Friday, December 30, 2011

War Museum

Rabu berikutnya, selesai pemasangan tinted cermin Wira, kami ke War Museum Penang di Batu Maung. Bayaran masuk dewasa RM20 dan kanak2 RM10 (mahal ler tapi nak gak masuk, layannnn).

Pintu masuk muzium

Permulaan perjalanan

Peta perjalanan di dalam kawasan muzium

Replika rumah kayu

Katalog yg diberi sebagai ganti tiket masuk. banyak artikel dlm suratkhabar tentang muzium ini. Ia adalah hasil tinggalan sebenar zaman jajahan British di Penang. Struktur bangunan asal dikekalkan.

Balik dari War Museum kami singgah minum di tepi laut nak ke Pulau Jerejak. Hajat hati nak makan nasi ayam. Dari sini boleh nampak Penang Bridge. Tak bole mandi sebab airnya sgt dlm.

Di sini kami makan. Ramainya orang. Nasi ayam habis! Nasi lemak atas meja pun abis. Ais kacang n cendol? Pun Habis! Abis apa yg ada? Rojak ngan air nyok je la..aku tengok ja sebab masih menjaga makan minum.

Khatam Quran

Balik dari T'ganu, 28hb dah sibuk dgn majlis Khatam Quran Angah di Sg.Petani Inn. Pagi2 hantar Angah utk daftar dan rehearsal. Then terus ke AS utk beli buku2 sekolah kakak. Balik semula ke SP utk majlis penyampaian jam 2pm.

Menanti majlis bermula. Alhamdulillah pengerusi, pengelola dan perasmi berucap sekejap saja.

Ini anak2 puteri yg khatam tahun ini. Mesti berjubah hitam bertudung putih. Lelaki berjubah putih.

Mana Angah?

Hahaha...kredit utk abah sebab gambar blur

Selesai majlis, sijil disemak. nama Angah diletak bin. Markah pula markah org lain. Terpaksa pula jumpa pengelola utk komplen. Ntah bila nak dpt balik sijil yg betul?

Jom gi Ganu!

Cuti Krismas 3 hari kami ke Terengganu. Alhamdlillah Emad tak banyak ragam. Bertolak 6.30am dari rumah. Cuaca pun dingin ja sepanjang jalan. Bila ada baby ni banyak la pitstops. Apalagi bila dia pooo n abis belakang bajunya. Mandi air sejuk la di Hentian Awam Tasik Banding.

Ini hentian kami yg terakhir b4 tiba di homestay yg ok-ok ja bagi aku. Di stesen petronas Tok Jirih (ada ka?). Masjid kayu ni terletak di seberang jln. Rasa nak masuk tapi masa dah suntuk.

Hari kedua kami ke Muzium Terengganu. Sebaik nampak muzium aku teringat sesuatu. Ya..tak salah lagi..Siri Ulek Mayang lakonan Elly Mazlin dibuat pengambaran istana kayangan di sini rupanya.
Muzium ini 3 tingkat rasanya. Ada annex building. Aku cuma naik tingkat dua lepas tu mengah dah. Annex lain pun tak masuk. Besar sangat.

Tiang2 muzium dibina sangat tinggi. Bahagian bawah kekadang disewa utk jamuan kenduri termasuk hari ni ada kenduri kahwin di situ. Kami juga naik train mengelilingi kwsn sekitar muzium. Anak2 suka sangat. Seterusnya kami ke Pasar Payang. Dah tentu batik yg banyak. RM pun banyak abis utk beli barangan tertentu.

Seterusnya kami ke Taj Mahal di Taman Tamadun Islam. Utk beli pasport masuk dewasa RM15 n kanak2 RM8. Maklumlah..nak lawat 21 negara kena la guna paspot. Siap cop lagi di entrance. Nak keluar dicop lagi.
Masjidil Aqsa pun kami dah sampai.

Rasanya Masjidil Haram yg ini.

Ini di negara mana ya? Aku sudah lupa.

Emad tido la..penat pi banyak negara sangat

Dan sudah tentu yg wajib lihat ialah masjid kristal yg terkenal itu. Aku tengok dari jauh ja la..hujan gerimis. Emad pula lena dibuai mimpi dlm kereta.

Hari ke3 on the way balik singgah di Pantai Rhu Sepuluh. Anak2 nak pi pantai sangat.

Tapi sayang. Hakisannya terlalu teruk hingga jln tar pun roboh. Ombak kuat masa ni. Melalui sisir pantai perjalan lebih cepat dan menarik berbanding jln datang yg lurus sahaja. Jadi, silalah ke Terengganu bila ada masa. Mungkin kami juga akan datang lagi utk jelajah bahagian lain pula di sini.

Tuesday, December 27, 2011

Salak Denai

Minggu pertama Dis lepas, kami (tanpa suami), keluarga k.not n k.pidah, mak abah ke Salak Denai. Lihat sini. Jam 11am-6pm RM150 utk sewa sebuah rumah paling besar(Siti Aishah katanya) 2 bilik dgn 2 tandas dan 2 bilik air. Ruang tamunya luas. Yang penting sekali kolam persendirian. Biasanya hujung minggu dan cuti sekolah memang fullybooked. Kebetulan ada yg cancel last minute, so Kak Not dapat booking.

Nampak sesuatu? Ya..Emad tengah tido

Ruang tamu agak luas siap dgn Astro

Peralatan dapur lengkap

Kolam kami. Ada slide utk kanak2 kecil yg mana kanak2 besar pun naik juga.

Pelampong yg disewa

K.Pidah tengah bakar ikan

Disana banglo lain pula. Bole nampak jiran kita mandi di kolam mereka

Kaki siapa ni ya?

Dari jam 11 ke jam 4. Naik utk solat dan makan saja

Hujan pun masih di kolam

Friday, December 23, 2011

Kembar

Semalam sempat ziarah si kembar Balqis. Apa namanya ya..Azfar Syafuan n Azfar Syazwan. Kalau tak salah la. Semuanya kena double dari yg sekecil2nya hingga ke besar. Stok pampers punya la banyak.



Lenanya tidog. Kiri adik kanan abang.



Thursday, December 22, 2011

Suka duka?

Betul la org kata..babies are cute. Geram aku. Tapi waktu bila depa betul2 tahu itu ibu dia yg mengusik? Lepas 3 bulan? 4 bulan?


waa...tidog lena nampak
lapag susu ka ngantok?


huhuhu..kasihannn


nangis lagi...


senyum kat sapa tu? Emad nampak sapa?


ibu tak nampak pun Emad senyum kat sapa?


Inilah Emad tembam...heheh



Wednesday, December 21, 2011

Cenderahati

Cenderahati ini sangat comel. I LIKE. Yah bawa balik dari kenduri kahwin saudara suami di KL. Dia ikut abah ke sana ambil mak tok. Tapi aku dapat rasakan bajet yg besar utk menyediakan cenderahati ini. Kenduri dibuat di dewan. Yah kata depa letak atas meja. Sapa nak ambil bole.

Bunga kekwa putih sudah lama layu selepas 4 hari disiram. Yang tinggal bekas putih sesuai utk pengumpul English collection. Pokok hijau ini masih bertahan. Aku sembur air setiap hari.

Comel kan?