Wednesday, August 7, 2019

Guilin, China - 27 Feb 2018




Cuti Februari 2018 aku diberi rezeki dan peluang untuk meneroka keindahan alam Allah swt lagi. Alhamdulillah. Kali ini ladies only seramai 9 orang. Ajakan Faridah (ex schoolmate) aku terima dengan gembiranya..hahaha. Dia dengan kawan baik dia K.Naz (ex schoolmate kak aku la pulak) dan Emilia (pensyarah UiTMPP juga). Aku ajak Leez (ex tripmate Turki). Leez ajak K.Kamsiah dan K.Rohaya (dua2 pesara UiTM Tapah). K.Kam bawa anak dia yg juga student diploma Faridah di sini. Leez ajak juga kawan dia Suriani, yg juga ex classmate master aku dulu. Semua ada sangkut paut aih. Seronok gitu.

Ini muka-muka monyok ni sebab flight awal pagi kul 6.30am. Bangun tidur di surau KLIA2, lepas solat terus ke terminal. Sekali, gate belum buka daaa. Terpaksalah monyok sekejap di sini. keliling kami pun ramai yang masih tidur sementara menunggu gate dibuka.

First time aku sampai negara China ni. Airport Guilin sederhana saja dan kurang sibuk. Smooth saja di imegresen. Mungkin masalah bahasa saja sikit mengganggu.

Muka-muka gembira semuanya bila dah selamat tiba. Cuaca sejuk nyaman tetapi masih mampu bertahan. Asalkan tak sejuk gedi alhamdulillah. So, inilah coach yg akan membawa kami sepanjang 5H4M di sini. Selamat meneroka bumi Guilin-Yangshao, ladies.

Inilah penginapan kami di Guilin. Aku sebilik dengan Emilia. Masalah di sini, wifi semua connected tapi line tetap tak dapat. Alhamdulillah si Faridah ni memang bijak tahap internasional. Dialah godek vpn ke apa ntah pastu share data dia. Boleh la pakat tumpang sorang sikit. Berdepan dengan hotel ni, Sheraton you. Memang tak masuk list la. Tapi si Faridah ngan Naz sempat juga pi mengopi malam tu.. tak ajak orang lak tu. Huhuhu

Tempat mula2 kena ziarah. Kedai makan hahaha. Lapag gila kut masa ni. Ntah kat jalan mana di bawa kami. Ikut je la.

Kona sana kona sini, dah sampai. Restoren Muslim untuk hari pertama di sini. harap2 perut Melayu aku ni boleh telan makanan depa.

Taraaaa. Please be seated ladies. You'll be served in a moment. Hahaha, konon2. Depa nak speaking pun belum tentu. Harap translator la tolong cerita.

Hah, ni dia tour guide aka ajen aka translator. Dok kira duit beribu2 lemon tu. Her English? Bole la aku bagi C hahaha. Sebabnya dia bole cakap tapi hampa kena pasang telinga betoi untuk faham apa dia kata. Ada masanya, kita tanya lain dia jawab lain. Redha je la you alls. Asalkan trip kita berjalan seperti dirancang.

Inilah dia.. yang dinantikan. Yang ada sos tu cukup2 ja 9 biji dia bagi. Dah le sedap, tak cukup la sorang satu huhuhu. Yang lain pun sedap juga sampai licin semua pinggan.

Masa nak keluar dari restoren tu, baru perasan ada whiteboard yang penuh dengan signatures. Dan mostly drpd Malaysia. In fact, masa kami tengah makan, ada satu grup tour dari Malaysia pun datang makan di sini. Memang tak de tempat lain dah kut.
 
Dah kenyang perut, masa untuk berjalan sedikit. jauh tak jauh dalam 50meter jugak la nak sampai ke tempat dituju. Tapi sebab cuaca nyaman, semua tu tiada hal punya.

Ini dia. Guilin Chongsan Mosque. Kalau orang tak habag memang tak tau. Kami pun main jalan ja sampai terlepas ke depan sebab tulisan Cina semua. Mana nak pi tau.

Masuk pintu gerbang tadi, nampak pintu masuk dalam ruang solat. Agak malap suasana di dalam tu tapi sangat nyaman. Tandas dan tempat wuduk walau sempit tapi bersih tanpa sebarang bauan tidak diingini.

Makan sudah, solat pun sudah. masa untuk jalan-jalan tengok dunia. Lepas check in di Eva Hotel dan rehat sekejap, jom kita ke Rong and Shan Lakes di tengah2 bandar Guilin. Tempat ni tak jauh pun dari hotel. kalau yg suka berjalan bole jer kut jalan kaki. Tapi diva2 ni semua mana mau jalan jauh2 hahaha. Shuttle tadi ada, naik je la.

See. I told you. Divas yang kuat posing tu yang kaki lentok tangga 2 dari bawah tu, hahaha. yang lain tumpang amik aura jer.

Kat sini ada Sun and Moon Pagoda. Google la sendiri na kalau nak tengok. Banyak gambag pagoda ni kat website. Yang kelihatan di sini ialah Nine Turning Points Bridge. From its name you know what it means, tak gitu?

Bole lalu atas bridge tu. Separuh jalan dah patah balik sebab kalau sampai hujung mau mengah nak patah balik nanti. Jumpa sorang pakcik mancing kat sini. Nak tanya pakai umpan apa konpem dia tak paham punya. Nak tanya ikan apa ada.. harapanku musnah sebab depa tak reti English.

 Ni la pakcik tu. Sekog ikan pun tak dapat lagi masa ni.

Dan ini Ancient South City Gate. Kat depan ni ada sebatang pokok banyan berusia 1000 tahun. Tasik depan ni pun nama Banyan lake.  "The south gate entrance to the city is a remnant of the old walled city of Guilin. Restored to its pristine condition, this ancient gate was constructed all the way back in the Tang Dynasty (618-907). There is a long tunnel hidden behind the gate itself which you can actually walk through to get an idea of what it was like to enter the city in ancient times. Petikan "http://www.chinatourguide.com/guilin/Ancient_South_Gate_of_Guilin.html

 
Ini posing ala-ala statue kat belakang tu ha. Ada gaya tak? Ok lah tu ya, buat kenangan sepanjang hayat. Bukan senang nak dapat geng camni.

Kawasan yang luas ni sangat memukau dengan gunung2 keliling. Rasanya ia juga kawasan tarikan dengan nama Two Rivers and Four Lakes, sebab godek2 google jumpa ni "two rivers (the Li and the Taohua) and four lakes (Rong, Shan, Gui and Mulong)."

 Banyak pokok banyan di sini.

Destinasi seterusnya, Fubo Hill. Gambag aku amik ni dari kaki bukit. Kalau nak tengok lawa lagi, sila cari pakcik google ya. Ada la yang naik ke atas bukit ni sebab kaki depa kuat lagi. Macam aku ni, tak sanggup dah nak memanjat.

Di kaki bukit, ada laluan masuk ke gua. Nampak gelap tapi cahaya cerah je dalam tu. Kena hati-hati sebab ada kawasan air melelh di lantai gua.

 
Di hujung gua, ada pemandangan yang cantik untuk dinikmati. Memang salah satu tempat yang wajib singgah kalau ke Guilin.

Yang ini tak tahu lah. Tiba-tiba saja ada patung berdiri tengah-tengah tu. Siapa tuannya aku pun tak tau. Tunggu ada yang mengaku nanti kut.

Masih di kawasan Fubo Hill. Teruja pula dengan teko besag gedabak ni. Boleh muat 9 orang.
 
 Bunga yang sangat cantik.

Dan bunga lagi.. heaven!

Bunga lagi. Nampak macam kobis je kan?

Dan sudah tentu aku dan bunga berpisah tiada. Geram aih tengok bunga banyak lagu ni. Mana leh tahan tak posing sorang2.

 Ada pulak replika hot air balloon ni. Ada boleh naik yang real kut kat mana2.
 
Menginjak ke petang, kami ke Elephant Trunk Hill. Kalau dari jauh, bahagian tunnel tu bole nampak macam belalai gajah. dari situ depa bagi nama. Ramai betul pengunjung di sini. Kalau nak naik sampan yang nampak berbumbung tu pun boleh. Jadi, ini penutup siang hari pertama.

Petangnya, kami berjalan-jalan sekitar hotel sementara menanti makan malam entah di restoren mana pula. Cuaca masa ni agak sejuk tapi memadai dengan sweater saja.

 
Makan malam kami di restoren Muslim yang terselit di celah bangunan. Letaknya agak ke belakang. Sekali lagi, di sini juga kami bertembung dengan kumpulan dari Malaysia tadi. Memng tiada pilihan lain.

Makanan kena oder sendiri nak makan apa. Aku pun dah lupa oder aku. Alhamdulillah masih boleh makan walau agak kurang menepati selera.

Selepas makan, kami merayau-rayau di kawasan ini. Macam night market gitu kawasan ni. Pusing-pusing tengok apa ada. Beli idak pun.

Lebih kurang macam pasar malam kita cuma tiada gerai2 tepi jalan sebab semuanya deretan kedai. Selagi tak penat, teruskan berjalan.

 
Akhirnya, terjumpa ini kedai lah. Indian cuisine. Aku pun tak ingat samada kami makan atau tidak di sini. But yes, we got in and have a cup of coffe/tea just to wrap up our first day here.



Wednesday, July 31, 2019

Yjogjakarta (12-15 Sept 2017)

Allahuakbar! Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni. Entri terakhir aku 3 Ogos 2017. Masyaallah. Dah 2 tahun tak menjenguk alam maya yang satu ini. Semuanya seperti sudah diambilalih oleh facebook. Tapi di fb pun bukan aku cerita banyak macam di sini. Sekadar berkongsi 9-10 keping foto dan beberapa ayat mudah faham.

Baiklah. Hari ni terasa nak masuk kembali ke dunia yang lama tertunda. Jom kita teroka Yjogjakarta dan lihat apa yang ada di sana. Ini pun cerita dah lapuk.. 2 tahun sudah. Aku cuba mencari kembali memori yang hilang hahaha.

Tudia budak yang teruja abis nak ke Yjogja. Diusungnya 2 bantal busuk dan sebuah treler hot wheels. Beg kami cuma 3 buah saja untuk 4H3M. Tak banyak pun yang nak dibawa.

 
Ini dia penginapan kami selama di sana. sangat dekat dengan jalan Malioboro yang meriah pada malam harinya. Sangat meriah hingga ke pagi.

Keterujaan yang melampau. Penuh satu A4 dilukisnya. Hanya tuan punya yang boleh menceritakan kisah di sebalik gambar.

Mengambil peluang meronda sekitar Malioboro. Dia ajak naik beca. Kemudiannya ajak naik kereta kuda pula. sekadar meronda tanpa membeli apa2.

Inilah puncanya aku ke Yjogja. En.Suami minta temankan dia ke konferensi ini. maka , kenalah aku menjadi peserta juga dengan bayaran RM1000.

Ini peserta termuda dalam sejarah. Keletihan selepas asyik mendengar pembentangan yang bukan di dalam bidang kepakarannya. Tidur lebih baik.

Bila sudah segar bugar, wahhh, dia pula ke sana sini memberi ceramah percuma pada petugas. Apa yang diceritakan pun tak tau. Pandai2lah paham sendiri bahasa nusantara.

Hari pertama habis di konferensi sahaja. Malam pula merayau di malioboro. Hari kedua untuk liburan. Kami ke Borobudur. Impian aku sedari sekolah rendah untuk ke sini. Kenapa? Buku sejarah sekolah rendah menceritakan, ini adalah candi terbesar di dunia.

Makanya, hari ini, aku berpijak di tanah ini menyaksikan salah satu peradaban manusia yang dibina begitu gah sekali. Candi Budha terbesar di dunia.

Pemandangan dari atas memang cantik sekali. Yjogja terkenal dengan candi2 Budha dan India. Driver mahu bawa ke candi India terbesar di Asia Tenggara katanya, tapi kami menolak. Cukup dengan sejarah yang satu ini.

Berhampiran kawasan candi, bole terus melawat Muzium Kapal ini. Muzium kecil sahaja tapi memadai untuk mengetahui sejarah kota ini.

Inilah kapalnya. Replika atau yang asal aku pun dah lupa. Tapi pembuatannya sangat mengkagumkan.

Boleh baca di sini tentang kapal tersebut. Bagaimana kisah pelayaran kapal ini bermula dan berakhir. Ya, muzium ini hanya ada kapal ini sahaja. Silah lah masuk.

Berdekatan itu juga ada Muzium Borobudur. Pun tidak terlalu besar untuk dilawati. Buat peminat sejarah dan muzium macam aku dan Emad, apa yang ada itu yang dilihat.

Muzium ini menempatkan puing-puing runtuhan Borobudur. Baik batu2 untuk binaan, jumpaan barang-barang sejarah atau pun patung-patung Budha yang tertanggal dari tempatnya.

Selesai di Borobudur, kami ke Gunung Merapi. Wajib ke sini! Tempat yang ada sejarah menyedihkan, cantik dan sangat adventurous.

Sejatah letusan Gunung Merapi yang meragut ribuan nyawa penduduk. Kesannya masih dapat dilihat pada tinggalan tengkorak haiwan, rumah dan kenderaan yang rosak dan lain-lain lagi.

Salah satu port bergambar yang menarik. Aku rasa, setiap tahun ada saja pembaharuan dibuat untuk mendapatkan port foto yang menarik. Sudah pasti ada bayarannya. Cuma yang ini gratis!

Bunker yang dibina untuk menghadapi bila meletusnya merapi. Sangkaan mereka bunker ini dapat menyelamatkan nyawa. Hanya Allah jua yang berkuasa.

Bunker yang terletak di laluan bawah ini juga dimasuki lawrva merapi yang tidak mengira siapa. Subhanallah.

Di hadapan bunker tadi, ada gerai jualan cenderahati yang sangat banyak dan pastinya boleh mengempiskan dompet kita. Ok. Tengok-tengok aja. Apa pun aku tak beli hahaha.

Inilah jeep yang membawa kita meronda kawan Gunung Merapi ini. Bukan aku yang bawa, ada driver yang bukan calan-calang ya. Jalan di sini mana ada tar. Berbatu2 kecil besar dengan debu-debu merapi yang halus. Boleh sakit buntut terhentak sepanjang jalan.

Penat dengan kembara merapi, kami di bawa makan di sini. Aku bagi 5 bintang di sini. Sedap, segar, nyaman dan tenang bangat.

Hah tengok. Tempat makan adalah pondok besar dibuat daripada buluh. Di sebelahnya sawah padi menghijau. Memang nyaman gitu.

Makananya, usah dikatakan apa lagi. Memang sedap sangat. Ini untuk kami bertiga saja. Budak kecik tu jangan cakap la.  Makan tak banyak mana pun.

Hari seterusnya, muzium lagi. Hahaha. Mesti jemu asyik muzium saja. Tapi tidak untuk kami. Lagipun sini tak ramai orang. Tak perlu berebut-rebut.

Kita lihat-lihat aja apa yang ada di sini. Itu dia. Kanak-kanak ribena tersangat gembira dengan muzium ini. Penuh dengan kenderaan udara.

Kat luar pun ada dan lagi besar. Sayang tak dapat masuk lihat di dalam jet ini. Why? Why? Oh ya. Di sini aku beli barang. Collar button!

Alahai. Sayangnya. Wisata kraton ini ditutup sudah semasa kami tiba. Sudah abis waktu melawatnya. Huhuhu.

Jadinya, driver bawa kami ke sini. Alhamdulillah, driver kami yang pemalu bergambar tapi mulutnya potpet sudi bawa kami ke sini. Kuih bakpia ini memang terkenal di Yjogja. Ini buahtangan terbaik untuk teman2 di Malaysia.

Kulit bakpia ini nipis saja. di dalamnya ada kacang merah dan inti lain juga. Ala-ala kuih pau kita tapi yang ini dibakar.

Petangnya, kami jalan-jalan sekitar hotel. Dekat dengan hotel, ada stesen keretapi terakhir untuk tanah Jawa. Dari sini bole naik keretapi untuk ke Sulu. Perjalanannya hampir 6 jam!


Sebab jauh dan lama sangat nak ke Sulu, kita bergambar saja di sini. Tempat-tempat lain tak sempat kami lawat sebab masa yang ada terhad. Sehari sudah di konferensi, sehari untuk pulang. 2 hari yang ada  itulah kami guna sebaik-baiknya.

Alhamdulillah. Impian ke Borobudur tercapai sudah. Gunung Merapi pun sudah dilawati. Mungkin jika ada rezeki, akan ke sini lagi. Yjogjakarta tidak sesibuk Jakarta mahupun Bandung. Di sini jalannya tidak macet :).