Thursday, March 31, 2011

Sudah lama

Rasanya hampir sebulan tidak dapat mengisi ruangan ini. Semua mood hilang begitu saja. Dengan badan yang letih2, minda yg berkecamuk, rumah yg belum pecah bak tongkang lagi, seminggu cuti sekolah aku terperap dalam rumah. Semuanya anak2 dan suami perlu uruskan sendiri. Aku keluar hanya utk ke klinik. Sekali itu saja. lainnya..terbaring depan TV pagi petang siang malam.


Selepas sekolah buka, kakak pulang ke asrama. Angah dan Yah kena banyak membantu. Rasa mahu ke opis, tapi badan masih negatif. Paling lemah bila malam tiba. Gamaknya inilah padahnya bila usia meningkat ke senja. Sabar? Kalau tak sabar rasanya tak bertahan sampai hari ini.


Datang ke opis pun sudah tghari. Sekadar melihat apa yg perlu. Laptop pula masuk bengkel. Skrin rosak. Dah seminggu, alat ganti belum tiba. Adus...letih aku. Sabar..sabar..petang nanti pasti lemah badan lagi. Harap2 seminggu dua lagi sihat seperti biasa. Tak larat aku..

Monday, March 7, 2011

Maulidurrasul

5 Mac, taman perumahan aku buat sambuatn Maulidurrasul. Tugas aku train budak2 6-11 thn nasyid. Budak2 grup ni yg tak join mana2 grup. Sepatutnya 6-7 thn tapi ada yg besar nak join. Layan je la.

Hari sambutan, ada few competitions for children. Yang ini "menjawikan karangan tulisan rumi" utk 10-12 thn.

Tekun menulis jawi utk "tulisan jawi tercantik" bagi 8-9thn. utk 8 thn dapat kat Yah. Kertas tulisan dia aku tak jumpa pulak. Panel simpan kut.


Pulun menulis jawi. Utk 5,6,7 th apa lagi kalau tak mewarna.


Sebahagian kaum ibu. Tengah leka dengar CD Ust.Kazim on Keluarga 69 (depa ingat crita P.Ramlee), blackout la pulak satu taman. Adus..berpeluh sampai waktu zohor.


Bersiap utk pertunjukan fesyen muslim. Ini port utk make-up artis.


Bersedia tunggu giliran.


Sekian.


Petangnya, ada perarakan keliling taman.
Nasyid? Malam lepas maghrib. termasuk jamuan makan malam dan ceramah after Isyak. Aku tak pi sebab tak sihat. Minta tolong ibu2 yg ada tengok2kan anak buah aku. Alhamdulillah..semangat budak2 ni termasuk yg malu2 akhirnya mahu.








Kerja

Bila tak ada homework, Yah mula mencari kerja. Apa saja yang dia rasa nak buat.

Sedang tekun membaca SOLUSI. Ada dua ruangan feveret Yah. Sketsa di depan dan muka surat belakang yg member pengajaran. Sesuai utk budak Djh 2 macam Yah. Di sebelah tu kertas2 hasil kerja Yah utk beberapa hari.
"Nama: Sya... Kelas: 2 Intelek Daripada: Dalilah Mohd Azahar
Misi: Pastikan dapat 5A.
KAD ANTARA KITA ???? 5A"
"Ingat tau. Jagan bagi sapa-sapa tengok.. Pastikan dapat 5A. Kita boleh!!!! Yeay!


"Nama: H...N.... Kelas: 2 Intelek. Daripada: Dalilah Mohd Azahar
Misi: Jangan ponteng sekolah. 5A."



Monday, February 28, 2011

Undi

Semalam Yah bertanya kat abahnya.

Y: abah, undi tu apa? macamana?

A: hmmm...undi tu macam kita pilih sapa yg kita suka la..nak jadi wakil kita
macam Yah undi ketua darjah..tapi Yah angkat tangan. Undi ni kita tulis kat kertas.
Macam nak pilih sapa wakil kita di Lunas ni kena undi la.

Y:hmmm..bagi ibu la jadi wakil di Lunas.

I: uiii..kalau ibu jadi wakil abah dok rumah la.

Y: Abah jadi la Mr.Mama

A: Abis tu sapa nak jaga Yah ngan Angah?

Y: Abah kan jadi Mr.Mama. Abah la jaga.

Thursday, February 24, 2011

Macam-Macam

Anak2 dengan macam2 pe'el/kerenah. Memeningkan, menyesakkan, kelakar pun ada. Macam2 adaaaa...itulah Hidup..Hidup yg merupakan satu anugerah dari Allah swt. Sekadar mencoretkan agar satu hari anak2 boleh baca apa yg mereka lakukan semasa membesar. Kisah yg boleh membuat mereka berfikir sendiri.

Kakak yg di asrama kringgg lagi. Abah yg jawab. dalam 1 minit ja cakapnya pun. Apa hal la pulak kakak ni? Abahnya pun nak tergelak. Ibu tau tak apa kakak cakap tadi? Kakak kata sarung payung dia hilang. Tak pe ka? Alahai kakak...kakak...yg tu pun nak tanya ke? bila crita kat Angah semlm Angah pun gelak.."kalau Angah la ibu..Angah tak habag..dok diam dah le"

Tengah dinner semlm..aku saja tanya anak2. Agak2nya la... kalau kita ada baby boy Yah nak buh nama apa? Yah suka..Adam dan Muhammad. Kalau pompuan Yah suka Iqlima. Sapa tu abah tanya. La.. Iqlima..anak Nabi Adam. hmmm..ibu pun tak tau yg ni..sedap juga Iqlima. Angah pulak nak apa? Angah nak Muhammad. Abah pulak? Biar ibu la bagi kalau adaaaa... Hmmm...bila agaknya ye? Hanya Allah yg Maha Mengetahui...

Malamnya pula Yah minta permission. "Ibu, Yah nak pi Kursus di Sg Lalang bole tak?" Kursus apa la pulak kecik2 ni. "Kursus bagi cepat blajag matematik." Ha eleh..baru drjh 2 nak pi kursus. Mana bole..."Yah akan pandai nanti..Yah akan cepat blajag." Merajuk sebab tak dibenarkan, terus tertidur dgn rajuknya. Jam 5.30am Yah masuk bilik. "Ibu..dah dekat pukul 6. Bangun la." Yah tukar jadual waktu sekolah, isi botol air, sangkut baju sekolah di hanger utk pakai hari ni...dan..Yah nak tido balik la ibu. La..ingatkan dia nak mandi terus.

Bila kejut pagi, dia tak mau bangun lak..nak pi ngan ibu. Alamatnya tak pergi ngaji la seba ibu lambat...Suka hati lah dia dapat makan roti canai hari ni.

Wednesday, February 23, 2011

Alangkah Indahnya Hidup Ini..

YA RASULALLAH
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati, Ummati...
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Monday, February 14, 2011

14 Februari

14 Februari 2011. Hari ni birthday Dalilah yg ke-8. Dua hari before dia suruh tempah kek (aku dah tempah 2 minggu lepas lagi). Kek utk kawan2 di transit pagi. Kelmarin dia pulun bungkus goodies, utk kawan2 di sekolah.


KISAH JAM

1. Hadiah? Dia nak jam tahun ni. Saja bawa melilau satu Kulim cari kedai jam..last2 ke Kulim landmark juga. Jam tgn berwarna biru utk dalilah.
2. Jam hadiah birthday angah rosak. Bawa ke kedai termasuk jam ibu yg rosak. Tukar bateri jam ibu. Jam angah tinggal di kedai, ambil masa 1 week utk cari penutup belakang yg hilang, n tukar bateri dan jarum. Balik rumah dia tukarkan tali jam ibu, tadaaaa..dapatla jam tu kat dia.
3. Masa amik kakak balik Raya cina baru2 ni, dia tanya, ibu nampak tak jam kakak? Aikkk...bukan ke jam tu kakak pakai di sekolah..camna ibu nak nampak. Ini sah2 kes jam hilang utk kali ke berapa ntah... "Jam kakak hilang. Tak tau pi mana". Sekali lagi! Biar... no more jam for kakak. Minggu lepas kakak call, "ibu, kakak dah jumpa jam kakak" "kat mana?" "Atas katil. Ada org letak." Sudah.....hilang, terambil, atau dipinjam?
4. Hmmm..mana jam kesayangan aku yg rosak ni ye..rasa2nya disimpan...kat mana ye..nak tukar enjin dalam dia la... ke aku dah buang?