Tuesday, March 13, 2012

Balik ke tempat asal

Cuti sekolah, mak abah dah tentu penuh dgn jemputan kenduri. Salah satunya di tempat aku dilahirkan, kg abah di Bukit Besar. Menyusuri lorong2 kecil yg makin banyak rumah dibina rapat2. Aku sudah lupa pada banyak cerita lama. Pada wajah2 yg tidak aku ingat/kenal. Tapi hairan..yg tua2 masih ingat dan akan tanya, "anak Dag (razak) ka ni?". Wahal aku tinggalkan daerah ini masa seusia 4 atau 5 thn.


Dari depan rumah mak lang Hajar (maklang Jag). Di sinilah tempat aku selalu main. Nampak tangga batu palang besi di kiri? Atas tangga tu aku selalu lepak, rumah Tokwan U. Rumah paling besar dlm perkampungan ni pada masa tu. Sekarang rumah itu kosong. Anak2nya masing2 sudah berumah sendiri. Tiada yg mahu menghuni di sini.

Antara rumah maklang Jag (kiri) dan Tokwan U (kanan) di belakangnya bukit yang besar. Mungkin itu asal nama kg ini. Dulu aku tak berani ke situ. Bukit dipenuhi hutan. Tidak tahu apa yg menghuni di atas/dalamnya. langit itu tidak kelihatan dulu.


Dari atas bukit yg berbaki 4-5 meter tinggi. Hari ini aku memanjat bukit yg ditakuti dulu. Atasnya sudah ditarah dan dijadikan perumahan. Itulah rumah maklang jag dari belakang.


Jalan ke atas. Nampak Angah dan Yah sudah di sana? Aku baru bermula.


Hanya dataran rata.


Ada kilang di sana. Ada rumah orang juga.


Bumbung rumah maklang dan bangunan sekolah An-Nahdzoh.


Bukit yg aku takuti sudah digondol utk dihuni. Ada penempatan rumah sendiri dan ada juga penempatan pondok utk org2 tua. Ia bukan bukit yg besar lagi. Sudah menjadi tanah yg tingginya boleh didaki. Kenangan aku di kampung ini kurang sekali kerana aku lahir dan dibesarkan sehingga berumur 4/5 thn saja. Kemudian kami berpindah ke Sg.Petani.


Adakah aku akan merindui perkampungan ini lagi? Sedara-mara sendiri aku kurang kenali. Bagaimana bila abah dan mak tiada nanti? Akan ke sini kah aku nanti membawa anak2 menyusuri lorong2 hidup aku sewaktu kecil? Mengenali saudara-mara yang tidak diingati? Allahuakbar! Aku sendiri tak pasti.

No comments:

Post a Comment