Friday, December 30, 2011

Jom gi Ganu!

Cuti Krismas 3 hari kami ke Terengganu. Alhamdlillah Emad tak banyak ragam. Bertolak 6.30am dari rumah. Cuaca pun dingin ja sepanjang jalan. Bila ada baby ni banyak la pitstops. Apalagi bila dia pooo n abis belakang bajunya. Mandi air sejuk la di Hentian Awam Tasik Banding.

Ini hentian kami yg terakhir b4 tiba di homestay yg ok-ok ja bagi aku. Di stesen petronas Tok Jirih (ada ka?). Masjid kayu ni terletak di seberang jln. Rasa nak masuk tapi masa dah suntuk.

Hari kedua kami ke Muzium Terengganu. Sebaik nampak muzium aku teringat sesuatu. Ya..tak salah lagi..Siri Ulek Mayang lakonan Elly Mazlin dibuat pengambaran istana kayangan di sini rupanya.
Muzium ini 3 tingkat rasanya. Ada annex building. Aku cuma naik tingkat dua lepas tu mengah dah. Annex lain pun tak masuk. Besar sangat.

Tiang2 muzium dibina sangat tinggi. Bahagian bawah kekadang disewa utk jamuan kenduri termasuk hari ni ada kenduri kahwin di situ. Kami juga naik train mengelilingi kwsn sekitar muzium. Anak2 suka sangat. Seterusnya kami ke Pasar Payang. Dah tentu batik yg banyak. RM pun banyak abis utk beli barangan tertentu.

Seterusnya kami ke Taj Mahal di Taman Tamadun Islam. Utk beli pasport masuk dewasa RM15 n kanak2 RM8. Maklumlah..nak lawat 21 negara kena la guna paspot. Siap cop lagi di entrance. Nak keluar dicop lagi.
Masjidil Aqsa pun kami dah sampai.

Rasanya Masjidil Haram yg ini.

Ini di negara mana ya? Aku sudah lupa.

Emad tido la..penat pi banyak negara sangat

Dan sudah tentu yg wajib lihat ialah masjid kristal yg terkenal itu. Aku tengok dari jauh ja la..hujan gerimis. Emad pula lena dibuai mimpi dlm kereta.

Hari ke3 on the way balik singgah di Pantai Rhu Sepuluh. Anak2 nak pi pantai sangat.

Tapi sayang. Hakisannya terlalu teruk hingga jln tar pun roboh. Ombak kuat masa ni. Melalui sisir pantai perjalan lebih cepat dan menarik berbanding jln datang yg lurus sahaja. Jadi, silalah ke Terengganu bila ada masa. Mungkin kami juga akan datang lagi utk jelajah bahagian lain pula di sini.

No comments:

Post a Comment