Friday, November 4, 2016

Kembara Bumi Tsunami 3

Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (A-li'Imraan 3:74)

Allahuakbar. Dah 1/3 aku bercerita. Tiba2 semuanya hilang begitu saja bila tertekan button backspace. Cerita dan gambar sekali lenyap! Sabar je la. Bertenang dan mulakan semula cerita baru. Tapi ambil masa beberapa hari la jugak nak mula baru huhuhu


Ok. Kita teruskan kembara Buni Acheh untu hari ke-3. Malam tadi kami diberitahu perlu berpindah ke Hotel PMI (dari Rumah PMI). Kata mereka lebih dekat dengan epot, jadi mudah untuk bertolak balik nanti. Ok.. we follow their suggestion. After all, bukan kena bayar pun. 


Pagi2 buta dalam 6.30 dah berpindah ke sini. Bilik lebih besar daripada Rumah PMI. Lebih selesa. Ada tv pun bukan boleh tengok. Tak sempat. Aku berkenan betul langsir dia.. hahaha. Of all the things inside it. Letak saja beg, driver dah tunggu untuk bawa kami ke UUI bagi hari kedua dan penutup.

 

Meja untuk VIP amat simple. Senang cerita. Tidak perlu protokol tidak perlu hidangan. Letak saja sepiring seorang. Di tengah2 letak beberapa jenis buah. Licin juga aku tengok lepas acara (ntah2 ada peserta tolong habiskan tak?).

Kredit gambar:  https://2.bp.blogspot.com/-b-KViDmM7DA/WBBFeM6Ut4I/AAAAAAAAHJs/kT3Ki59R8xwp6J_r-2X8B1gPPD04FvwgQCLcB/s1600/dadaayam-penyet-pak-ulis_20150730_153951.jpeg

Acara penutup dijangka tamat jam 1 tengahari. Aku dah susun agenda jalan2 untuk hari ini. Tapi kita hanya merancang. Agenda dijangka tamat petang nanti. Laparrrr. Makanya, kami dibawa ke Kedai Makan Ayam Penyet Pak Ulis ni. Driver hari ni Alaudin, yang aku dapat nombor drpd seorang kawan di Shah Alam. Makanan di sini harganya berpatutan dan sedap. Puas hati. Kalau ke sana memang aku rekemenkan kedai ini. Selesai makan, pulang semula ke UUI dan Alaudin katanya akan berada sekitar kawasan jika kami memerlukan segera.

 

Yang seorang bersama Korean tu Affendi. Bawah kiri ni Iqbal dan Syahmi. Atas pula bersama dua pelajar Tingkatan 5 dari SM Sains Selangor. Setiap penyertaan mendapat special award drpd Korean Invention News (KIN). Pakcik Korea ni bosnya. Tak reti cakap English. Dia bawa translator. Masalahnya si translator pun lidah terbelit2 nak terangkan in English. Memang kena betul2 pasang telinga untuk faham apa dia kata. Selain special award drpd KIN, ada lagi hadiah2 lain. Ketiga2 penyertaan dari Malaysia ini menerima Gold Award! Dan yang paling aku teruja, penyertaan dari SM Sains ini (penghasilan biskut drpd kelapa sawit kalau tak salah aku) membolehkan mereka membawa pulang hadiah utama USD200. Alhamdulillah.

 

Ada rupa minah Indon ke aku? Hahaha.. budak2 tu tanya aku, "Ibu dari Indonesia bahagian mana ya?" Aduhhh... Tapinya, inilah pelajar2 degree universiti di Surabaya yang baru berusia 21-22 tahun. Siap diajaknya aku welfie. Selesai majlis, hampir jam 4 petang, depa ajak bergambar di mercu tanda UUI pulak. Tak perlulah nak cari aku dalam ramai2 tu sebab memang tak ada. Aku cuma pemerhati luar. Bukan peserta. Yang aku risaukan masa yang berjalan. Nanti, takut nanti terlepas agenda lawatan.

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (A-li'Imraan 3:75)

 

Selesai saja bergambar di UUI, terus aku suruh Alaudin bawa kami ke Muzium Tsunami. Kalau ikut semalam boleh pi, tapi sebab ingatkan kanak2 ribena yang tiga orang tu, kesian la pulak. Jadi, hari ni ke sini dengan mereka. Cantik dinding muzium, macam anyaman mengkuang.


Ruang pameran besar tapi tidak banyak artifak. Yang ada gambar2, tayangan video dan beberapa artifak tinggalan tsunami. Ada satu bilik dipenuhi dengan nama2 mangsa tsunami dari bawah hingga ke dinding atas. Tak dapat berlama2 dalam ni sebab muzium akan tutup sebentar lagi.


Ini model Banda Acheh sebelum (atas) dan selepas (bawah) tsunami. Memang tersangat jauh perubahan yang berlaku akibat bencana tersebut. Maha Besar Allah!


Helikopter yang musnah semasa tsunami juga dipamerkan di luar bangunan muzium. Gambar bawah ialah replika muzium. Ia diilhamkan daripada bentuk air yang bujur kalau dilihat dari atas. Air itu sebagai lambang kepada peristiwa tsunami. Tapi kalau dilihat dari sisi tepi yang betul, ia kelihatan seperti sebuah kapal! Memang hebat arkiteknya. Tak perlu berlama2 di sini. Muzium tutup jam 5.15. Kami sempat 15 minit saja. Sudah memadai. Alhamdulillah.

Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. (A-li'Imraan 3:76)

 

Lokasi seterusnya utk solat jamak asar dan zohor. Destinasi pilihan Masjid Rahmatullah (entri akan datang) yang tenggelam sepenuhnya akibat tsunami. jalan ke sini  agak jauh rupanya. Selesai solat Alaudin bawa kami ke Pantai Lampuuk yang terletak kira2 400m dari masjid.

 

Suasana ni Pantai Lampuuk. Pantainya agak bersih tapi ada anjing juga huhuhu. Kalau dilihat pada gambar bawah, boleh nampak garisan ombak nun 100m ke laut. Itu adalah kedudukan asal pantai ini. Akibat tsunami lepas, pantainya berubah ke kedudukan sekarang sejauh 100m!

 

Ok.. ada gerai2 makan seperti pondok2 buluh. Beli jajan daripada makcik yang menjual ni. Dan kelihatan juga Alaudin yang berbaju merah/hitam itu. Masih bujang. Baju hitam di belakang tu kawan dia yang tinggal di Malaysia dan membuka perniagaan. Di Bangi rasanya. Tapi tak bersuara langsung! Hanya Alaudin yang sembang ngan kami.

 

Selesai di Lampuuk, aku dah tak tau nak ke mana lagi. Jadi Alaudin bawa kami ke Loknga. Melihat satu2nya kilang simen yang ada di Banda Acheh. Dan menikmati Pantai Loknga dari pandangan atas sini. Jalan di sini katanya sumbangan USA. Kalau tak salah ingatan aku. Sepanjang beberapa puluh km. Memang jalannya sangat elok. Berhampiran lokasi ini ada Kampung Brunei. Ceritanya lagi, kampung ini adalah sumbangan kerajaan Brunei. Dan selalu juga kaum kerabat Brunei ke sini sebagai persinggahan.

 

Dalam perjalanan pulang, melalui sawah padi yang luas. Gambarnya, minta maafla. Speed fotoshoot tak stabil. Tak sempat nak stabilkan camera. Sepanjang jalan, tanah di sini memang subur dengan tanaman. Moga penghuni2nya juga terus subur dengan iman.

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:77)


Seterusnya kami dibawa ke Masjid Baiturahim (entri selepas ini). Masjid yang hanya 10-20m dari laut tetapi tiada kemusnahan teruk semasa tsunami. Subhanallah. Anak2 ini gembira bermain di depan masjid. Tumpang sekaki jadi kanak2 gembira hihihi.


Seterusnya ke Pantai Uleelheue (bunyinya macam Ulele). Senja semakin hampir. Ramai pengunjung masih berlegar2 dan ada yang menjamu selera di gerai2 kecil yang wujud sepanjang pantai. Cukup sekadar memerhati dan menunggu budak bertiga tu membeli jagung bakar di sini.
 

Ok.. Bakso goreng? Rupanya gimana? Maaf. Aku tak beli dan tak terasa mencubanya. Aku bukan jenis food tester tambah2 lagi kalau aku was2 dengan kebersihannya.


Kami jamak magrib dan isyak di satu masjid dan terus ke Warkop Zakir (Warong Kopi Zakir). Lebih kepada kedai makan bukannya warong. Di depan aku tu kawan Alaudin yang tinggal di Malaysia.





Kali ini memang aku nak cuba Mee Acheh yang dikatakan terkenal itu. Ternyata Mee Acheh ketam ini memang superb! Ada juga mee acheh udang. Tapi yang ini lebih menarik perhatian aku. Sekor ketam tu. Siap dengan playar disediakan untuk pecahkan kulit ketam. Memang sedap. Silalah ke Warkop Zakir bila ke Banda Acheh.



Mak peyek youu. jangan Mak penyet sudah nanti lunyai hahaha.  Tempeyek kacang dal tu betul2 menarik perhatian aku. Bukan untuk membeli tapi pada namanya.  Dan jumlah belanja makan malam itu RP250juta rasanya amat berpatutan. Kira sendirilah ya dalam RM sebab aku rasa sangat kaya hari ini bila menjadi jutawan rupiah hahaha.Jumpa lagi di entri seterusnya.


P.S: Terima Kasih Alaudin. Semoga hidupmu terus diberkati dan dipelihara Allh swt.

No comments:

Post a Comment