Cuti sekolah Jun 2011 lepas aku bawa anak2 n parents ke Jakarta. Tiket dah dibook sejak Ogos2010 lagi. So, nak tak nak aku kena pi juga walau baby dah masuk 20 weeks (kena isi form b4 boarding). Sebab semua arrange sendiri (tak guna pakej) so bajet boleh dijimatkan. Kami nginap di Ibis Acardia Jakarta book online (better n cheaper). As usual..sampai Sabtu dah mlm..balik hari Selasa lepas subuh..(time tu je tiket murah utk 7 org).
Yah with Tok n Tokwan masa check pasport. Semua dia nak wat sendiri. Seronok 1st time ada pasport.
Kami jln2 ngan keta Innova ni with asep as driver. Yg tak best cermin dia gelap..nak tgk luar tak puas. I wonder la..kereta kat sini semua baru2. Tak nampak yg lama or buruk cam Mesia. Si asep kata hayat keta di sini boleh guna sampai ia betul2 tak leh guna. Tapi tak nampak lak yg buruk..paling banyak Innova ni le..then jazz. Teksi banyak guna vios. Aku ternampak satu teksi WAJA..satu je la..
Breakfast next morning di kedai ni. macam biasa tapi bersih di dlm. Makan nasi n telur goreng je. Yah kata semua diet hari ni.
Destinasi pertama ke masjid terbesar di Asia Tenggara (tak sure). Memang besarrrrrr...5 tingkat. Aku naik ke tkg 1 je. Luas sangat.
Gambar di tingkat 1 Masjid Istiqlal. Lepas tengok2 (tak solat pun..heheh) kami ke Tanah Abang. Aku ingatkan T.Abg kwsnnya atas tanah yg lapang..rupa2nya shopping kompleks yg bernama Tanah Abang. Semua banrang aku nampak serupa je..harga ok la..not bad...beli baju anak2 n baju aku satu. Yg lamanya mak aku mencari baju utk cucu2 kat Mesia. Aku dah letih dah..dgn panasnya, org ramainya, sempit...rimas.
Makan di Tanah Abang kat level 8. Drebar dah tido lam keta. Suami aku g panggil makan. Nasi ayam apa ntah..masakan padang. Sambal pedas gila. Tak tahan aku.
Kasut baru Yah n kakak dr T.Abg. Angah punya dia pakai next day, same pattern kaler je lain.
Di Taman Mini Jakarta (mini tapi luas berganda dr tmn Mini Malaysia). Yg baju belang tu le si Asep Memet (boleh cari dia di FB). Memang keja dia jadi tourist guide (ganteng bangat).
Kabel car dlm tmn Mini. Best. Tak abis jln2 dlm ni. Kami ronda ngan kereta je. Kalau jln harus semput. Ada train juga. Tak naik sebab jaga bajet.
Pulau Sulawesi dr atas kabel. Pulau2 di tasik dlm tmn mini ni dibina berdasarkan pulau2 di Indonesia. Ini salah satu darinya.
Wet world, masih dlm kwsn tmn mini. Kalau duk dlm ni 1 hari suntuk baru boleh abis jelajah semuanya.
Vespa yg diubah sia jadi tpt tinggal. Kebetulan hari tu ada perhimpunan vespa di situ. Macam2 jenis boleh tengok. Mostly dah diubahsuai begini atau dipanjangkan atau tinggal tayar n enjin saja tapi masih boleh guna.
Then dinner di Natrabu yg penah disinggah oleh Tun Mahathir n DS Najib few years ago. Bersih dan sedap. Memang 5 star.
Last for hari pertama ke Menara Monas. Kuning on the top is pure gold!
Second day aku minta Asep bawa ke Safari Bogor. Kawan2 yg penah ke sini kata best, so aku mesti cuba. Memang best. Carrot n pisang boleh dibeli before masuk ke safari. Ada dijual di tepi2 jln diluar. Haiwan2 n dah tahu..bila ada kenderaan masuk mesti ada makanan.... so feed them with carrots..n banana kalau mahu. Kulitnya pun dia makan. Macam2 show ada kami cuma p dolphin show saja. Nak p semua kena duk dari pagi ke petang.
Feberet Yah. Suka benar ngan ayam kampung ni. Sampai mak aku tapai bawa balik Mesia dua ketul. Makan di dlm safari juga puas hati sebab gerai2nya bersih. Toilet pun bersih. Tak macam di Malaysia yg toiletnya berbau..kotor lagi. Sikap masyarakat yg tak berubah.
Singgah solat di Masjid Al-'Auf di Puncak. B4 masuk kena tanggalkan kasut n stokin (ada tpt jaga berbayar). Then laluan ke dlm masjid dilalui oleh air yg dialirkan dari sungai disebelahnya. Seronok betul dpt rendam kaki dlm air ni. Sejuk dan nyaman sekali. Masjidnya cantik, toiletnya bersih (penting ni).
Pulang dari Puncak sudah mlm. Dinner di Restoren Garuda ni. Ini stail depa. Hidang penuh meja. Masa 1st day terkejut gak. Rupa2nya kita bayar apa yg kita makan saja. Sebab banyak kami pulangkan dulu lauk2 yg tak nak, then baru santap yg lain. Kat sini la mak aku tapai ayam 2 ketul.
Inilah kedainya. Dgn hotel kami dlm 3 min jln kaki. Sekali lagi 5 star sebab semuanya bersih. Depan pintunya juga lah aku terjatuh sebab silap step. Bagusnya aku sempat sambut tgn sorang pria (hahaha) yg kebetulan nak masuk ke situ. Masa aku nak jatuh dia cepat2 hulur tgn. Kalau tak harus terjelepok aku. Suami aku? Kat mana dia mas atu ye..Oh..di belakang...
Dah di LCC terminal. Tak banyak pun shopping sebab tak jumpa yg menarik. Best jln2 je.Kesimpulannya..kalau nak shopping kain2 etc best lagi di HCM City. Murah pun murah. Tapi kalau ke Jakarta, pastikan anda ke Safari Bogor n Tmn Mini Jakarta. Tak puas. Yang best di kota ni banyak mussola di tepi2 jln. Keadaan restoren, warung, kedai makan sangat bersih. Tandas di mana2 kami singgah sgt bersih dan tak berbau. Tabik aku dgn org yg menjaganya. Terima kasih buat Asep yg bawa kami jln2. Jika ke Bandung pasti kami cari dia juga as driver tapi ntah bila.
No comments:
Post a Comment