Thursday, January 27, 2011
Bila telefon berbunyi
Wednesday, January 26, 2011
Cuci
Monday, January 24, 2011
I love you too!
"Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu! Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan."

Tuesday, January 18, 2011
My Angel
Agak2nya siapa angel anak2 kita? Adakah mereka juga berangan2 mencari angel mereka sendiri? Sudah jumpakah atau belum? Cuba tanya anak2 kita..
Dan bagi Atiq Wazif, angelnya ada di mana2. Buku ini aku baca 3-4 thn lepas. Kisah yg amat menyentuh perasaan.
"Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “Jangan Mengharap”. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.
Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…"
Wednesday, January 12, 2011
Sahabat
Sejak kakak dok asrama, dia boleh ja bangaun jam 4 atau 5 am utk basuh baju dan mandi siap2 ke sekolah. Ini untungnya bagi dok asrama. Anak2 tahu nak berdikari. Lagi satu...aku rasa aman sikit kat rumah. Angah tak leh kacau kakak dah. Kalau tak ada ja jeritan..."Ibu tengok angah ni." "Ibu, angah buat kakak." "sakit la" "takkk kakak yg mula dulu." dan macam2 lagi. Angah akan masuk bilik kakak, pegang barang kakak, cuit sana cuit sini. Segala macam hal la dia buat. La ni bilik tu Angah wat bilik study. Tido kat bilik satu lagi ngan Yah. So malam2 tak de la gaduh2 lagi. Lagipun Angah banyak homework sejak naik kelas pertama....lega. aku bole nonton tv dgn amannya. hahahahaMonday, January 10, 2011
Agak-agaknya
Agak-agaknya lah kenapa Yah buat santapan dia macam ni? Dipulau-pulaukan nasi sejemput, cubitan ayam goreng dan sedikit serondeng daging. Macam 7 pulau jadinya = 7 suapan. Bila ditanya, Yah jawab "senang Yah nak makan".
Agak-agaknya kalau aku pakai 3 inci ni apa akan jadi? Aku jamin selepas dua tiga langkah aku terpelecok. Sedangkan 1 inci pun asyik nak terpelecok. Kesan pelecok 14 tahun dulu masih ada lagi. Itupun baru 2 inci atau kurang. Bengkaknya susah nak surut. Cukuplah sekali.
Agak-agaknya apa tak kena dgn ikan ni? Ikan kaloi kut. Ikan ni kat Klinik Ikhsan Bandar Perda (bagi org yg biasa ke klinik ni tahulah). Dulu ikan ni cergas berenang. Sekarang aku tengok renangnya sekadar di dasar aakuarium saja. Sudah tak naik ke atas. Kenapa agaknya? Aku rasa badan dia makin berat kut. Kata suami..dia jemu la tu..berenang pun pi balik duk lam akuarium besar tu juga..tak kemana-mana. Maka di dasar le dia berada.Agak-agaknya kita nanti macamana ya? Rumah besar, kereta 2,3 biji, anak 2,3 orang... macamana bekalan kita ke dunia 'sana? Agak-agaknya....
Monday, January 3, 2011
Mainan
Tahu tak apa ni? Penah main tak? Kalau dulu2 main guna lidi ja. Kita genggam pastu lepas. Nanti kutip satu2 tanpa menyentuh yg lain. La ni dah awarna warni dan pastinya tiap2 warna ada markahnya sendiri. Duk tengok anak2 main, tak sempat nak join lagi.
Ini? Pandangan depan sarung handphone buatan sendiri. Patchwork dan tampal. Memang renyah sebab kecil2 kainnya tapi yg ni la aku suka. Pandangan belakangnya gambar di bawah? Ada yang nak order? Hmmm..boleh diuruskan tapi ntah bila.
Buat ni pun sehari satu. Mesti siap sebelum kakak register asrama. Satu aku punya dan yg segitiga + sulan tu kakak punya.Tahun baru
Peraturannya banyak. Baju mesti kain cotton, kurung pesak labuh lebih lutut 3 inci, tangan baju bercekak butang tekan, poket sebelah kanan. Mana sempat aku nak survey kedai yg ada jual. Ini gara2 maklumat tak tepat kerani sekolahnya (boleh tengok entri sebelum ni). Kain biru laut material kashibo tebal, susun kiri 4 lapis/susun. Tudung putih material juga kashibo labuh dan melebihi siku. Inilah kakak semasa hari mendaftar. Lepas daftar on 1/1/2011,kami ke rumah mak lang 1 km dari asrama kakak.
Logo Maktab Mahmud. Pun aku suruh tukang jahit baju jahitkan (walau aku bole buat sendiri). Aku dah malas nak pikiag semua ni. Penat ke sana sini. "Idah, akak malas dah nak jahit. Tolong jahitkan ini sekali."
Ini contoh baju prep sekolah kakak. Beli kain dan tempah sendiri. Minggu ni mugkin siap. Mesti buat macam ni tapi boleh belah tepi atau tidak. Kain boleh susun atau tidak terpulang. Ok la sikit.

Yah di rumah tok lang. Hmmm..nampaknya dua tahun lagi tinggal Yah sorang la. Angah pun ibu nak antag duk asrama. Biar tahu berdikari. Kesian Yah tinggal sorang.
Semalam kami pegi kat kakak lagi. Kali ni bawa bantal peluk kakak, rak buku dan beg sekolah baru beli sehari sebelum. Dan macam2 lagi la. Pasang padlock kat loker, bagi itu ini. Dan aku minta suami keluar belikan cermin nako 4 keping utk ganti yg tiada (sedekah kat asrama..apa salahnya). Nak tunggu depa buat kompem lambat. Kakak aku tengok relax ja. Bukan dia nak duk sembang ngan kami, dia duk pi mai pi mai ngan Aufa. Seronok kut kawan baru. Aku tengok kat ampai dah ada baju kakak. Hah..reti pun basuh baju. Nak idup di asrama kena la blajag semua tu. Aku dulu pun camtu gak.
Hujung minggu ni nak kena pi lagi. Bawa tudung labuh kakak yg baru ditempah. Hari tu aku tak ingat langsung. Ingat pakaian sekolah ja. Minggu depan depa boleh balik kg Hari keputeraan Sultan Kedah. jadual sethn balik kg dah ada dlm senarai. Mudah. 2 minggu sekali boleh balik. Aku kat rumah duk teringat..kakak ni makan apa la ye. Lalu ka dia (dia memilih makanan, tak macam Angah..apa ada aku makan). Lama2 nanti biasa la tu..semoga Allah mempermudahkan urusan kakak. Amin.
