Friday, September 21, 2012

Brunei Darussalam

Jika lepas UPSR kakak 2010 kami ke Langkawi, tahun ini kami ke Brunei. Ujian aptitude UPSR Angah tamat jam 4pm. Aku di AS ambil kakak, singgah SP ambil mak abah n balik Lunas pack barang2 n ambil suami, MIL n Angah. Jam 6 bertolak. Tiba Kajang 11.30pm antar MIL rumah saudara. (Kenapa dia tak ikut? MIL tak sihat..sentiasa sakit perut. Kasihannn). Jam 1 tiba Puncak Perdana. 5 am dah ke epot.

Ini yg buat aku gabra gila..kapal 6.45am. kami dah lewatttttttttt. Sampai je bag dah tak leh cek in sebab kargo dah tutup. terus ke pintu berlepas. Mak dgn tongkatnya...kalut juga. Subuh atas kapal!! Yah dah kebingungan nak solat camna? Ini lah masa utk mereka belajar. Org sebelah tanya..tadi tak sempat solat ka? Ya la...kami dah terlewat...

Tiba di Brunei 9.05am. Epotnya kecil dan lengang sprt di Myammar. Manusia tidak seramai kita. Populasi Brunei katanya 300K sahaja. Rasanya org KL lagi ramai. Suasana tenang. Tidak hiruk pikuk. Lihatlah kami yg santai n relax saja masa keluar kapal.

Di luar, 4 kereta menanti kami ber7. Banyak tu..macam rombongan lak.. hahaha.. silap aku kut.. communication break down sebab fb tak leh access dan phone juga tersekat2. Pandai2 la cover line.

Lepas rehat 30min rumah makteh dan pakteh (kawan baik abah n mak masa belajag pondok di malaysia dulu), Kami keluag anak beranak ikut K.nor..rakan baru di sana. Mak abah tak ikut.  Destinasi pertama ke yayasan. Di situ kelihatan Masjid Sultan Omar Ali yg kubahnya dari solid gold 24 karat! Kami tak ke sana..masa suntuk..  We were in 1 1/2-day marathon! Suami sempat solat Jumaat di sana.

Kami lunch di yayasan. Sedap juga... roti cheese utk kakak (macam roti canai). nasi ayam goreng utk Yah. Nasi ayam tandoori utk aku. Nasinya serupa ja..ayam je lain. Ini teh ais cream... sedap sebab ice cream saja 1/2 glass. Balik nanti kita buat.

Hahaha... ini sign utk tandas di bangunan yayasan. Faham2lah ya..jgn salah masuk. Lepas makan tunggu bot la pulak. Eddy (baju merah, pakcik to Arifah seluar hitam. baju kurung tu K.Nor) sedang bargain utk best deal harga bot. Kami nak menyusuri laut melihat perkampungan air.

Angah..sempat posing dgn Porche nya! Perkampungan air yg baru..rumah2 2 tigkat dan setingkat dibina. Kami lihat interiornya memang cantik. Siap dgn kabinet dapur dan kipas angin. K.nor n Arifah mahu beli katanya...Silakan..aku juga berkenan.

 
Rumah air bertiang kayu, sekolah, balai polis, masjid. Semuanya lengkap...banyak sekolah utk kampung2 yg berbeza. Seronok bila dilihat tapi utk kita yg tak biasa tidak mungkin mahu tinggal di sini.

 
Seterusnya ke Royal Regalia ( muzium utk peralatan diraja) Sempat beli souvenir. Tapi ralat sebab harga mahal dr penjual sebelah. malah di epot lebih murah! Jam 5 dah tutup kami ke masjid Jame' Hasanal Bolkiah. Cantikkkkkkkkkkk. Cantik sangat2. Memang gila bergambar di sini.

 
 On the way balik Jerudong, singgah bergambar di istana. Luassss....sayupppp lihatlah guardnya...shif habis mlm nanti katanya.

Makan malam kami dibawa ke Restoren Aminah Arif utk menikmati ambuyat. Dibuat dari tepung sagu. Bole la..cuma kurang selera dgn sambalnya.. kalau kena sambal tumis mungkin sedap lagi. Lepas makan terus ke JP=Jerudong Park. Aku panggil Jurassic park. Sayang tidak diselenggara. Suasana cantik, nyaman dan tenang ketika hujan rintik2. Jika ianya beroperasi pasti 'hidup'. Balik rumah, mak abah juga sudah berjalan2 dibawa makteh dan pakteh. Jalan2 org tua..tidaklah semarathon kami. Rupa2nya sepupu abah juga ada di sini. Utk kali pertama mereka berjumpa.

Next day hanya Eddy membawa kami. K.nor dan Arifah kerja. Di sini cutinya hari Jumaat dan Ahad. jadi sukar utk mereka bawa kami berjalan2. Lihat papan tanda tu? Aku ingat salah eja..rupanya AWDA utk Awang dan Dayang. Lepas ini AWDA jgn lupa pasangkan tali keledar AWDA ya!

Cantik mural kg air dari batu2 marmar. lepas di sini kami terus lunch. Nasi ayam penyek $2.50. Roti john $1. Org Brunei memang suka makan. Harganya pun murah (jgn cuba convert ke RM jika berada di luar negara..tak makan kita nanti). Nasi, ayam 2 ketul dan sayur juga $1.

Jam 1.30 sudah di epot. Itu saja masa yg ada utk kami di sana. Makteh pakteh, k.Nor dan juga Arifah mahu membawa kami ke Miri, Limbang, K.Belait, Temburung malah KKinabalu juga! Orang Brunei memang baik2. Jika ada kesempatan dan tiket murah kami mahu ke sini lagi. Insyaallah...jika ke sini lagi Emad boleh lah ikut. Kesian kena tinggal..bawa pun kesian juga nak bermarathon!

1 comment:

  1. Gambaq kecik... tak puas tengok. Tapi rumah atas air tu menarik lah... berapa harga rumah tu? (hahaha, tanya macam nak beli).

    ReplyDelete