depa. Untuk mak abah adik bla..bla..


Dah sakan memborong, baru rasa lapar. Alhamdulillah ada gerai2 dan restoren makan di sebelah. Ketika ini sudah maghrib. Din kata, lampu2 dan kedai2 akan ditutup untuk solat maghrib. Tapi kedai2 makan ni tak tutup pun. Hmmm.. Tak semua lah tu yang mengikut arahan barangkali. Oklah. Bila order makan, ada yang order nasi goreng dan mee Acheh. Kalau datang Acheh katanya pastikan makan mee Acheh. Tapi yang kat kedai ni tak sedap, kata Syahmi. Aku belanja depa kerang rebus (sedap bangat nih), dan sate. Satu kuah kacang satu kuah jawa. Kuah kacang memang sedapppp tapi kuah jawa..huhuhu.. tak dak umphhh.


Dan ini makan malam aku serta jus pelam. Ketam goreng dengan kulit2nya depa goreng. tengok rupa nak macam ketam nipah saja. Tapi memang sedaplah sebab ketam sebab aku memang sukaaaa sangat makan ketam. Tak kenayang? Kan ada sate dengan kerang tadi tu. Aku siap bungkus lagi kerang extra balik hotel. Makan sorang2, hahaha.

Alhamdulillah. Hari kedua berlalu dengan baik sekali. Tidak ada hujan renyai seperti semalam. Kita tunggu hari esok pula untuk perjalanan seterusnya. Selamat malam Banda Acheh.