Cikgu Zulkifli Bin Kassim...lebih dikenali dgn Cikgu Zul..dulu kini dan selamanya. Semalam menerima berita pemergian beliau dari seorang sahabat. Ini petikan dari laman web beliau http://www.cikguzul.com/
Sesungguhnya jasa belaiu memang tak dapat dilupakan. Pertama kali mengikuti kelas belaiu semasa Tingkatan 1. Kelas Lateral Thinking. Berdasarkan karya Edward De Bono. Aku suka kelas tu. Kelas yg santai..penuh dengan ketawa. Cikgu Zul yg ceria dan kreatif.
Paling aku ingat, sekali tu kami kena fikirkan apakah kegunaan penutup/tudung pen. Pen dulu kan banyak guna penutup? Maka macam2lah jawapan yang keluar...buat korek telinga, cikgu! Korek hidung, Cikgu! Letak belakang pensel kontot, Cikgu! Macam2 lagilah.
Satu lagi insiden yg paling aku ingat..dalam kelas aku ada budak ni mana Nazri...lekat nama Nazri Trade-In selepas kes dlm kelas perdagangan. Asalnya bagaimana aku tak ingat. Cikgu Zul suruh dia keluar kelas dan cium sebatang pokok yg berada dlm 3m dari kelas...Sebabnya? Aku dah lupaaaaa.... tapi aku tak lupa Cikgu Zul.
Cikgu Zul juga ajar kita membayangkan sesuatu...pernah dia suruh kami bayangkan buah limau..yg airnya meleleh dan segar (bulan posa rasanya)...warna orennya begitu ummmm...kebetulan bibir aku kering..maka aku pun menjilat bibir..sudah..akhirnya..Hah.."Noor Aina dah jilat bibir teringat buah limau... " memang tak lupa insiden ni...
Kawan2 aku tentu ingat semasa program dlm dewan besar sekolah. Ckgu Zul jadi moderator.."pejamkan mata anda..bayangkan kedua2 tangan anda memegang sebiji belon yang kecil. Lama kelamaan belon itu membesar..membesar dan terus membesar...akhirnya anda dibawa terbang oleh belon tersebut..jauh dan jauh..hingga anda tiba satu tempat..anda nampak di bawah ibu anda sedang membanting tulang.. etc..etc.." Aku ingat lagi..sahabat2 aku ramai yg menangis..AKU? hahaha..aku buka mata tengok kiri kanan..samar2 nampak tgn kawan2 yg mendepa memegang belon yg dibayangkan terlalu besar...tgn aku? tak besar2 sebab belon dok kechik seperti asal...tak dpt bayangkan sebab nanti aku sedih..baik aku jelng kawan2...
Setelah tamat MRSM aku tak jumpa Cikgu Zul tapi aku ingat dia... bila terjumpa cikguzul.com aku terus email dan dapat reply. Sejak itulah..4-5 thn lepas..Cikgu Zul adalah orang pertama mengucapkan Selamat ulangtahun pada aku setiap 1 April! Suami aku jadi org kedua sejak itu hinggalah April 2012... Dan Cikgu Zul jugalah satu2nya insan yg akan sms nama aku dengan koam yg betul- 'Aina. Bila berjumpa sebutannya ainnya juga betul..kerana dia pernah menyebut..Aina 'Aina bermaksud di mana 'Aina!
Sekarang semua itu jadi kenangan..kenangan abadi buat seorang guru yg disayangai murid2nya. Semoga Cikgu Zul dilimpahi rahmat dan ditempatkan bersama2 org beriman dan soleh..Amin.
Salam sejahtera Mamaaina,
ReplyDeleteJasa guru sungguh besar, beruntung jadi guru.
Al FatihaH buat cikgu Zul.
Moga beliau tergolong dlm org2 yg soleh. Amin.
Sebenarnyakan mama ada ke sana sini(dlm blog ni) tapi mama tak jumpa ganbar mamaaina...hehe tetiba nampak pak nginap srengenge...mama dah jumpa dia kat majlis Cik Li Mekah dua th dulu.
ReplyDeletehehe