Wednesday, March 19, 2014

Jom Pi makan

A057
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.(Al-Baqarah 2:57)

21 Zulhijjah 1434H = 26 Oktober 2013

Dah selesai musim haji, ada la masa nak ronda2 ngan Kayna. Dia dok ajak aku lama dah. Nak bawa jalan2. Inilah masanya.

Malam ni kami keluar makan di luar.. di luar means.. restoren mana ntah. Mula2 kawan aku si Kayna, suami dia Majeed, anak2nya Taufiq n Safa bawa kami ronda2 si Souq kat mana ntah.. kawasan shopping yg ada macam2.. kalau pakaian tu macam kat sini juga.. nak gaun ka.. maxi ka. skirt ka.. semua ada. Rugi pula tak amik gambar sebab asyik dok ziarah dari satu kedai ke satu kedai. Barang2 agak mahal.. baik beli kat area hotel ja.


Lepas maghrib, kami dibawa ke sini utk makan2. Ia keluar sikit dari kota Makkah. Restoren depa bukan macam restoren kita. Memang hairan gak mula2.


Eh.. mana tempat makannya? Nak order kat mana nih? ooo.. tu la tempat makan. Petak2 gitu.. utk family. utk wanita saja. lelaki saja. mana ada campur2 macam kita.


Sebab tak hujan maka tiada la bumbung. Kalau hujan/panas depa ada penutup.. macam khemah. So, di dalam ni la kami duk lepak2. Ada tv! tapi tak paham bahasa Arab la.. Si majeed je la layan TV.


Ini suasana di dalamnya. Ada kusyen utk duduk2. Mana ada meja makan... So, si Safa tu senang la ke sana sini mencari apa yg dia nak.


Majeed order ikan bakar, udang goreng tepung dan bla..bla.. Sejak mai sini.. ni baru jumpa udang... huhuhu.. boleh la makan sekor.. Feveret Taufiq.. takkan nak kacau.. kesian dia.

Roti cicah la dengan apa pun.. dgn ikan ka.. dgn sos dia yg masam tu ka.. Pandai2 la kalau nak makan.


Nasi, aku share ngan Kayna.. ala2 nasi beriyani gitu. Alhamdulillah.. sedap walau ikan bakar agak tawar.. hehehe. Orang dah belanja... rezeki.. Moga Kayna n Majeed dimurahkan rezeki lagi. Sampai kul 10mlm lebih baru depa hantag kami balik. Kekenyangan...





Friday, March 14, 2014

Hari-hari akhir di Makkah

A091
(Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), -(An-Naml 27:91)

Melalui minggu akhir berada di tanah Makkah terasa sayu pulak... lepas ni nak berangkat ke Madinah. bila pula akan menjejaki bumi haram ini lagi..


Lensa Rizam membidik suasana di Marwah dari tingkat 1... sentiasa saja ada orang lepak2 atas puncak Marwah yg agak rata itu.


Laluan Saie di tingkat tiga dan ground level. Dua kali saja kami ke ground level ni.. bukan utk bersaie tapi utk melihat sendiri kaki bukit Safa dan Marwah. Di sini juga kami ditemukan dgn dua jemaah kita yg mencari2 jalan keluar. Kesian makcik2 ni.. datang dgn kawan2 nak pulang terpisah.. tersesat ke sini. Mari kami tunjukkan jalan. Allahuakabar.. tak tahu pula seorang dari mereka tidak pernah naik escalator! Jatuh dia... ribut sekejap di escalator ke tingkat satu. Pegang tangan kami makcik.. Insyaallah.. makcik tak jatuh.. kami jaga. Alhamdulillah.. tiba di atas mereka sudan kenal jalan pulang.


K.Leha.. K.Leha.. sempat lagi minta mamat2 jaga pintu ni posing utk you... Hebat Hajjah ni.. hahaha.


Sebahagian suasana Makkah ketika ziarah. Panas macam kita sekarang tapi terasa nyaman.


Aku tertarik dgn mural di tembok tu. Warna2 ceria. Satu2nya mural yg aku nampak.


Hampir dgn penginapan adalah masjid Jin. Di masjid inilah diriwayatkan rasulullah telah mengIslamkan jin2 yg nak masuk Islam. Boleh jalan kaki ke sini.


Aku tau.. aku tau siapa jemaah ni yg sedang menikmati suasana malam di Makkah. Nikmatilah sepuas2nya kerana kita tak tahu bila akan ke sini lagi.


Agak lengang bila selesai Isyak. Kerja2 pembersihan dilakukan masa ni utk menanti waktu subuh pula.


Satu2nya tempat yg tidak pernah tidak padat.. Baitullah... Ya Allah.. sesungguhnya kami pasti akan merindui Baitullah ini.. jemputlah kami ke sini lagi...


Kedai2 makan dan jualan yg banyak.. boleh dikatakan semuanya peniaga dari India, Bangladesh dan sewaktu dengannya. Susah betul nak tawar harga di sini. Ada rezeki Insyallah dapat yg berpatutan.


Agak2nya bila aku nak datang sini semula.. apa ada di kawasan ini? 6 bulan sebelum kami tiba, di sini dipenuhi bangunan2 hotel dan penginapan murah.


K.Has dan K.Milah sempat lagi 'culik' budak comel ni.. geram sangat lah tu dgn kecomelan anak2 Arab ni...


Tong2 air zam-zam ada di mana2. Minumlah puas2 bila berada di sini.. tak perlu bayar semua percuma. Pulang ke tanah air kena bayar jika ingin menikmatinya.


Kawasan solat jenazah di laluan masuk Bab Ismail. Nampak tak ada satu jenazah bertutup kain biru? Saya diberitahu.. jenazah ditutup dgn kain berwarna tertentu mengikut negara/region mana mereka datang.. Wallahualam.. ada kain biru, hijau, coklat



Baru aku perasan bila tengok gambag ni.. memang betul la suami aku kurus! Balik Malaysia.. org dok tegur dia kurus.. ada tanya dia sakitkah? AKu tak perasan sgt sebab hari2 tengok... Gambar ni buktinya dia kurus.. kurus sebab berulang alik ke haram setiap hari.. Insyaallah


Dari luar Safa tower sebelah kiri...Laluan jemaah2 yang akan masuk pintu King Aziz.


Ini laluannya.. ia lebih redup dan nyaman kerana dilindungi oleh bangunan2 di kiri kanan. Berbanding kami yg melalui kawasan parking bas yang panas dan berdebu.


Anak2 ini mengganggu ibunya utk solat di Safa. Bila ibunya solat aku menghampiri dengan lebihan fries yg ada di dalam beg.. Masyaallah.. dua anak lelakinya kelaparan rupanya. Dimakan dgn begitu cepat sekali fries hingga habis. Dua kakaknya pula malu2 utk makan. ALhamdulillah. sekurang2nya ibu mereka boleh solat dgn tenang. AKu? Tak solat? Ha eleh.. paham2 je la.. kan ini Safa.. tempat lepak aku bila tak solat...


Merpati.. dilarang membunuh haiwan buruan di tanah haram samada berihram atau tidak.


Babussalam yang dicari. Tak jumpa2 sehinggalah minggu2 akhir di sini. Rupanya ia di ground floor. Tulisannya pun sukar di lihat jika tidak diperhatikan betul2. Dan baru dibuka selepas construction di kawasan berhampiran. kenapa cari? Sebab sunat masuk Masjidilharam melalui pintu ini, dan ada doa utk dibaca bila melaluinya. Doa itu ada ditulis pada pintu... Satu lagi pintu yg ada doa utk dibaca ketika melaluinya ialah Bab Syaibah. Jika nak tahu sejarah silalah google ya...

Thursday, March 13, 2014

Safa

A158
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:158)

Hari2 terakhir di Makkah sebelum bertolak ke Madinah, Safa tingkat satu menjadi tempat lepak aku.. sorang2 tanpa teman sebab teman/suami aku ke masjid. Aku di Safa berdo, berzikir, baca terjemahan Quran dan selebihnya usha/perhati jemaah2 lain. Cuma di sini agak sejuk sebab aircorn.


Nun di laluan saie, ketika waktu solat. Di depan ada saf. Di belakang ada saf. Saf di mana-mana. Tidak bersambung. Hanya Allah maha mengetahui. Sayangnya mereka tidak masuk ke masjid yg hanya beberapa meter.. Allahuakbar. Dah berapa kali aku sebut tentang Safa- Marwah yg bukan termasuk sebagai masjid.


Di sini juga ada saf2 pendek yg bermimamkan imam Masjidilharan. Ada yg duduk bersebelahan suami isteri. Allah maha mengetahui. Mungkin ini kelebihan solat di Makkah. Wallahualam.


Ini lantai dekat Safa. Lihat sususan marmarnya. Setiap petak memang dah muat utk seorang jemaah dan memang mengadap Kaabah. Tapi masih ada jemaah yg arah kiblatnya terpesong sedikit. Silap percaturan atau tak sedar? Allahuakbar.. Safa-Marwah.. Ya Allah.. jika ada sedikit kebaikan yg aku kerjakan ketika berada di sini.. Kau kurniakanlah aku pahalaMu... Ya Allah.. sesungguhnya Safa dan Marwah ada salah satu tempat mustajab utk berdoa. Kau perkenankanlah doa2 ku Ya Allah. Sesungguhnya aku hambaMu yg lemah... ampunkan dosa2 ku.. dosa2 suami serta anak2ku. dosa kedua ibubapaku serta keluarga mentuaku. Dosa2 saudara Islamku...


D'Saji.. restoren Malaysia yg terletak dalam Safa Tower. Menjadi tumpuan jemaah kita yg rindukan masakan Malaysia. Rasa2nya aku ke sini dalam 3 kali saja kut sepanjang sebulan lebih di Makkah. Hmmm... bukan tak suka.. tapi nak ke sini jauh kalau dari hotel.. lagipun pihak TH dah sediakan makanan.. kenapa nak membazir? Tak gitu?


Makanan di sini Insyaallah boleh melepaskan rindu pada Malaysian food. Aku makan sekali je kut. lagi dua kali tu beli kat restoren2 sekitarnya. Makanan, Alhamdulillah, bukan masalah bagi aku. Terima kasih Allah.


Pizza di sini boleh tahan sedapnya. Sekali saja beli utk test rasa. Memang sedap.


Ini... hmmm.. kat mana ni K.Has? Tak dapat nak ingat balik la.. Ni foto K.Has... Kedai kat hotel kita ka? Sungguh aku tak tahu.. 


Monday, March 10, 2014

Sekadar coretan

A067
Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh) ? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah, dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah? (Al-'Ankabuut 29:67)



Sesekali cuba berada di atas bumbung Masjid. Di sini jemaah kurang padat. Solat juga selesa tanpa mengiraukan panas matahari terik.. ia cuma sementara. Tawaf juga selesa tanpa menghiraukan jarak pusingan yang lebih jauh berbanding dataran. Cuma di sini bila tawaf.. jagalah bahu kita agar masih lagi mengadap Kaabah.

 

 Deretan kren yang bekerja siang malam selagi pembesaran masjid tidak siap sepenuhnya.


Usai solat, dataran di pintu 1, King Aziz, agak lengang tapi tunggu sejam dua lagi sebelum azan berkumandang. Pasti penuh dgn jemaah. Solatlah di dalam masjid.. sekurang2nya kita dapat beriktikaf sebelum masuk waktu. Dataran ini bukan kawasan masjid.


Ada ketika jika rezeki kita, akan ada ruang2 kosong utk menghampiri Kaabah dan Hijir Ismail.


Jemaah tetap ramai. Ketika ini masing2 melakukan umrah atau tawaf sunat.


Perbanyakkan tawaf sunat bila berkesempatan. Ianya mudah kerana tidak perlu berihram.


Safa.. dihujung level satu biasanya begini lah keadaannya. Sejuk.. Tempat aku lepak ketika uzur dan mencari ruang pahala di sini. Sekali, mengasuh bayi India (4 bln rasanya) tanda diminta. Ketika itu ibunya bersolat. Kasihan.. menangis kelaparan atau mengantuk barangkali. Aku dukung ke sana sini pun masih menangis. Lantas, aku bagi cawan plastik yg ada.. senyap dia main cawan tu.


Ketika lengang beginilah, pekerja mengambil peluang memcuci lantai masjid. Allahuakbar.. betapa beruntungnya cleaner2 di sini. Kata seorang cleaner, "gajinya tidak lumayan bu. Cuma SR700. rumah tinggal disediakan. transport kerja disediakan. Tapi Alhamdulillah.. saya dapat kerjakan haji dan umrah percuma."


Friday, March 7, 2014

Dinihari

A032
Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: "Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Al-Anfaal 8:32)


Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. Aku terpegun dgn foto2 hasil bidikan Rizam (suami Min). Foto2 ini diambil dari bumbung hotel penginapan.

 2.32am

 2.34am

 2.36am

 2.37am

 2.40am

 2.56am

 2.57am

Bercahaya.. tidak pernah sunyi dari kunjungan manusia... Subhanallah