Monday, December 12, 2011

HSAH

Seminggu lepas abis pantang aku puasa seminggu. Tup2 lepas sahur Jumaat lepas, mak call at 5am. Selalunya tentu ada hal2 terkejut tergempar. Rupa2nya abah masuk hospital. Wad kecemasan lagi dibawa dgn ambulan jam 3.30am. Apa lagi. Kelam kabut kejut semua nak ke Sg.Petani. Sebelum subuh dah keluag ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).



Makcik (yg dikata muka serupa Emad) jaga Emad sat

Emad pun diangkut sekali. Semua adik kakak dah ada sana kecuali 2 org adik lelaki aku. Subuh2 buta masing2 ada yg cerah mata ada yg lali.


Wahhhh. Macam lobi hotel je spital ni. Ceria ja pagi2 buta ni. Spital ni baru 4 tahun beroperasi.

Misi2 shift pagi mula masuk. yang praktikal dari KKM dan swasta pun sama. Semoga khidmat bakti mereka diberkati.


Back to abah. Dia di wab kecemasan zon merah. kul 10 tak da apa2 berita lagi. Kami dah balik umah mak sebab penat sgt. Emad pun letih. Rupa2nya tak dak bilik kosong. Penuh. Menunggu kekosongan baru abah leh masuk wad. Aku zooooom to opis ambil GL utk abah. Zooom back to spital antar GL.


Oooo ada GL ya..kata misi bertugas kat zon merah. Nanti saya tanya MO boleh tak tempatkan di bilik sorang. Tungguuuuu lagi..no answer. Balik umah. Adik aku pi pulak. Jam 12 lebih baru masuk wab bilik berempat sebab mudah Dr nak pantau.

Seminggu abah di spital adik lelaki gilir2 jaga malam utk 4 hari. Hari nak balik aku pi amik abah. Kata lepas lunch leh balik. tanya Dr dia kata petang. Pesakit2 lam bilik abah kata dr yg sama kata boleh balik lepas lunch. Mana satu ni? Ke Dr pun tak ingat apa dia kata? Aku pun balik umah le..petang kak aku p amik.

(sebab tu org ada money banyak p swasta. Tak banyak hal. Bak kata makcik yg aku jumpa di spital..kalau banyak duit tak ingin aku mai sini...leceh n banyak songeh. Dah sebulan dia jaga laki dia di situ)

1 comment:

  1. tapi kata jiran aku (Dr juga), kalau sakit kronik lebih baik ke kerajaan sebab kerajaan lagi ada kepakarannya. Swasta pun kalau dah tak boleh buat apa2 dia akan pass ke kerajaan jugak.

    ReplyDelete