Wednesday, June 22, 2011

Yangon, Myammar

Balik dari Jakarta hari Selasa. Hari Sabtu kami berdua terbang lagi. Dari Penang at 2pm ke KL. Then terus check in for Yangon flight at 5.05pm = 3.35pm waktu Yangon. Sekali lagi kami tiba magrib sebab cuma ada one flight saja. Dah kena masa ke Jakarta, this time kami order dua bekal atas AirAsia utk buat bekal dinner di hotel nanti. Jadi, tak perlu nak cari kedai makan halal malam2 nanti.

Yangon dari cermin AK850 yg dipenuhi warga Myammar. Foreigners like us hanya beberapa kerat saja. Hanya sawah padi yang luas. Rumah2 letaknya berjauhan. Rasanya bukan musim padi sebab tak nampak hijauuuuu.

Yangon International Airport. Kecil saja. Maybe macam epot kat negeri2 di Mesia kut. Di dlmnya lengang dan tak sibuk. Sat saja selesai check in. Hanya ada satu kaunter foreign bank of Myammar tapi tak bole tukar duit di situ. Tiada gerai2 jualan. Hanya kaunter imegresen.


Bilik hotel yg agak selesa kecuali tidak disediakan teh atau kopi. Tiada boiling kettle (kena minta dr room service). Katilnya mudah bergerak silap2 leh jatuh tergolek. Hero aku tengah posing masa baru sampai. So mlm tu kami makan bekal nasi yg beli on flight tadi.

Inilah Thamada Hotel n kafenya (pork saja2..minum teh n oren je la). Kat bilik tadi dah makan maggi, buah n maruku yg dibawa. Masa check in semlm we met 3 men (veteran) dr Selangor. Depa baru lepas bercuti di Jkta, Jogja etc one week. Now in Myammar for one week. Tapi rasanya depa ni Siamese kut bila tengok nama so tak risau on food like us. Oh ya. Depa kena pay USD44 utk another room. Aku dah book tru Agoda.com for one room 2 nights utk USD54 (about rm164). Lebih untung.

Kehidupan org sini ringkas dan mudah. Lihatlah pakaian mereka. Beginilah mereka bekerja. Bagi lelaki, kain pelekat (ikat cam org pompuan kita), kemeja/t-shirt n sandal. Di mana2 begitu. Wanitanya pula kain batik/sarung dan blouse/t-shirt. Simple. Mekap? Susah nak jumpa wanita2 yg bermekap dgn pakaian ranggi or up to date.

Yang ada ramai bermekap begini. Bahan dari sejenis pokok utk diletakkan dimuka dan dahi (wanita dan kanak2 L/P). Utk kecantikan kata drebar kami Mr.Than Htay. Oh ya. Ni di kedai kamera nak beli cleaner camcoder. 6000Kyat (bunyi macam chiat). Tak terima USD. So drebar guna duit dia dulu. Nanti ganti.

Sedang tukar USD ke Kyat. Hanya ulat2 duit yg drebar kenal. Katanya kalau di tpt tertentu kita bole ditipu. Pastikan USD berkeadaan baik. Rosak sikit pun akan direject (tapi Kyat yg koyak rabak masih diterima). USD kurang laku kerana nilai sudah jatuh. 750Kyat=1USD. So lebih kurang RM1=250Kyat.

Seterusnya dia bawa kami ke Sg Yangon. Org ramai dari dan ke seberang naik bot/kapal. Di depan jeti tempat kargo2.

Menjual sirih di tepi jeti. Warga Myammar suka makan sireh termasuk drebar kami. Kalau jln sambil tunduk boleh nampak atas koridor jln dipenuhi bekas ludahan sireh depa. Merah bertompok2.

Lokasi seterusnya National Museum . Hanya gambar ini yg boleh. Tak dibenarkan bawa masuk kamera, hp dan camcoder. USD5/person utk tiket. Kalau guna khidmat staf dia sbg pemandu di dlm utk explain macam2 6000Kyat (x mau USD). Kami guna khidmat ni sebab boleh tahu cerita dan sejarah depa. Dia pun good in English n buat kajian banyak tentang sejarah Myammar. Menarik tapi aku penat sebab dok bawa baby 5 bln.

Then yg wajib cari masjid. Jumpa budak kat kedai gems tepi masjid. Tanya dia waktu2 solat. Masjid tak buka lagi. Perhatikan frame2 gambar tu. Semuanya dibuat dari batu permata. Myammar terkenal dgn Land of Gems. Murah atau mahal aku tak tahu sebab aku tak minat. Lapar tak? Belum lagi..so kita ke tempat lain pulak.

Di Karaweik lake . Klik link utk lebih info. Nak masuk kena bayar. Bawa kamera n camcoder kena bayar. Tentu dalam Kyat. Tapi kami tak masuk dlm hall n restoren dia. Tak larat dah aku. Sat gi nak shopping kena simpan tenaga.

Kami di bawa ke sini utk shopping. Tourist attraction. Memang ya pun..ramai sgt dan jumpa Chinese family dr Malaysia yg dah one week di sana. Aku nak cari key-chain (anak2 suka collect) dan fridge magnet (koleksi aku). Kain ela juga ada tapi satu ela RM15. Beli juga utk baju raya anak2 n utk mak. Taraf hidup rakyatnya rendah tapi kos hidup mak aik...tinggi. Kalau convert duit kita barang dia memang mahal2.

Masjid yg femes katanya. Dah buka utk solat zohor. Jam menunjukkan waktu utk solat bukan waktu masuk solat. Waktu masuk solat lebih awal dari jam tersebut.

Dekat dgn masjid ni ada kedai makan Halal Shin Thant. Ownernya pandai cakap Melayu sebab penah keja di sini utk beberapa tahun. Family dia pun ramai tinggal dan kahwin org sini. Kedainya sgt bersih. Tandas pun bersih. Tu si drebar tgh bercerita. Oooppp Kyat tak cukup. Bagi drebar USD50 utk dia pi tukar. Kami tunggu di kedai.
Kami order sayur campur, udang sweet sour dan siakap. Drebar minta mee goreng. Semuanya abour RM51 kut. Lebih kurang macam sini gak. Ikan ni tak abis, jadi kami tapau bersama nasi kosong utk makan malam di hotel nanti. Selamat satu bab. Oh ya..minuman air kosong..dia tak jual jus or teh tarik etc.

Last place to go. Dah letih. Shedagon Temple. Ada empat pintu masuk. Kami went tru south door. Luas gila. Sekali lagi khidmat pemandu pelancong di dlm 5000Kyat. No USD. Itu emas tulen tu. Setiap 4 thn ia ditukar. Gila kaya tapi tak dak pulak org nak kikis emas tu. Boleh baca lanjut di link. Myammar memang banyak pagoda. Tak kuasa aku nak tengok semua tu. Balik dari sini hujan macam masa ke Jakarta juga. Musim monsun kut.

Aku dah letih sgt. Jom balik hotel la (baru jam 3.30pm). Boleh rehat. Esok flight ke Bangkok kul 8.35am. Jam 6 am dah kena keluar.


Panduan:

1. Khidmat teksi dr epot ke hotel kami USD10. Ambil resit di terminal.

2. Utk ronda2 9am-5pm USD60 cajnya.

3.Bawa USD cash n tukar di sini. No bank to withdraw. No ATM there. Semua cash termasuk hotel (unless book online yg lebih mudah n murah).

4. Pastikan USD berkeadaan elok sprt baru amik dr bank. Masa nak tukar depa belek habis-habisan. Kaler berubah pun depa reject.

5. Kredit card tak laku sini.

6.Kereta/teksi dah berusia 20th lebih. Mereka dikawal kerajaan. So kereta susah masuk (kalau ada pun bisenes people). Harga Toyota Crown yg 20th pun dah USD22000. Gila mahal ooo.

7.Keselamatan Insyallah terjamin. Tinggal barang lam kereta tak sapa peduli. Tapi jgn la buat.

8.Kalau nak ke other places like Mandalay dan Bagan kena amik flight dari Yangon le jawabnya. Jauh sgt..kalau by cars dlm 12jam lebih. (ini mau seminggu di Myammar macam 3 veteran tadi)

9. Nak halal food cari masjid, pasti ada halal restoren berdekatan.

10. Aku buat roaming tapi hampeh. Tiada signal. So carilah cyber cafe yg bole buat international call. Itu pun call guna line internet...line tak clear. Ianya sangat murah.

11. Bawa bekal sebagai spare bila terdesak.

12. Lupa lak. Visa RM80 di embassy kat Ampang. Epot tax USD10/person.

Khidmat Mr.Than Thay (kebetulan kami naik teksi dia)
Oversea call:00959-5128003
thanhtaycarservices@gmail.com

3 comments:

  1. habis lum ronda asia tenggara? Mane lagi lepas ni ?

    ReplyDelete
  2. Siem Reap or Pnom Penh n Viantean in one route. Then Brunei n Filipina ke..tak tahu la bila sebab baby dah makin besar

    ReplyDelete
  3. Shin Thant Restaurant is the best...

    ReplyDelete