Thursday, June 1, 2017

Pamukkale yang Memukau - 28/4/2017

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (A-li'Imraan 3:130)


Alhamdulillah. Selesai Melewati Bumi Bursa perjalanan diteruskan lagi untuk beberapa jam berikutnya. Terasa sayup dan jauhnya nak tiba destinasi seterusnya, Pamukkale. Kat mana ya lunch tadi? Lupa dah aku. Tapi aku ingat, bas singgah sekejap di satu tempat untuk WC dan solat. Kat sini la yang Omer tu lupa nak beli tiket masuk.

Tiket masuk Pamukkale = Cotton Castle atau dikenali juga dengan ancient Hieropolis (boleh baca http://www.pamukkale.net/ dan https://en.wikipedia.org/wiki/Pamukkale).


Macam biasalah. Mata aku ni kalau nampak bunga macam wanita lain nampak ketulan emas. Memang I loveeeeee flowers. Untung En.Suami sebab aku tak minta emas intan berlian hahaha.

Luas kawasan Hierapolis-Pamukkale yang telah diisytiharkan sebagai World Heritage Site pada tahun 1988 ini. Tengok dekat peta atas pun dah nampak keluasannya saujana mata memandang.


Gambar dari album peserta. Saya pinjam ya.
Ini sebahagian rakyat jelata yang kurang memberi perhatian pada Omer hahaha. Termasuklah aku sebab masing2 dah terpukau dengan pemandangan yang dilayur depan mata.


Nun di atas sana, Roman Theater masih lagi kukuh . Boleh memuatkan 8500-10000 penonton pada sesuatu masa! Puing-puing tinggalan Hierapolis masih jelas kelihatan. Nak berjalan keliling kawasan memang tak terbuatnya sebab sangat luas. Mungkin perlu seharian di sini baru dapat habiskan seluruh kawasan.

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. (A-li'Imraan 3:131

Gambar dari album peserta. Saya pinjam ya.
Ini antara peserta yang punya kudrat extra untuk tiba di teater ini. En.Suami nak ikut tapi bila keluar dari 'castle' dah tak de siapa. Kena tinggal la tu.. huhuhu. Tak pe la, kira ronda di sini saja la abang ye.

Gambar dari album peserta. Saya pinjam ya.
Memang awesome la pemandangan dari atas sana. Wow faktor memang tahap tinggi aku bagi. Tengok gambar2 daripada mereka yang naik atas pun sudah memukau mata. Memang cantik.

 

Cotton Castle pula sangat memukau dan aku terpukau olehnya. Impian untuk ke sini yang disimpan selama ini akhirnya tercapai. Harap2 tu mudalah kaki aku 5-10 tahun hahaha. Dikatakan air dari sini ada kuasa penyembuhan dan mencantikkan seseorang berdasarkan satu mitos/dongeng
 

Pemandangan yang putih, bersih sangat mengasyikkan. Subhanallah. Sesiapa yang datang Turki, ziarahlah kota ini. Pasti terpegun.


Dari atas 'castle' ini boleh lihat pemandangan di bawah yang luas terbentang. Nampak macam sebuah perkampungan. Kolam di bawah tu menarik perhatian aku. Rasa teringin nak ke situ tapi tak dapat.
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. (A-li'Imraan 3:132

 

Nun dihujung sana, masih ada tembok2 tinggalan kota Hierapolis. Dari sini jua boleh diperolehi pemandangan memutih tadi. Aku pasti para peserta yang lain tentu dah ambil berpuluh2 gambar lebih banyak dari aku. Tak pa lah. Aku kongsi sedikit, selebihnya boleh tengok album masing2 ya :)

 

Di sini juga terdapat sebuah muzium menempatkan artifak2 bukan sahaja dari Hierapolis, malah dari Laodiceia, Colossae, Tripolis, Attuda dan pekan lembah Lycos. Malangnya, tak sempat nak masuk, dah tutup! Aku lewat beberapa minit.


Melepasi muzium, terdapat kolam antik yang dipercayai pernah digunakan oleh Cleopatra. Nak mandi kolam ini kena bayar. Tapi aku tengok airnya tak bersih la. Ada ke orang mandi?


Bunga lagi hihihi.  Banyak betul Red Poppy. Kalaulah laman rumah penuh bunga macamni, aishhh parking luar le kereta ya. Bunga hitam tu pula adalah bunga Nicotina (menurut kawan aku yang juga pecinta bunga). Yg hitam ni man-made hybrid katanya.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133


 

Keluar dari situ, ada orang jual eskrim pulak. Eskrim ni kalau tak bernasib baik, nak dapat satu pun kena main2 dulu dengan penjualnya. Diacah2nya kita untuk mengambil aiskrim dari dia, dan kalu kena kat aku rasanya aku tak beli terus dah. Amik balik la eskrim tu. Tapi aku beli juga la (nasib baik tak kena acah) sebab nak rasa tapi tak sedap sangat la. Manis sangat. Begitu juga dengan jus delima dia. Too sweet.


Sedar2 sudah hampir senja rupanya. Pasti cantik kalau dapat tunggu matahari terbenam di sini. Tapi perjalanan perlu disambung untuk penginapan seterusnya. Lagipun perut dah mula terasa lapar.


Dalam perjalanan ke hotel, dari kejauhan boleh nampak matahari yang sedang terbenam.

 

Akhirnya tiba di Pam Termal Hotel yang terletak di kawasan perkampungan yang sangat tenang dan damai. Untuk ke sini ada pekan kecil yang menjual barang2 seakan2 suasana pasar malam. Tapi aku dah tak larat nak menapak ke situ dah. Letih sangat2. Rupanya K.Naz and the geng (yang mana satu K.Naz nanti later2 aku tunjuk ya) sempat lagi 'menyopping' kat situ. Banyak betul kudrat depa berjalan dalam 400m kut untuk meninjau kawasan sambil menderma lira hahaha.


Tengoklah. Makan malam pun dah tak lalu. Pertama kali mencuba kus2 yang diingatkan nasi pada mulanya. Yang banyak sayur2/salad. Tak jumpa ikan lagi ni. Orang Turki memang tak makan ikan ke?

Tuesday, May 30, 2017

Melewati Bumi Bursa - 28/4/2017

(Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa. (A-li'Imraan 3:127


Walaupun semalam kami tiba di Hotel Celik Palas jam 8 lebih, pagi ni 7.30am dah kena bergerak menuju destinasi seterusnya. Makanya, bersarapanlah selepas jam 6.30am selepas beg2 sudah diletakkan berhampiran bas. Hanya ini sarapan aku pagi ni. Alhamdulillah. Yang lain tidak menyelerakan dan menarik minat aku sebab banyak sangat sayuran/salad/ulam. Kulihat hijauuuu saja di sana sini. 

Sementara menunggu bas hendak bergerak, sempat juga meninjau2 laman hotel. Mengikut kata kawan aku, bunga yang atas tu namanya pansy. Dan yang kiri bawah viola. Dua2 jenis bunga ini dari famili yang sama. Yang besar tapak tangan tu kalau tak kenal tak tahulah. Harum sangat. Bunga2 ni semua mengingatkan aku pada Tucson, Arizona yang mudah didapati bila musimnya tiba terutama di kawasan kampus. Huhuhu.. terkenang semasa lalu, hatiku menjadi rindu.


Al Ilmi! Jom! Jom! Jerit si Omer dengan slang Turki. Apa lagi, jom kita. kalau lambat nanti, lari daripada jadual. Pi mana pulak drebar ni? Dok masukkan beg dalam bas lagi kut. Bas dia (dia punya ke syarikat punya ke?) memang bersih sangat. Tengoklah lantainya, parket kayu tu. Dan Omer pun sudah ingatkan supaya menjaga kebersihan bas. Nanti driver marah kalau kotor atau sampah2 tidak dibuang. 


Destinasi pertama hanya 6-10 minit dari hotel. Alhamdulillah dekat, kurang sikit sakit buntut lama2 duduk dalam bas hahaha. Ulu Cami (Cami - jamek = masjid). Kalau tengok binaannya, daripada bongkah2 batu yang besar. Mengikut kata Omer (aku ingat dan faham sikit2 saja) dan hasil carian di internet, masjid ini juga yang dikenali sebagai Grand Mosque merupakan masjid terbesar di Bursa. Dibina antara 1396-1399 atas perintah Sultan Bayezid 1 pada zaman pemerintahan kerajaan Ottoman. Masjid ini mempunya 20 kubah dan 2 menara.


Wahhh! Lihat siapa di sana sedang berwuduk itu? Jom pi dekat sikit kita zoom. Hihihi.. zoom gambar paip air je pun. Dan terompah2 berukir yang disediakan di situ. Nak zoom orangnya buat apa? Dah tahu dah itu Hj.Mad dan En.Suami.

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. (A-li'Imraan 3:128)
 

Masa yang diberi sudah mencukupi untuk kami solat tahiyatul masjid dan solat dhuha di sini. Selesai solat, masih punya masa untuk mengambil gambar interior masjid. Dalam masjid ni dah tak perlu aircond sebab terasa sejuk semulajadi. Salah satu sebabnya aku pasti binaan daripada bongkah2 batu besar tadi menyumbang kepada rasa nyaman dan dingin di dalam masjid.

 

Di tengah2 ruang masjid terdapat satu pancutan air di mana para jemaah boleh berwuduk di situ. Kubah di atasnya pula jelas menampakkan langit. Katanya bila hujan, air hujan akan menitik terus masuk ke kolah pancutan air ini. Tertanya2 pulak aku, tak tempias ke lantai sekitar ke kalau air hujan masuk? Yang nyata, berada di dalam masjid ini tidak memerlukan kipas atau aircond  langsung.
 
 

Selesai lawatan di Ulu Cami, kami bergerak ke Yesil Cami, kira2 10 minit perjalanan. Di luar pintu masuk terpahat Yesil Cami, 15 Yuzyil (yuzyil = abad). Masjid ini diperintahkan dibina oleh Sultan Mehmed 1 Celebi. Ia disipakan pada Disember 1419 ataupun Januari 1420. Pernah melalui proses ubahsuai akibat gempa bumi 1855.

 

Tengoklah Omer yg begitu bersemangat menerangkan kepentingan masjid ini buat masyarakat Bursa. Seperti Ulu Cami, Yesil Cami juga dibina daripada bongkah2 batu besar, bezanya di sini bongkah tersebut adalah marmar.


Bongkah2 marmar tadi menyejukkan ruang dalam masjid yang juga dikenali sebagai The Green Mosque. Bukan sebab masjid berwarna hijau, tapi disebabkan mosaic/tiles di dalamnya yang berwarna biru kehijauan. Alhamdulillah, sekali lagi kami diberi masa untuk solat sunat di sini.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:129)


Ini di luar sebelah kiri masjid. Sambil2 telinga cuba mendengar penerangan Omer, mata melilau juga melihat sekitar. tengok jangan tak tengok. Mungkin ini kali pertama dan terakhir ke sini.


Alamak, sejuk angin luar ni. WC mana? WC mana? Tempat wajib ni kalau berhenti di mana2. Nun di hujung pondok tu ada tangga ke WC. Satu Lira sudah pasti. Tapi lepas kita tamat lawatan di sini baru kita pi WC. Sebelum itu mari ziarah kawasan Green Mouseloum. Jaga2, ada penunggu berbulu hitam merayau2 :)


Kawasan makam ini terletak di belakang masjid arah ke selatan. Di dalamnya dibina monumen makam Sultan Mehmed 1 dan kaum keluarganya. Kebanyakkannya bertatahkan marmar biru kehijauan.


Akhir sekali, lawatan di Bursa diakhiri dengan membeli dan belah di kawasan Silk Bazaar. Bursa memang terkenal dengan barangan sutera dan masih terkenal sebagai pusat barangan tekstil utama di Turki. Masuk tengok2 pastu keluar masuk kedai sebelah, hahaha. Tuan kedai pulak boleh cakap Melayu sikit2. Mudah cerita. Dan harga pun lebih murah :)


Makanya, lawatan kami di Bursa berakhir dengan 2 helai shawl, magnet dan sedikit souviner untuk kawan2 di opis. Tidak sampai 100 lira. Kemudian misi mencari bas untuk beberapa minit. Turun bas dekat sini nak balik bas tunggu di bawah sana. Berjalan menyusuri lorong melihat rumah2 yang ada. Al Ilmi! Jom! Jom!

(Sila Google jika mahu maklumat lanjut mengenai Ulu Cami, Yesil Cami dan Silk Bazar)

Sunday, May 28, 2017

Akhirnya Bumi Uthmaniah Aku Jejaki - 27/4/2017

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"A-li'Imraan 3:124


Inilah tag yang diberi kepada semua jemaah Al Ilmi. Hari mula, semua pakai. Masuk hari2 seterusnya, tag dah simpan dalam bag. Dah kenal muka masing2 atau pun memang malas nak pakai (macam aku hahaha).


 

Dah nampak. Dah nampak. Sajli memutih di puncak2 gunung. Dalam agakan aku, gunung2 di Turki la kut. Agak saja. Manalah tahu rezeki kami nanti untuk main baling2 salji sekejap. Seronok juga kan? 

 

Bila dah landing Istanbul, masing2 dah kelaparan. Buka je la bekal apa yang ada dalam beg tu. Biskut pun jadilah. Cookies K.Arfah bagi pun selesai masa tu juga. Gamaknya kalau nampak nasi masa ni, mau habis dua tiga pinggan ni.

Gambar dari kamera peserta. Saya pinjam ya.
Baiklah. masa untuk memperkenalkan, dua orang yang sangat berjasa kepada jemaah Al Ilmi kali ini. Berbaju hitam itu tour leader kami, Hj.Mad/Ust Mad/Cik Mad Jusoh yang juga merupakan salah seorang founder Al Ilmi. Dia buka mulut je tahu dah asal dari dari Kelate nih. Berkemeja dan wajah ala2 Zain Saidin tu pula Omer (bantai je sebut Omar).Katanya dia ni salah seorang daripada 10 tour guide terbaik di Turki. Tapi memang betul la bagus. Semua dihujung jari dia saja. Sejarah Turki jangan nak kelentong la, memang kepakaran dia. Malah isu2 semasa pun dia memang up-to-date. 


Istanbul yang kami berada la ni adalah sebahagian daripada benua Eropah. Ya.. ini bahagian Turki di Eropah, lewat petang nanti kita akan bergerak ke bahagian Asia. Kita tengok2 dulu dari dalam bas, bandar Istanbul sebelum kita tiba ke destinasi pertama - Bursa. 
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. (A-li'Imraan 3:125

 

Inilah bas kami sepanjang berada di Turki. Bas dengan muatan 50 tempat duduk! Kat Malaysia mana ada kan? Kalau ada mana nak parking? Cer cite cer cite. Bas ni siap dengan free wifi lagi. Memang terbaik la. Sayangnya selepas beberapa hari wifi tak boleh guna. Mungkin kehabisan data sebab banyak pengguna dengan gambar dan klip video yang hendak dikongsi di dalam group. Apa2 pun memang bas ni sangat selesa. Satu ja yang tak best, driver bas tak friendly huhuhu (ker driver yang takut dan terkejut dgn jemaah yang riuh sekampung hahaha). Oh ya. Naik je bas masa keluar dari airport dah ada roti kebab dan air mineral utk kami. Apa lagi, tak tengok kiri kanan dah sebab lapar sangat. Roti liat, kebab tak rasa pedas tak jadi hal. Gigit kunyah telan. Alhamdulillah.

  

Atas ihsan Hj.Mad, dalam keletihan dan kepenatan mengunyah kebab liat tadi, kami diberi peluang melawat Tulip Garden! Yabedabeduuuu. Akhirnya impian nak tengok dan pegang tulip berada di depan mata. Rasa penat jetlag ke apa ke terus hilang masa tu sebab nak tengok tulip punya pasal.


Ok, lavender pun ada hah. Apa lagi? Masa ni la nak posing berdua, mood hanimun orang lama tetap kena layan kan kan. Kalau bawa si Emad, mana ada peluang macamni. Ada je nak nyelit di tengah2 kami berdua. Memang tak kasi can betul dia.

 

Subhanallah. Tulipsssss. Merah maroon  pink putih kuning oren ungu dan macam2 warna dan bentuk ada. Rasa nak golek2 dalam tu ala2 hindustan la pulak. Bila tengok dekat memang nampak macam pokok plastik je. Geram rasa nak cabut satu2 bawa balik. Mengikut Omer, setiap tahun memang kerajaan akan menanam pokok2 tulip ini di sini. Dan karnival tulip ini bermula awal April hingga 5 Mei. Memang rezeki kami tiba di sini pada masa yang sesuai.


Ambil peluang posing berempat dengan geng UiTM pulak. K.Arfah yang jadi peberet si Omar (jangan mara na) dan Leez dari UiTM Tapah. K.Faridah satu opis dengan aku. Dia la yang ajak aku join trip ni. 
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (A-li'Imraan 3:126

 

Dari Tulip Garden, di kejauhan boleh nampak jambatan yang menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki. Lepas ni, jambatan itu la kami akan lalui. 


Jambatan penghubung Eropah dan Asia. Nak sampai ke sini pun amik masa juga sebab banyak kenderaan. Si Omer dok cerita Bhosperus Sea, Marmara Sea dan entah apa sea lagi tak tahulah. Tak dapat nak absorb dah apa yang Omer cerita. Sebab aku rasanya dok nampak katil saja ni. Dan, laparrrr huhuhu. Bila nak sampai Bursa ni? 


Senja dah muncul menandakan maghrib dah menjengah. Subhanallah. Cantik betul bila matahari terbenam. Rasa tak puas melihat matahari turun di balik sana.


Ini aktiviti wajib sepanjang kembara ilmu. Sampai si Omar pun heran sebab kerap sangat kena berhenti. Nak buat camna, cuaca sejuk memang dah satu punca untuk kerap ke WC, hahaha. Ada tandas free, ada berbayar satu lira (dalam RM1.30 sekali masuk!). Siapkan duit kecil ya. Tapi mahal2 pun, tandas di Turki ni semua bersih2 siap ada tisu lagi. Bau tak enak pun kurang. Memang kalah tandas2 di tempat kita :(.



Akhirnya, tiba juga di Hotel Celik Palas, Bursa dalam jam 8 lebih. (Celik = steel, palas= palace). Tak sabar betul nak landing kat katil. Tapi sebelum tu kita makan malam dulu. Sup lentil dan roti, nasi (sekadar mangkuk kecil) bersama beberapa ketul ayam dan salad segar. Gambar pun tak ingat nak ambil dah. Memang standard food Turki sepanjang masa di sana. Hari pertama baru, sedap betul aku rasa makanan tu. Lapar sama kan? Kita tengok esok lusa camna pula.