Wednesday, August 14, 2013

Sesak

Musim perayaan.... means musim cuti. Musim cuti means musim jalaraya menjadi sesak. Ini bermakna..jiwa raga akal minda pemandu2 pun ikut sama terjejaas dek kesesakan tersebut.

 
 3.15pm 8/8/2013. Kami on the way ke Bt.Pahat. Jam arah ke utara bermula selepas Simpang Pulai.

3.16pm... kredit utk Yah tolong amik gambag. Aku tengah memandu masa ni.. gila nak amik gambag..kang jalan jam tak pasai2 sebab aku

3.18..hehe..try gak snap satu... bawa slow2..time keta line aku tak banyak. Jam petang raya ni hampir 10km lebih aku agak..

5.38pm.. kenderaan perlahan di lorong aku..masa ni dekat Nilai-Seremban.. tapi ok la..masih bergerak..aku pun leh drive relax2 sambil layan lagu2 raya

 3.40pm 11/8/2013..kami on the way ke utara..mau balik Kedah... di kanan arah ke selatan macam clear..rupanya tidak

 3.53pm (kredit utk kakak..time ni pun aku gak yg drive).. jam bermula dari keluar terowong hinggalah ke Ipoh..dan sambung semula jam.. sepanjang laluan Perak selang setiap 1km jalan jam.

Kawan aku kata first time dia balik Penang-KL 10jam! memang la..ikut pemerhatian aku jam di kanan jalan tidak bergerak langsung. Puncanya bukan apa. Kereta rosak tepi jalan. Kemalangan kecil tepi jalan. Bas rosak... tu pun depa slow nak tengok. Hentian rehat arah ke selatan jangan cerita la..nak masuk pun jam hampir 1km!

Arah kami ke utara mula jam 32km nak ke Juru! Sib baik masa ni bukan aku yg drive. Jam sebab 20km di depan ada polis dok tepi jalan nak tahan sapa2 yg potong lorong kecemasan. Bukan road block pun! Ceh! takut polis punya pasai depa boleh bawa slow... lepas tu line clear ja... Tol juru pun tak jam.. Alhamdulillah selamat sampai ke Sungai Petani dulu..heheh






Tuesday, August 13, 2013

Aidilfitri 2013

Kami 6 beradik. tahun ni giliran umah mentua masing2. Kakak sulung tak balik Pahang umah mentua. No dua balik Kodiang, no 4 ke Bukit Raya, no 5 ke Langgar dan bongsu ke Semanggol. Sebab mentua dok ngan kami, lepas solat raya baru kami balik Batu Pahat.

 Malam tu Emad test baju raya (TQ Marina). Akhirnya pagi2 raya Emad pakai maroon.

 Kat umah mak di Sungai Petani bersama Dalili, Angah n Kak Ngah (Ilyana)

 Anak2 nak sedondon hitam...tak nampak hitam la pulak

 Dengan anak2 K.not sebab kami saja yg ada. Lain2 di umah mentua masing2.

Anak sulung K.Not, Niyaz sedondon ngan Emad laaa

 Emad belajar2 main bunga api dalam takut

Monday, July 29, 2013

JJMK Ramdhan Labu Besar-Badang

Hari ni aku belajar peta Kedah dgn lebih mendalam... Labu Besar aku penah lalu.. Badang aku baru tau ada tempat nama tu... segala yg ulu2 tu semua aku mintak tolong pakcik Google tunjuk... Dah kenai sikit2... Terima kasih WK.
 Sebelum dan selepas..pi beli sorang2...bungkuih2 ngan anak..angkat masuk gheta gheja en.Somi pulak...lenguh belakang dua haghi..

 Pusat agihan..KHTC...Si kecik ni nyebok ja...

 Barangan bertambah bila lori UiTM sampai.. kali ni sumbangan melebihi dari 20hb..Alhamdulillah..rezeki mereka yg memerlukan

masukkan barang dalam gheta. Kali ni nombot keluarga kena lelong..ada belen org tak amik... Kami pun amik gak satu yg awal2 sebab nak balik awal.

Ni nombot kami....

Cam besa la..kami bela orang tak posa..nak wat camna...layannnnn

Kali ni laluan JJMK melalui kebun kelapa sawit.. 

Basah lokoih ngan peluh gak la berjalan masuk kampung ni..

Yang dukung budak lagi la penat... Emad jugak yg relax...

Center 1..memberi tumpuan pada???

Ucapan YDP..gaya mutu keunggulan

Rumah berdinding kayu dan buluh beratap rumbia yg menjadi tumpuan. Saliran air dari rumah kakak yang bersebelahan

Berdekatan, rumah warga emas ini.. ibubapa kepada tuan rumah tadi
Mendapat upah menjaga kambing orang.

Kering..mungkin bila hujan turun ini amat berguna sebagai tadahan utk kegunaan harian kerana rumah mereka tiada elektrik dan air.

Burung apa? Burung murai... burung apa? Burung murai... burung apa? burung muraiiiii
(ka bukan murai?)

Seperti besa la..gambag mesti ada.. bersama WK bersama WE.

Ke Center 2..Malau

Air longkang yg puncanya bukit sebab sejuk dan nyaman dan jernih.

Biar hujan menimpa..biar ribut melanda..demi mereka kami teruskan jua.

Tak basah ke akak..?daun betik je tu... meh dok bawah daun pisang kat saya ni..(tiada dlm gambag..hehehe)

Anak2 dalam kog ini gembira main buih belon yg diterima

Rumah yg belum siap sepenuhnya

Melalui sawah padi di sini rasa tenang saja..teringat masa kecik2 main lam bendang..

Sang biawak ucapkan selamat jalan....hehehe

Perjalanan kami berakhir di sini. Kena balik Lunas..lepas zohor mau antag itu anak balik asrama di A.Setag la pulak. Semoga perjalanan rakan2 lain dipermudahkan untuk laluan seterusnya.

Monday, July 22, 2013

JJMK Baling/Sik

Aku dah pesan kat Angah jgn balik umah minggu ni. Dok di asrama. Dia balik jugak tumpang kawan!!! Sudahnya pagi2 tanah tak terang lagi..kena antag dia pi SP umah makcik dia... Nak ikut JJMK punya pasai.... Alhamdulillah. Untuk kali kedua dapat jugak ikut.

Punya bersemangat..ghasanya kami keta ke4 kut sampai kat tempat pertemuan..ingtakan kami yg lambat..hehehe

 Hasil sumbangan RM kawan2 di opis..aku tukag jadi banrang2 makanan. Balik umah pack siap2 ngan Yah untuk mudahkan agihan esoknya.

 Di pusat agihan..masa ni tak ramai lagi..

 Punggah dari kereta ke longgokan agiha utk 30 keluarga.

 Alhamdulillah..rezeki utk keluarga2 ini sangat banyak..Semoga Allah juga memberi rezeki berganda utk pemyumbang2 dan semua yang terlibat dgn aktiviti ini.

 Hj Fendi dok tulis no keluarga. Tok ketua dok semak senarai penerima.

 Angkut masuk gheta balik..keta kami kosong tak sempat amik nombot.

 Ok..kita bergerak sekarang..jam 10.00am (jam kami ni cepat sikit) sudah di atas jalan.

 Aku rasa dah masuk Siong ni..macam siong Raja Bersiong ja tu...Nun keta di depan kami berderet2.

 Gheta2 di belakang berceretet..

 Ada sungai..ada sungai...

 Perjalanan tergendala sebentar di sini.. Ada rumah berdindingkan kelarai buluh...ada anak istimewa melambai2 dari sini memerhati konvoi...pohon rambai yg berbuah lebat menyambut kami

 Akhirnya dapat mencelah utk snap gambag kakak anak 8 yg kematian suami bulan Jan lepas..si bongsu 2 tahun yg sangat comel didukung ibunya..tak dapat menahan sebak aku berlalu saja dari situ.

 Center1 di Ulu Lenggong. Sila bawa barang2 sumbangan turun gon..jgn ada yg tergolek sudah..

 Ni Pakcik Wahab...Kalau nak bantuan dia utk berkhemah dan tolong masak nasi dalam buluh silakan.. memang pakar kata penyampai berita..

 Penerima2 semua NGO dan kerja kampung.. dgn kos hidup yg makin naik...bayangkan bagaimana mereka menyara keluarga... Di belakang umah ada 2 kolam ni..ada 2 lampu minyak tanah ditengah2 batas.. aku tertanya2 utk apa ya..?

 Dapur umah yg usang..mengharapkan tiang kayu jadi penompang.
Lau ayam utk menyumbangkan telur ayam kampung buat mengisi perut
Bilik air tidak berbumbung, bagaimana jika hujan turun?
Tandas di luar rumah... yg oren tu tukang jaga ke?

 Adik ini berpenyakit kulit bersisik..pernah keluar suratkhabar... Semoga dia tabah... pandai cakap adik ni walau dalam malu2..

 Selamat jalan..kita ke center 2 pula.

 Kakak OKU ni suami meninggal tahun lepas. Ambil upah goreng kopi (kalau ada kopinya) untuk menyara 4 anak (2 OKU). Kopi yg dia jual RM2 sebungkus habis dibeli geng JJMK.

 Ini Center 3. Penerima2 NGO juga.. anak kecil ni comel sgt..so amik je la gambag dia... Makcik Dah ni aku perhatikan cuba menahan air mata dari tumpah masa sumbangan disampaikan. 

 Rumah buluh yg Insyaallah bertukar rupa nanti..semoga menjadi realiti...

 Berhenti rehat dan solat di Masjid Nurul Huda. Bukan berhenti makan...

 Center 4... Emad rendam kaki saja..pun tak mau naik... dapat buah manggis (peberet aku)..hampir2 masuk mulut ibu..sib baik ada Emad utk cover line..hehehe

 Orang dok bagi sumbangan..depa dok terima sumbangan dari dusun.. sip honggag pokok manggis tuuu. Yg kat bawah tu dok tunggu buah dokong di punggai dari atas..

 Kayu api banyak..awat tak masak2 lagi Ustaz? Takkan dok saja...

Bab bergambag no one!

Lepas yg ini kami balik umah..keletihan. Monier n the geng menruskan perjalanan hingga berbuka... tentu mereka lebih letih dari kami.. tapi demi rasa tanggungjawab depa tolak semua tu ke tepi..Moga Allah merahmati kehidupan mereka ini yg bertugas tanpa mengharap balasan... hanya Allah yg dapat  membalasnya